Resepi : 3 Cara Memasak Kulat Sisir Yang Sedap - blog.iamfuzy™

17 May 2019

Resepi : 3 Cara Memasak Kulat Sisir Yang Sedap

Ada dipanggil cendawan kukur, cendawan sisir, kulat dan mungkin ada banyak lagi nama yang diberikan pada cendawan ni rasanya.  Tak kisah lah apa pun namanya tapi bila sesekali dapat dan digoreng memang sedap dimakan dengan nasi panas-panas.

Selalunya kalau ke Pasar Keramat ada jer cendawan ni, ada yang dibiak jadi warna dia agak cerah sementara yang tumbuh meliar tu warnanya agak kecoklatan.  Kebersihan dan keselamatan? so far ok jer tapi kekadang tu bimbang jugak kot-kot cendawan yang kita beli ni terkena racun, risau memang tetap risau.

Nak kongsi 3 resepi memasak cendawan sisir ni antaranya cendawan sisir goreng kunyit, cendawan sisir berlada dan masak lemak cili api.

Cara menyiang dan membersihkan kulat sisir
Kulat sisir dibersihkan, potong bahagian bawah tu dan direndam dengan air garam utk hilangkan segala kotoran dalam 15 min, kemudian buang air tu, rendam dalam 15 minit untuk biarkan kulat tu mengembang. Sauk kulit supaya pasir yang meletak dibawah akan tertinggal didalam bekas berisi air.


1. Kulat Sisir Goreng Kunyit

Resepi : 3 Cara Memasak Kulat Sisir Yang Sedap
Bahan-bahan:
100gm kulat sisir
1 camca teh serbuk kunyit
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis (kalau suka)
1 tangkai cili masak/kering, dipotong

Cara penyediaan:
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang dan bawang putih hingga naik bau dan bawang kelihatan layu.
Masukkan ikan bilis (ditumbuk kasar) dan digoreng hingga masak
Masukkan cili kering yang telah dipotong tapi jangan sampai hangit
Masukkan kulat dan goreng sehingga ia masak sempurna dan taburkan serbuk kunyit, digaul hingga rata
Tutup api dan masukkan garam.


2. Cendawan Sisir Goreng Berlada

Resepi : 3 Cara Memasak Kulat Sisir Yang Sedap
Bahan-bahan:
100gm kulat sisir
3 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, di ketuk
2 camca cili giling 
2 keping asam keping
sedikit air

Cara penyediaan:
Panaskan minyak didalam kuali. Masukkan bawang dan bawang putih, ditumis hingga kekuningan dan naik bau. Kemudian masukkan cili giling, dikacau hingga masak dan kemudian masukkan kulat sisir bersama asam keping dan sedikit air.  Masak hingga air kering dan pecahkan telur, digaul hingga telur masak dan tutup api. Akhir sekali masukkan garam.


3. Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api
Ni yang paling Umi suka sekali sebab rasa dia memang ummph sangat sebab bila kita kunyah tu cendawan tu rasa sedap kenyal dan tak hancur..ishh tak tahu nak terangkan macam mana tapi sedap la pada selera Umi..hehe

nak resepi klik SINI atau klik pada gambar

 Resepi | Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api
Resepi : 3 Cara Memasak Kulat Sisir Yang Sedap

5 comments:

  1. even tak pernah makan, tp nmpk sedap ni

    ReplyDelete
  2. Paling sedap buat masak lemak.. pergh!!

    ReplyDelete
  3. wah lma saya x makan kulat sisir memang sedap sgt2 hihihi

    ReplyDelete
  4. Banyak betul nama panggilannya kan :) TQ share resepi.

    ReplyDelete
  5. mana nak cari cendawan sisir ni?
    teringin nak masak dgn ayam salai..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!