Resepi : Lontong Kuah Lodeh - blog.iamfuzy™

20 June 2019

Resepi : Lontong Kuah Lodeh

Sekian lama nak buat dan akhirnya dapat buat jugak. Masakan yang paling mudah dan sedap tapi kalau nak buat kena cukup korum, kalau tak memang seminggu tak habis. Mana taknya, letak sayuran serba sedikit pun dah jadi banyak dan bila anak-anak semua ada terutama yang girls ada, memang tak rugi buat pun sebab ni kesukaan diaorang kecuali cikapplepie.

Resepi : Lontong Kuah Lodeh
Buat sesiapa yang nak buat rumah terbuka, lontong ni memang menjadi kegemaran tuan rumah sebab sangat mudah nak memasaknya dan lebih sihat rasanya dan semestinya mengenyangkan.

Kalau dah makan lontong ni tak sah kalau tak makan dengan kuah kacang kan, boleh cuba resepinya kat SINI


Bahan-bahan
3 keping tempe - potong dadu dan digoreng
3 keping tauhu - digoreng dan dipotong
¼ biji sengkuang, dipotong panjang*
½ kobis, dihiris memanjang
2 batang carrot - dipotong
8 batang kacang panjang, dipotong 1 inci
2 biji terung*
1 biji kentang, dipotong*
1 ikat soo hoon, direndam dan dipotong
3 keping fucuk, jenis tebal - rendam dan potong kecil
2 batang serik, diketuk
10 ekor udang hidup*
4 ketul ayam, dipotong
½ kilo santan segar
2 biji cili merah, dihiris panjang
Air
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
3 biji telur, direbus*

* tak ada stok, jadi tak ada dalam masakan kali ni


Bahan untuk dikisar
7 batang cili api - diketuk, kalau suka pedas
1 inci kunyit hidup
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cawan udang kering

Resepi : Lontong Kuah Lodeh

Cara membuatnya:

  • Masukkan bahan kisar, serta cili api dan serai yang diketuk ke dalam periuk dan air hingga mendidih dan masukkan udang atau ayam, dikacau hingga sebati
  • Tambah air dan biarkan kuah mereneh hingga betul-betul mendidih
  • Masukkan semua bahan serta sayuran yang keras dan biar dalam 3 minit baru masukkan sayuran yang lembut
  • Masukkan santan dan dikacau.  Pastikan dengan api sederhana supaya kuah tidak mendidih  dan pecah minyak
  • Masukkan tempe, tauhu, fucuk, soohoon, cili merah dan sebuk kunyit untuk mencantikkan warna kuah.  Kacau kuah, biarkan dalam 5 minit dan tutup api.  Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
Resepi : Lontong Kuah Lodeh

Kalau ikut selera, lontong ni sedap ditambah dengan sambal ikan bilis, telur rebus, sambal sotong kering dan kelapa goreng.  Baru makan sampai sengkak perut..hehe


7 comments:

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!