Logo Baru Tahun Melawat Malaysia VM2020 Dilancarkan Lebih Menarik - blog.iamfuzy™

23 July 2019

Logo Baru Tahun Melawat Malaysia VM2020 Dilancarkan Lebih Menarik

Akhirnya logo VM2020 dilancarkan oleh Tun M.  Cantik dan kemas jer logo ciptaan Alfred Phua Hong Fook, pereka grafik berusia 23 tahun ni yang berasal dari Melaka


Image result for logo tahun melawat malaysia 2020

Logo yang melambangkan kepelbagaian budaya, warisan, flora dan fauna Malaysia dan sebagai destinasi percutian. Mau pening nak pilih rasanya sebab terdapat beratus-ratus penyertaan sejak awal tahun.  Logo baru VM 2020 ni menampilkan ciri-ciri yang sinonim dengan Malaysia antaranya burung kenyalang, bunga raya, pakis liar dan warna-warna jalur gemilang..

Sasaran kedatangan 30 juta pelancong luar dengan jumlah pendapatan RM100 bilion diharap dapat direalisasikan daan rekod tahun lepas Malaysia menerima kunjungan sebanyak RM25.8 dan bukan angka yang mudah sebenarnya untuk dicapai sebab saya sebagai tenaga kerja pelancongan tau ianya bukan mudah. Tapi tak cuba tak tahu kan

Apa pun usahama semua pihak termasuk pihak swasta, Malaysia Airlines, AirAsia memang diperlukan sangat bersama dengan agen pelancongan yang berdaftar untuk membawa masuk pelancong dari luar.

Image result for logo tahun melawat malaysia 2020

Logo yang lama tu memang  tak menarik langsung yang ada imej KLCC, Orang Utan dengan monyet bercermin mata dan penyu juga bercermin mata dan memang tak de kualiti tapi tetap dipertahankan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan ketika tu iaitu Mohamed Nazri Aziz dan katanya dibuat oleh kakitangannya tanpa bayaran.

Semoga tercapai sasaran 30 juta!

5 comments:

  1. I am regular reader, how are you everybody?
    This paragraph posted at this site is really fastidious.

    ReplyDelete
  2. yg baru nie lagi kemas dan cantik

    ReplyDelete
  3. ok...sedap mata memandang logo baru ni..

    ReplyDelete
  4. Hi, constantly i used to check website posts here early in the break of day,
    for the reason that i like to find out more and more.

    ReplyDelete
  5. Nampak sedikit menarik logo yang baru nie berbanding yang lama..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!