Suamiku Milik Wanita Lain | Memula nampak artikel ni rasa seram la jugak kan. Jangan melatah teruskan membaca sebab artikel ni memang buat rasa sebak dan beri kesedaran dan perkongsian buat semua gadis yang bakal mendirikan rumahtangga, yang baru berumahtangga, yang sedang melayari alam perkahwinan dan buat semua wanita yang bergelar isteri. 


Kisah Rumahtangga


Menerima ibu mertua dan diterima ibu mertua seperti ibu sendiri kekadang tu memang payah kerana terkadang kita sendiri tidak diterima baik oleh mertua tapi kalau kita sabar dan ikhlas, InsyaAllah pasti si ibu mertua akan menerima kita. Kehidupan rumahtangga setiap kita berbeza tapi yang penting kita perlu ikhlas, jujur dan bertolak ansur, selebihnya guna akal dan bukan nafsu. Wallahualam




Antara kenangan sewaktu Allahyarhamah ibu mertua sanggup datang ke Kuala Lumpur bagi menjaga makan pakai si anak dan cucu-cucu kerana saya harus ke Dubai atas urusan kerja. 

Rindu? memang rindu kerana dia ibu mertua yang baik.  Al Fatihah buat Allahyarhamah Hajah Harison Bt Lebai Mat.


Mertua vs Menantu

Pagi2 lagi, Sarah mengetuk pintu rumah ibunya. Dia menggendong anaknya dan bawa tas besar.
Dari matanya yang bengkak dan merah, ibunya sudah tahu yang Sarah bertengkar lagi dengan suaminya.
Meskipun hairan, kerana biasanya Sarah hanya setakat telefon sambil menangis jika bergaduh dengan suaminya. 
Ayah Sarah yang kehairanan, tanya masalahnya.
Sarah ceritakan dari mula pertengkarannya dengan suaminya malam tadi.
Sarah kecewa kerana suaminya telah membohongi Sarah selama ini.
Sarah terjumpa buku bank suaminya terjatuh di dalam kereta.
Sarah baru tahu yang suaminya selalu mengeluarkan sejumlah wang setiap bulan pada tarikh yang sama.
Sarah juga perasan, wang yang dia terima jumlah yang sama.
Bererti sudah 1 tahun lebih, suaminya membahagi wangnya, setengah untuk dia, setengah untuk yang lain. 
Jangan2 ada wanita lain??
Ayah Sarah hanya menghela nafas, wajah bijaksananya tidak menampakkan rasa panik atau pun marah.

 

"Sarah. Yang pertama, langkahmu datang ke rumah ayah sudah melawan Firman Allah kerana meninggalkan rumah tanpa izin suamimu".

 

Kalimat ayah membuat Sarah kebingungan. Sarah menyangka dia akan dapat sokongan dari ayahnya.

 

"Yang kedua, mengenai wang suamimu, kamu tidak berhak tahu. Hakmu hanyalah wang yang diberikan suamimu. Itu pun untuk keperluan rumah. Jika kamu membelanjakan wang itu tanpa izin suamimu, meskipun itu untuk sedekah, itu tak boleh".

 

Ayahnya meneruskan. "Sarah, suamimu menelefon ayah dan mengatakan bahawa sebenarnya wang itu memang diberikan setiap bulan untuk seorang wanita.

 

Suamimu tidak menceritakannya padamu, kerana kamu tidak suka wanita itu sejak lama.
Kamu sudah mengenalinya dan kamu rasa setelah berkahwin dengan suamimu, hanya kamulah wanita yang memilikinya".

 

"Suamimu meminta maaf kepada ayah kerana dia hanya berusaha menghindari pertengkaran denganmu. Ayah faham kerana ayah pun sudah mengenal watakmu".
Mata ayah mulai berkaca-kaca. 
"Sarah, kamu kena tahu, setelah kamu kahwin, yang wajib kamu taati adalah suamimu.

 

Jika suamimu redha padamu, Allah pun redha.
Sedangkan suamimu, dia wajib taat kepada ibunya.

 

Begitulah Allah mengatur lelaki untuk taat kepada ibunya.
Jangan sampai kamu menjadi penghalang bakti suamimu kepada ibunya".

