Menyambut Hari Arafah - blog.iamfuzy™

9 August 2019

Menyambut Hari Arafah

Image result for hari arafah

1⃣ Mulai Takbir Muqayyad Selepas Solat 5 Waktu Sejak slps Subuh Hari Arafah.

Mengucapkan Takbir:
"Allaahu Akbar Allaahu Akbar Laa Ilaaha Illallah, Wallaahu akbar allaahu akbar wa lillaahil hamd" selepas solat 5 waktu dari  slps Subuh Hari Arafah (9 zulhijjah) sehingga Asar akhir hari tasyriq (13 Dzulhijjah)

عَنْ عَلِيٍّ ؛ أَنَّهُ كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ صَلاَةِ الْفَجْرِ يَوْمَ عَرَفَةَ إِلَى صَلاَةِ الْعَصْرِ مِنْ آخِرِ أَيَّامِ التَّشْرِيق

Dari Ali (bin Abi Thalib), bahawasanya beliau bertakbir sejak (setelah selesai solat) Subuh hari Arafah sehingga solat Asar di akhir hari tasyriq (riwayat Ibnu Abi Syaibah).

عَنْ شَرِيكٍ ،قَالَ قُلْتُ لأَبِي إِسْحَاقَ : كَيْفَ كَانَ تَكْبِيرُ عَلِيٍّ ، وَعَبْدِ اللهِ ؟ فَقَالَ : كَانَا يَقُولاَنِ : اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Dari Syarik beliau berkata: Aku berkata kepada Abu Ishaq: Bagaimana takbir Ali dan Abdullah (bin Mas’ud)? Beliau berkata: Keduanya mengucapkan: "Allaahu Akbar Allaahu Akbar Laa Ilaaha Illallah, Wallaahu akbar allaahu akbar wa lillaahil hamd." (riwayat Ibnu Abi Syaibah).

2⃣ Berpuasa di Hari Arafah Bagi Kaum Muslimin yang Tidak Berada di Arafah (Selain Jamaah Haji)

وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Dan Nabi ditanya tentang puasa pada hari Arafah, beliau mengatakan: "Itu menghapus (dosa) setahun lalu dan setahun yang akan datang." (H.R Muslim dari Abu Qotadah)

Apakah maksud menghapus dosa setahun yang akan datang? Maksudnya adalah ada 2 kemungkinan makna:
▫ Pertama: Ia diberi taufiq untuk tidak mengerjakan dosa.
▫ Kedua: Jika ia terjatuh dalam suatu dosa, ia diberi taufiq untuk melakukan hal-hal yang biasa menghapus dosa itu. (Penjelasan al-Imam as-Shanaaniy dalam Subulus Salam syarh Bulughil Maram (2/166)).

🚫 Sedangkan bagi para Jamaah Haji yang sedang wukuf di Arafah, tidak disunnahkan bagi mereka berpuasa, kerana  saat Nabi wukuf di Arafah tidak berpuasa.

عَنْ أُمِّ الْفَضْلِ بِنْتِ الْحَارِثِ أَنَّ نَاسًا تَمَارَوْا عِنْدَهَا يَوْمَ عَرَفَةَ فِي صِيَامِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ بَعْضُهُمْ هُوَ صَائِمٌ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لَيْسَ بِصَائِمٍ فَأَرْسَلْتُ إِلَيْهِ بِقَدَحِ لَبَنٍ وَهُوَ وَاقِفٌ عَلَى بَعِيرِهِ بِعَرَفَةَ فَشَرِبَهُ

Dari Ummul Fadhl binti Haarith – semoga Allah meredhainya- bahawasanya manusia berselisih pendapat di sisinya pada hari Arafah tentang apakah Rasulullah saw berpuasa (atau tidak)? Sebahagian mereka berkata: Beliau berpuasa. Sebahagian lagi berkata: Beliau tidak berpuasa. Kemudian aku mengirimkan kepada baginda segelas susu pada ketika baginda sedang berdiri di atas unta baginda di Arafah, kemudian beliau meminumnya. (H.R Muslim)

3⃣ Memperbanyak zikir dan Doa pada Hari Arafah.

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Doa yang terbaik adalah doa pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapanku dan ucapan para Nabi sebelumku adalah: Laa Ilaaha Illallah wahdahu laa syariika lah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai-in qodiir (H.R atTirmidzi, hasan )

4⃣ Memperbanyak doa terutama di akhir siang hari Arafah (sejak zohur hingga terbenam matahari), kerana itu adalah saat-saat mustajabahnya doa.

5⃣ Memperbanyakan zikir dengan lafaz tersebut dalam hadis itu dan berdoa di hari Arafah berlaku bagi kaum muslimin yang mengerjakan haji ataupun yang tidak mengerjakan haji, sebagaimana dijelaskan dalam fatwa Syaikh Shalih al-Fauzan.

5 comments:

  1. selamat menyambut hari raya aidil adha :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih perkongsian kak.
    Salam Aidiladha 1440H untuk akak sekeluarga ya.

    ReplyDelete
  3. Salam aidiladha kak. Walau lambat harap masih valid ye. :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih perkongsiannya sis

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!