Ulangtahun Kelahiran Allahyarham Abah ke 93 - blog.iamfuzy™

26 June 2019

Ulangtahun Kelahiran Allahyarham Abah ke 93

Abah lahir 26 June 1926 dan hari ni genap usia Allahyarham Abah 92 + 1..kenapa ada + ? sebab pada 23 Julai 2018, di usia 92 tahun Abah dijemput menemui Illahi pergi dari sisi kami buat selamanya. Tiada sambutan pada 26 June 2018 sebab Abah terbaring, tak boleh makan, hanya dimasukkan susu dalam tiub setiap 4 jam.

Rindu? siapa tak rindu pada Abah yang sungguh kuat bergurau, suka bercerita kisah dia di zaman dia muda remaja mencari rezeki dan menjadi abang sulung walau dia sebenarnya anak kedua kerana abang sulungnya meninggal. Bila ayahnya pulak meninggal, dia menjadi ketua keluarga membiayai hidup ibunya dan adik beradik dan keluarga sendiri dengan anak-anak yang semakin bertambah.  

انا لله وانا اليه راجعون



Dia yang selalu ada....
dalam hati, dalam jiwa
dalam fikiran, dalam tiap doa

dalam diri, dalam setiap ruang

tak pernah hilang
tak pernah dilupakan
tak mungkin dilupakan!

walau tak dapat dipeluk jasadnya
walau tiada lagi gurau sena
handay doa buatnya
kami akan bertemu nanti..PASTI


Al Fatihah buat Allahyarham Abah Sjn (B) Haji Hamid Bin Awang, semoga Abah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

انا لله وانا اليه راجعون
Ulangtahun Kelahiran Allahyarham Abah ke 93


Nukilan terakhir mengiringi pemergian abah pada 25 Julai 2018

Abah,
terlalu pantas waktu berlalu
memisahkan kita 
memisahkan dunia kita
terasa singkatnya masa kami
untuk terus berbakti
kerana Dia lebih menyayangi
kerana Dia lebih mengetahui
lalu abah dijemput Illahi

Mudahnya abah pergi..
pergi dan tidak akan kembali

Cuaca mendung mengiringi 
waktu abah dijemput Illahi
hujan lebat petang persemadian membasahi bumi
umpama tangisan kami
buat abah yang kami rindui

Perpisahan bukan bererti 
terputusnya ikatan kita
bukan juga terputusnya doa dari kami
walau dunia kita berbeza dimensi

Ya Allah, terangilah rumah abah kini
tempat yang persemadian abadi 
jauhkanlah abah dari siksaan 
jauhkanlah abah dari kesulitan
mudahkan dan dipermudahkan
buat abah

Ya Allah,,, jadikan aku dan kami 
agar tidak alpa dan lupa
agar sentiasa berdoa 
buat abah di sana


Masa kami akan tiba, bila, dimana dan bagaimana
tiada yang pasti
tiada siapa yang ketahui
yang pasti kita pasti bertemu 
di Jannah

4 comments:

  1. alfatihah.. walaupun orgnya dah tiada tapi kenangan tetap segar dalam ingatan

    ReplyDelete
  2. Alfatihah buat tokabah tersayang

    ReplyDelete
  3. Alfatihah buat arwah abah kesayangan umi :')

    ReplyDelete
  4. Al fatihah.
    Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman...

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!