 

"Suamimu dan harta suamimu adalah milik ibunya".
Ayah berkata dengan linangan air mata. Seorang ibu melahirkan anaknya dengan susah payah dan kesakitan. 
  • Kemudian dia membesarkannya hingga dewasa hingga anaknya berkahwin, dia melepasnya begitu saja.
  • Kemudian anak  itu akan sibuk dengan kehidupan barunya.
  • Bekerja untuk keluarga barunya.
  • Mengerah tenaga  untuk isteri dan anak2nya.
  • Anak hanya guna sedikit waktu untuk sesekali berjumpa dengan ibunya sebulan sekali, atau hanya setahun sekali dimusim perayaan.
"Kamu yang sejak awal berkahwin tidak suka dengan ibu mertuamu. Mengapa?
Kerana rumahnya kecil dan sempit? Sehingga kamu mengadu kepada suamimu bahawa kamu tidak betah tidur disini.
Anak-anakmu pun tidak akan betah disana.
Sarah, mendengar ini ayah sakit sekali.
Jika kamu merasa tidak sedap tidur di sana, bagaimana dengan ibu mertuamu yang dibiarkan saja untuk tinggal di sini?"
Wang itu diberikan untuk ibunya. Suamimu ingin ayah berhenti menjaja makanan kerana sudah semakin uzur.
Dari wang itu ibu suamimu hanya guna secukupnya saja, selebihnya  dibahagikan kepada anak-anak yatim dan orang-orang yang tidak berkemampuan untuk saham akhirat.
Sarah membungkam dalam hati, dia sering merungut wang pemberian suaminya tidak mencukupi. Sarah banyak membeli pakaian untuk ditukar-tukar semasa menghantar dan mengambil anak-anak disekolah. Dia tidak mahu orang tengok berpakaian sama setiap hari.
Sarah juga menjaga penampilannya dengan merawat wajah dan tubuhnya mengunjungi spa. Berkumpul dan beramah mesra dengan rakan-rakan di restoran atau cafe, kemudian berjalan-jalan di pasaraya, kalau tak membeli pun hanya 'window shopping'.
Dalam hidupnya hanya nak bergaya dan popular, langsung tak ingat saham akhirat.
Sarah menyesali sikapnya yang tidak mahu berbaik-baik dengan ibu mertuanya yang hanya menjual goreng pisang yang telah berjaya;
  • Menjadikan suaminya seorang sarjana.
  • Mendapat kerja yang di impikan ramai orang.
  • Berjaya berdikari, hingga Sarah boleh menduduki rumah yang besar dan selesa dgn kereta Merz yg agak mewah.
"Ayaaah, maafkan Sarah", tangis sarah meletus.  Ibunya yang sejak tadi membisu memeluk Sarah.
"Sarah, kembalilah kepada suamimu, dia orang baik, bantulah suamimu berbakti kepada ibubapanya dan kami. Bantu suamimu mencapai syurga dan dengan sendirinya, ketaatanmu kepada suamimu boleh ke syurga.
Ibunya membisikkan kalimat itu ke telinga Sarah.
Sarah hanya menjawabnya dengan anggukan, dia menahan tangisnya. Bathinnya sakit, menyesali sikapnya.

 

Dia pun pulang mendapatkan suaminya dan sambil menangis memohon maaf atas buruk sangka selama ini. Dia ajak suaminya segera pergi menemui ibu mertuanya untuk memohon maaf atas ketelanjurannya selama ini.
Suaminya menitiskan air mata menatap isterinya yg selama ini agak sombong dan sering muncung bila diajak pulang ke rumah mertuanya.
Suaminya mendapati isterinya telah membeli banyak barang keperluan dapur, sedangkan mereka baru saja berbelanja.
Antara yang dibeli seperti susu, telur, biskut, sardin, beras Serindit dan berbagai lagi termasuk 5 botol minyak masak yg 5 liter setiap 1.  Isterinya beritahu semua itu untuk dibawa kerumah mertuanya, ibu kandung lakinya.
Air mata suami bercucuran bukan kerana barang2 keperluan dapur, tapi kerana perubahan isterinya yg senang dan nampak ikhlas hendak menemui ibu mertuanya yg selama ini dipandang hina.
Seterusnya Sarah berjanji dalam hatinya, untuk menjadi isteri yang taat pada suami.
Sesekali, Sarah bukan mengajak suaminya ke pasaraya tapi mengunjungi mertuanya dan ibubapanya dgn membawa apa2 buah tangan.

Kadang-kadang tu makanan dan buah2an yg mahal yg tiada di kampung, yg jarang sekali mertua dan ibubapanya merasai spt prunes, anggur, kfc, pizza, mentega dan seumpamanya. Selama ini mereka nikmati itu semua tanpa igt orang tuanya yg hanya makan roti kering dan makan nasi dgn ikan kering dan pucuk ubi cicah budu, sambal belacan, cincalok dan tempoyak.

Kirimkan kisah ini ke semua sahabat anda, siapa tahu ada orang yang mahu ambil manfaat dan pengajaran darinya, sehingga anda pun dapat pahala 

@sahabat syurga@