Resepi : Kuih Lepat Liat Air Tangan KY Amanda - blog.iamfuzy™

26 May 2019

Resepi : Kuih Lepat Liat Air Tangan KY Amanda

Sejak sebelum balik bercuti "study week" ni KY Amanda dah berkali ingatkan untuk buat Kuih Lepat Liat yang jadi kegemaran dia dan boleh dikatakan kegemaran ahli keluarga kecuali Angah Ammar tapi kalau dapat kat DH memang dia pulun sakan..hehe

Kuih Lepat resepi mak ni saya memang kerap saya buat tak kira di bulan puasa atau tidak tapi kalau bulan puasa tu jadi kemestian untuk membuatnya paling tidak sekali. Apa yang membezakannya adalah penggunaan kelapa parut didalam kuih lepat tapi buat orang Kedah mereka membuatnya tanpa inti kelapa parut.  Kalau diGoogle, mereka menggunakan santan untuk badan lepat tu.  Kata DH, Allahyarhamah mak dia ada buat tapi tak pulak saya ingat dia letak kelapa parut atau tidak tapi tau dia guna beras pulut hitam yang di hantar ke kedai untuk dikisar menjadi tepung, boleh baca kat SINI mungkin masa tu minat tu tak berapa ada kan jadi tengok tapi tak berapa peduli atau tidak berapa ambil peduli. Maklumlah orang muda waktu tu, tapi sekarang dah tua tu yang dok berkenan dan teringat-ingat kuih tradisi lama ni..hehee

Bahan-bahan
1 bungkus tepung pulut
½ kilo gula merah
daun pisang
sedikit garam
½ biji kelapa parut yang putih, digaul dengan sedikit garam
2 helai daun pandan, dibasuh dan diikat
sepiring minyak

  • Daun pisang dilayur diatas api sampai agak lembut untuk dibentuk dan kemudian dipotong mengkut said sebesar 14cm x 15cm.  Pastikan daun pisang tu dilap terlebih dahulu untuk menghilangkan habuk dan debu.

Cara membuatnya
Gula merah dimasak dengan 11/2 cawan air dan daun pandan yang telah diikat. Dimasak hingga larut dan tutup api. Jangan biarkan terlalu lama hingga air gula menjadi pekat. Biarkan sejuk dan kemudian ditapis.

Resepi : Kuih Lepat Liat Air Tangan KY Amanda

Masukkan tepung, sedikit garam dan air gula didalam besen, digaul hingga sebati.  Jangan masukkan terlalu banyak air takut nanti terlalu cair dan melimbang bila diletakkan di atas daun pisang. Ambil secubit adunan dan cuba bulatkan dan kalau tak melekat, tu tanda adunan dah cukup sesuai.

Resepi : Kuih Lepat Liat Air Tangan KY Amanda
Ambil sedikit minyak dan sapukan ke daun pisang. Kemudian ambil sesudu adunan letakkan diatasnya.  Tekan hingga leper dan letakkan kelapa parut yang telah digaul dengan gula dibahagian tengah dan bungkus kuih seperti membungkus kuih lepat pisang. Bungkus lepat sehingga habis dan masukkan kedalam pengukus.

Resepi : Kuih Lepat Liat Air Tangan KY Amanda
Kukus kuih lepat dalam 30 - 45 min dan boleh diangkat. Bila dah sejuk boleh la dimakan.

Mudah kan!

Kuih ni kami repeat buat keesokkan harinya sebab KY Amanda nak bawa balik ke UMP Pekan katanyaa.. tapi tertinggal pulak.  Tak per la kakak ya, esok-esok balik kita buat lagi. 

Selamat mencuba dan kalau dah buat tu boleh la mention saya jugak.

5 comments:

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!