Resepi Kuih Siput Mak Untuk Hari Raya - blog.iamfuzy™

25 June 2019

Resepi Kuih Siput Mak Untuk Hari Raya

Tahu tak yang resepi ni dah lama saya minta pada Mak dan alat untuk menggentel kuih siput ni dah ada sejak 2 tahun lepas tapi sampai hari ni tak ada kesempatan membuatnya.

Rindu airtangan Mak membuat kuih ni setiap Hari Raya dan yang pasti walau Mak masih ada, kederat dia dah kuat untuk buat jadi kenalah ambil resepi dan buat nanti.

Resepi Kuih Siput Mak  Untuk Hari Raya


Bahan-bahan:
  • 1kg gram tepung gandum
  • 150 gm mentega
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawng putih - hiris nipis
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 11/2 serbuk jintan manis
  • 11/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 biji telur
  • 5 tangkai daun kari
  • 1 sudu jemuju
  • 1 sudu kecil garam
  • 150 ml air
Resepi Kuih Siput Mak  Untuk Hari Raya
Tengok la...alatan menggentel kuih pun belum dibuka lagi..hehe. Nak ambil yang kat rumah Mak tu memang nak kena cari dalam almari. Kalau Mak dia guna alat yang diperbuat dari kayu tapi dok cari kat kedai memang tak jumpa..so ambil jer yang ni..


Cara penyediaan
  • Goreng bawang putih dan udang kering berasingan kemudian ditumbuk hingga halus. Masukkan tepung didalam bekas campurkan bahan yang telah ditumbuk, masukkanrempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan jemuju,  digaul hingga sebati.
  • Masukkan mentega dan digaul dengan tepung hingga jadi macam serbuk roti. Sebaiknya digaul dengan tangan. Mentega ini akan menghasilkan kuih siput yang rangup. Sebaiknya mentega tu dicairkan dan biar sejuk seketika sebelum dituang kedalam adunan.
  • Masukkan telur yang telah dipukul berselang seli dengan air dan adunan digaul hingga menjadi doh lembut, tambah air sekiranya perlu. Biarkan doh seketika dalam 5 - 10 min.
  • Taburkan sedikit tepung atas talam, cubit sedikit doh dan gentelkan sedikit tepung dan tekan diatas acuan kuih siput dari arah atas kebawah dan akan terbentuk seakan siput diatas talam tu.
  • Panaskan minyak didalam kuali dan goreng bersama daun kari hingga kekuningan. Biarkan sejuk sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.

4 comments:

  1. İnteresting recipes 😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana singgah ke blog bilis saya.

    kuih siput ni memang saya suka sejak remaja lagi. tapi yang mak atau orang kampung saya buat la. yang jual kat kedai ni tak best. rasa tepung je.

    tapi sejak umur senja ni dah tak boleh lagi nikmati kuith siput yang memerlukan gigi yang kuat untuk mengunyah...

    ReplyDelete
  3. kereen kak artikelnya..

    salam kenal..

    mampir2 ke blog saya juga yaa

    ReplyDelete
  4. wahh thankyouu share resipi umi :D

    jemput join segmen blog kc hehe http://www.sayidahnapisah.com/2019/06/segmen-9-juta-special-bloglist.html

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!