Barangan Basah Di SEGI FreshMart Subang Segar Dengan Harga Murah - blog.iamfuzy™

18 July 2019

Barangan Basah Di SEGI FreshMart Subang Segar Dengan Harga Murah

Rutin mingguan semestinya cari barangan dapur basah di Pasar tak boleh tidak sebab kalau tidak memang tak berasap la sepanjang minggu dan pastinya kelaparan la cikapplepie nanti. Kali ni bukan Pasar Dato Keramat yang kami terjah tapi SEGI FreshMart kat Subang nun.  Jauh kan tapi seriously memang berbaloi sebab ramai dok kata barangan basah kat situ segar dan murah.  

Kat sini memang selalu rupanya ada promosi dan waktu sampai tu ramai sungguh orang membeli..eh memborong sakan mungkin untuk buat kenduri tapi kalau kalau sesiapa yang buat katering tu memang la korang patut datang sini..jangan cakap kita tak bagi tau tau!

So, moh ler layan rambang mata dan keterujaan saya membeli belah kat sini..
Barangan Basah Di SEGI FreshMart Subang Segar Dengan Harga Murah
Salmon! Tau dak harga dia memang murah giler tu yang ambil dekat 10 potongan sesambil kat otak ni dok fikir nak masak Asam Pedas, Gulai Salmon, Grill ehh...nanti saya kongsi gambar dan resepi yang dah buat diri sendiri telan air liur sampai sengih sampai ke telinga..hehee

Barangan Basah Di SEGI FreshMart Subang Segar Dengan Harga Murah
Peminat seafood memang sah-sah tak akan tengok jer dengan pelbagai jenis sotong, ketam, udang dan ikan yang sah-sah buat juling mata

Barangan Basah Di SEGI FreshMart Subang Segar Dengan Harga Murah
 Ayam segar! balik terus boleh grill tak pun buat masak lemak cili api...haishh la.  Kalau ke pasar memang macam ni..sesambil pilih memilih tu terfikir resepi jugak tau

Barangan Basah Di SEGI FreshMart Subang Segar Dengan Harga Murah
Sekian lama mencari sotong basah ni tapi tak pernah jumpa sebab dah dikeringkan jadi bila nampak tu memang teruja sungguh dan yeahh tak sabar nak sambal tumis. Perasaan tu macam mana? kembang semacam kembangnya sotong ni..hehee

Barangan Basah Di SEGI FreshMart Subang Segar Dengan Harga Murah
Bila tengok ikan Mabong ni. memang buat ikan bakar jer la yang ada dalam kepala. Boleh terliur walau tak letak atas api lagi sesambil terbayang kemanisan dan kepedasan air asam yang bakal dibuat tu..hehee
Barangan Basah Di SEGI FreshMart Subang Segar Dengan Harga Murah
Berjalan ke arah sayuran ni memang pasti tak de sesiapa yang tak teruja, segar dan hijau sampai terasa macam nak balik masak sekarang jugak hehee

Barangan Basah Di SEGI FreshMart Subang Segar Dengan Harga Murah
kalau kat rumah stok daun bawang ni satu kemestian sebab kalau buat nasi goreng yang sentiasa menjadi menu makan malam memang tak sah kalau tak de taburan daun bawang ni dan kalau buat telur dadar pun kena letak daun bawang ni..mandatori! 

Barangan Basah Di SEGI FreshMart Subang Segar Dengan Harga Murah

Memang serba serbi ada kat sini, semua cukup segar, murah dan sememangnya banyak pilihan sampai semuanya kita akan pilih tau..

Barangan Basah Di SEGI FreshMart Subang Segar Dengan Harga Murah

Buat kaki borong dan punya ramai anak ramai, memang kat sini la korang patut datang dan memborong apatah lagi kalau peniaga kecil-kecilan atau yang punya kedai runcit tu sebab Segi Fresh Mart ni dibuka seawal jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari!

Ok, kalau sesiapa yang nak rasai keterujaan dan rambang mata dengan kesegaran sayuran dan barangan basah kat sini, saya kongsilah alamat ni. 

Alamat :
Pasaraya SEGI FreshMart, PT 17920, Seksyen U9,, Subang Sejahtera, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia

#segifreshmarket #segifresh  #barangbasahsegarsegi
#janjisegar #janjisegi

5 comments:

  1. Bestnya kak...semua fresh2 ha...kalau SA dapat pi sini..Sa x kisah mahal ke murah je..semua SA nak beli especially yang segar2 tu...geram tgok sotong

    ReplyDelete
  2. If you would like to get a good deal from this piece of writing then you have to apply these techniques
    to your won website.

    ReplyDelete
  3. kinah pun beli barang basah dekat segi je sekarang sebab dekat dengan rumah. Paling best harganya murah. Heheh save belanja barang dapur

    ReplyDelete
  4. Today, I went to the beachfront with my kids. I found a sea shell and gave it to my 4 year old daughter and
    said "You can hear the ocean if you put this to your ear." She placed the shell to her ear and screamed.

    There was a hermit crab inside and it pinched her ear. She never wants to go back!
    LoL I know this is completely off topic but I had to tell
    someone!

    ReplyDelete
  5. Adoi.. segar segar dan memikat betul barang basah nya.. seronok memilih sambil memikir menu yang akan dibuat..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!