Kepah yang cukup segar saya beli di Pasar Sungai Haji Dorani tempohhari dan bila ditanya, mak cakap buat masak asam tumis lagi sedap.  Kalau ikutkan saya akan buat sambal atau buat dengan air asam, mudah kan tapi memandangkan mak dah cakap gitu, tak salah pun kita tukar supaya dia dapat merasa sebaab kat KL bukan mudah nak dapat kepah apalagi kepah yang baru dinaikkan dari laut.

Mudah jer resepi Asam Tumis Kepah ni, dan bahan-bahan pun tak banyak.  Jom memasak!

Resepi | Masak Asam Tumis Kepah
Memang sedap kepah yang dibeli ni, memang segar dan manis dan kalau dibuat pekat lagi, memang tersangat sedap!


Resepi masakan udang sambal istimewa

Resepi masakan pindang ikan 

Bahan-bahan Untuk Dikisar
10 batang cili kering, direbus dan dibuang biji
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
belacan

Bahan-Bahan Lain
300gm kepah
serai diketuk
1 cawan air asam jawa
½ cawan air (sekiranya perlu)


Cara mencuci Kepah:
Penuhkan air di dalam besen yang berisi kepah dan masukkan garam kasar.  Rendam dalam 10-15 minit dan kemudian dibilas.


Cara membuatnya:
  • Panaskan minyak didalam periuk dan masukkan serai hingga warna kekuningan dan naik bau
  • Masukkan bahan yang telah dikisar, dimasak hingga pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa dan direnih hingga jadi sedikit pekat
  • Masukkan kepah dan air sebanyak ½ cawan (jika perlu). Pastikan jangan terlalu banyak air sebab kepah pun akan mengeluarkan airnya. Dimasak hingga mengelegak dan tutup api
  • Masukkan garam tapi jangan terlalu banyak kerana kepah pun dah sedia masin

Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa!