Masalah Kunci Kereta Patah Dalam Starter Memang Kena Guna Pakar ! - blog.iamfuzy™

21 July 2019

Masalah Kunci Kereta Patah Dalam Starter Memang Kena Guna Pakar !

Dah dua hari otak kusut dek kerana kereta Allahyarham Abah yang kini menjadi kegunaan Angah Ammar tak bergerak bukan sebab tak de minyak, bukan sebab masalah enjin tapi sebab kunci patah sewaktu nak start kereta untuk ke rumah mak pada hari Khamis lepas. Masalah bertimpa la pulak lepas ada perjumpaan mengejut kat ofis siang hari tu. Masalah apa? tak per biar je dulu sebab kalau nak cerita kat blog, kat social media tu memang tak kot sebab adalah sebaiknya menyimpan dan cheer up untuk waktu kegembiraan nanti kan.

Seperti biasa hari Khamis malam Jumaat memang tugasan untuk tidur kat rumah mak kan dan sekarang ni memang suka bawa kereta Kelisa yang comel tu sebab jimat minyak, senang nak parking dan tak jauh pun jarak dalam lebih kurang 10 min jer. Entah kat mana silap..masukkan kunci ke tak boleh start..buat lagi sekali tapi bila tarik kunci..ehhh dah hilang hujung...ahhhh suku bahagian kunci dah patah kat dalam! Malas nak fikir panjang, si hitam la yang kena bertugas nampaknya..mujur esok cuti..okey..tu cerita esok untuk selesaikan.

Mujur DH outstation dan Angah boleh pergi kerja naik motor jer dan lepas selesai masak dan kemas rumah serba sikit, terus tuju ke kereta Kelisa nak mencuba nasib. Pergi ala-ala pakar dengan pengepit panjang runcing yang dirasakan boleh tarik tapi lepas setengah jam..hampaaa. Bila sendirian senang nak atur jadual, jadi ingat lepas hantar Kak Yang ke A&W nak ke kedai kunci di Desa Setapak dan lepas tu jemput Acha dari sekolah tapi tutup pulak kedai tu..

Jadi, mencuba nasib lagi...hampa dan mujur sejak dah tua ni tahap kesabaran tu tinggi..Alhamdulilah. Dah mencuba nak tarik keluar kunci yang patah tapi tak berjaya jugak..geram sungguh dek kerana kecuaian diri sendiri walau memang selalu berhati-hati tapi tu la...benda nak ja. Dah bagi tau DH pun dia sarankan guan pengepit tu tapi memang tak boleh. Mujur kali ini dia tak membebel kalau tak memang stress..tau la orang lelaki kalau membebel ni memang kalah orang perempuan tau

Hari ketiga, terus pesan Ayong cari tukang kunci lepas dia hantar lauk kat rumah mak, risau gak berapa la nak kena dah la tengah bulan kan dan Alhamdulilah kata si tukang kunci dia minta RM120. Bajet? memang la lari tapi bila dah call tanya 2-3 tukang kunci yang di Google, harga diaorang RM150..tak banyak beza tapi masih jimat kan.

Masalah Kunci Kereta Patah Dalam Starter Memang Kena Guna Pakar !
Memang jenuh tengok dia kena buka penutup kat stereng tu dan kemudian keluarkan starter. Tapi diaorang ni memang pakar kunci kan

Masalah Kunci Kereta Patah Dalam Starter Memang Kena Guna Pakar !

Akhirnya bahagian yang memakan serpihan kunci tu dapat dikeluarkan..tu belum lagi keluarkan bahagian kunci yang patah dalam kelonsong yang kecik tu...huihh mata pun kena cerah gak kalau main hentam je mahu bahagian yang dalam tu rosak...

Masalah Kunci Kereta Patah Dalam Starter Memang Kena Guna Pakar !

Selepas 1 jam 30 minit selesai la tugasan selesai dan serpihan kunci berjaya dikeluarkan sampai hitam-hitam tangan di pakar kunci tu.  Alhamdulillah..lega sebab dah boleh pandu kereta comel ni balik walau melayang RM120 tu..


Pengajarannya...memang bila kunci patah kereta kita kena dapatkan khidmat pakar sebab kalau tak mungkin timbul pulak masalah yang lebih besar

9 comments:

  1. Benda nak jadikan kak... Adalah hikmahnya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la dik..redha jer..InsyaAllah ada hikmahnya tuu..terima kasih

      Delete
  2. sejam lebih tu kak oi.Tak pelah memang berbaloi la bayar kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..risau gak kot tetiba dia kata x boleh...haaa pingsannn hehe

      Delete
  3. Link exchange is nothing else but it is only placing the other person's
    webpage link on your page at appropriate place and other person will also do
    similar in support of you.

    ReplyDelete
  4. Mmg dugaan betul la kan ... Alhamdulillah, dah settle ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg dugaan Mrs Pip..Alhamdulillah rasa lega hehe

      Delete
  5. Ada contact pomen tu tak.. Blh share number dia

    ReplyDelete
  6. Wah.. terror betul pakar kunci tu.. Sejam je dah boleh settle.. Alhamdulillah dijumpakan dengan pakar yang bagus nie..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!