Eid Fitri atau Hari Raya Aidilfitri bukan setakat meraikan bersama orang tersayang tetapi juga bila kita sangat teruja untuk bersedekah terutama kepada mereka yang memerlukan bantuan.  Gardnier Malaysia, tahun ini membawakan makna yang baharu bagi sambutan Hari Raya menerusi kempen Serikan Diri Di Aidilfitri, menerusi kerjasama dengan rakan peruncit MYDIN menyumbang kepada masyarakat menerusi usaha memperkasa wanita.

Garnier Malaysia mengumumkan bahawa kolaborasi dengan MYDIN akan memberi manfaat kepada TechForGood dalam dua cara iaitu bagi setiap produk Garnier yang dijual di MYDIN pada Bulan Ramadan, RM0.20 disumbangkan kepada progam dan bagi setiap perbelanjaan RM30 dan keatas untuk produk Garnier yang dibeli sewaktu roadshow MYDIN antara 24-30 Jun 2019, pembeli menerima beg tote buatan tangan atau beg pouch yang boleh diguna semula yang telah dijahit oleh para wanita di bawah program ini.

Kempen Serikan Diri Di Aifilfitri Dengan Garnier Bagi Memperkasa Wanita Berjaya Mengumpul RM15,000
"Kami tidak melihat tanggungjawab sosial kami sebagai terpisah daripada aktivit perniagaan - kami menggabungkan kedua-duanya secara lancar di bawah strategi kemapanan kami.  Sebagai program yang membantu masyarakat dengan meningkatkan kemahiran keusahawanan mereak, visi TechForGood adalah selaras dengan komitmen kami, iaitu membantu komunit setempat yang memerlukan"
"Sepanjang kempen Serikan Diri Di Aidilfitri yang berlangsung pada bulan Ramadan, sebanyak 48,000 barangan hadiah yang dibuat sendiri oleh para wanita di bawah program ini diberikan secara percuma para pembeli.  Kami amat berbesar hari untuk mengumukan bahawa sejumlah RM15,000 telah dikumpulkan dengan kerjasama MYDIN untuk menyokong TechForGood yang akan menyumbang kepada kemajuan program ini dan membantu memberi manfaat kepada lebih ramai ahlinya" Ian Cheng, Pengurus Pemasaran Garnier Malaysia

TechForGood, sebuah program di bawah Global Entrepreneurship Movement Association (GEMA) merupakan inisiatif yang meningkatkan dan memperkasakan komuniti mikro di Malaysia dengan memudahkan pembelajaran kemahiran baru dan meningkatkan pendapatan mereka menerusi bantuan teknologi.  Sejak penubuhannya pada 2019, TechForGood telah membantu seramai kira-kira 500 ahlinya.


Kempen Serikan Diri Di Aifilfitri Dengan Garnier Bagi Memperkasa Wanita Berjaya Mengumpul RM15,000

"Untuk kerjasama Garnier Malaysia dengan TechForGood, kami telah meningkatkan kemahiran 50 ahli wanita program yang memepunyai minat atau latar belakang dalam menjahit.  Melalui pembelajaran digital dan bengkel, emereka dapat meningkatkan kemahirna menjahit yang diperlukan untuk membuat beg dan be galas yang boleh diguna semula, pada masa yang sama mendapat pendapatan tambahan.  Kami sangat bersyukur datas sokongan Garnier Malaysia, dan kami yakin ini akan mewujudkan momentum bagi syarikat-syarikat lain untuk menyertai kami dalam membawa perubahan kepada koumiti mikro lain di seluruh negara" Deborah Melissa Bottreau, Presiden GEMA
Kempen Serikan Diri Di Aifilfitri Dengan Garnier Bagi Memperkasa Wanita Berjaya Mengumpul RM15,000
Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira (Dr) Hj Ameer Ali Bin Mydin bersama isteri Datuk Dr Siti Hawa Mohd (Pengarah Mydin Mohamed Holdings Berhad) beserta Cik Deborah Melissa Bottreau (Presiden GEMA) bersama barisan artis Syafiq Kyle, Amyra Rosli dan Azira Shafinaz yang merupakan pelakon drama siri mini Serikan Hatimu.



Nanti tonton drama siri mini Serikan Hatimu, sila klik 


Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kempen Serikan Diri di  Aidilfitri sila layari