Adakah Ada Penyelesaian Bila Link Blog Dinafikan di Facebook Dan Instagram ? - blog.iamfuzy™

12 August 2019

Adakah Ada Penyelesaian Bila Link Blog Dinafikan di Facebook Dan Instagram ?

Adakah Ada Penyelesaian Bila Link Blog Dinafikan di Facebook Dan Instagram ? | Rasa teraniaya bila link blog tak boleh dikongsi di social media sendiri! Sakit hati! Geram yang tak terhingga! Entah la rasa dah fed up yang tak terkata bila dua minggu lepas cuba nak kongsi link posting blog terkini di Facebook mahupun di Instagram malahan direject kerana dikatakan bertentangan Community Standards!  

Kat bawah tu dikatakan kalau ianya tidak benar, sila beritahu! dan bagitau tapi hingga kini masih tak boleh kongsi..serius tertekan walau saya bukan rajin pun share link posting terkini di mana-mana group FB mahupun FB atau page sendiri.

Mencuba dan berusaha untuk kongsi link tapi akhir mendatangakan sakit hati dan tekanan

Adakah Ada Penyelesaian Bila Link Blog Dinafikan di Facebook Dan Instagram ?
Ada orang report? tak pasti sebab tak mungkin ada yang dengki sampai buat report kan sebab kita tak kacau orang jadi tiada sebab untuk orang lain dengki apatah lagi kita ni bukan blogger sensasi apalagi blogger terkenal.

Adakah Ada Penyelesaian Bila Link Blog Dinafikan di Facebook Dan Instagram ?

Ok, done report tapi betul kah pihak Facebook akan ambil perhatian? Hanya redha dan tawakkal!

Baru-baru ni sewaktu menghadiri event dengan rakan blogger, memang sesi bercerita perihal blog antara bual bicara, rupanya ada jugak yang mendapat masalah gitu..haru!  Dan bila blogger Hanny  menyarankan untuk cuba masukkan ke debug, terus terasa harapan hehe.

Tak pasti betul atau tidak link ni https://developers.facebook.com/tools/debug/ tapi rasa betul bila google menunjukkan link yang sama.  Tak rugi mencuba kan!


Adakah Ada Penyelesaian Bila Link Blog Dinafikan di Facebook Dan Instagram ?
 Teruja untuk mencuba dengan harapan menggebu..kah kah

Adakah Ada Penyelesaian Bila Link Blog Dinafikan di Facebook Dan Instagram ?

Memang menyedihkan! Harapan menggebu bertukar menjadi ala gunung berapi alkisahnyaa..

Adakah Ada Penyelesaian Bila Link Blog Dinafikan di Facebook Dan Instagram ?

Tapi dicuba juga untuk letak link blog dan seakan ada yang positif, mungkin sebab dah bagitau yang link tu. Tarik nafas, hembus dan relax!

13 comments:

  1. Good sharing. Sis pun alami masalah yg Sama huhu

    ReplyDelete
  2. sy baru nak post entry pun tak dapat juga.. tak tahu kenapa huhu

    ReplyDelete
  3. Ramai yang hadapi masaalah yang sama, Sis pun dah kena sebelum ni, macam ada orang report aje..tapi Sis buat je aduan kat FB, dah lupa letak ayat apa...then tak sampai seminggu okay dah..termasuk gak kat pages..

    ReplyDelete
  4. sampai sekarang tak boleh ye kak?

    ReplyDelete
  5. dulu masa ada networkblogger tu dia auto share kan post blog kita ke FB. Lepas benda tu dah takde saya pun tak share dah link blog ke FB.

    ReplyDelete
  6. Ramai juga ye yang kena mcm ni. Agak menyusahkan.

    ReplyDelete
  7. Saya pun pernah ada masalah tak boleh share link blog di FB. Sampai akaun FB dan Instagram tak boleh digunakan untuk komen dan like post. Lepas sebulan buat report, barulah akaun berfungsi macam biasa. Tapi saya dah malas nak share link blog. Just letak di bio je. Takut masalah berulang.

    ReplyDelete
  8. Pernah juga jadi.. Tapi lama lama lepas tu cam okay balik..

    ReplyDelete
  9. tak pernah dengar isu ni.. CT jarang post di FB personal just kat page blog. tapi jarang2 sesekali saja. hope dapat selesaikan cepat..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah so far belum pernah terkena lagi.. bole bookmark entri ni just in case tiba2 kena macam ni.. tq for sharing sis

    ReplyDelete
  11. sama lah umi. kc pun kena macam ni sekarang. asyik dilabel spam je. sobsobbb.

    ReplyDelete
  12. Saya dah banyak kali kene macam ni, fb bot suspect spam. Dah buat report byk kali pon still tak dapat unblock. Tgh pikir jugak skrg nak buat macam mane...

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!