Resepi : Sambal Tempoyak Ikan Bilis Bersantan - blog.iamfuzy™

20 August 2019

Resepi : Sambal Tempoyak Ikan Bilis Bersantan

Setiap kali membuat sambal tempoyak tumis ni, pasti akan dibuat lebih supaya boleh dimakan dengan roti macam letak kaya atau jem..siapa pernah buat macam ni? hehe

Memandangkan musim durian dah hampir ke penghujungnya tapi buah durian yang masih berbaki dijadikan tempoyak.  Tapi sebenarnya tempoyak dengan durian mahal mcm IOI, D24 ni sebenarnya kurang sedap dibuat tempoyak tak macam durian kampung sebab rasanya agak manis walau dah jadi tempoyak.  

Resepi : Sambal Tempoyak Ikan Bilis Bersantan

Bahan-bahan
100gm ikan bilis, dibilas dan ditoskan
2 helai daun kunyit, dihiris halus
1 cawan santan


Bahan untuk ditumbuk/dikisar
15 biji cili api, kalau suka pedas boleh letak lebih banyak
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu tempoyak
1 inci kunyit hidup


Resepi : Sambal Tempoyak Ikan Bilis Bersantan

Cara membuatnya:

  • Ikan bilis dibersihkan, dibasuh dan ditoskan. Bila sudah kering, goreng ikan bilis dan letakkan di mangkuk
  • Tumis bahan yang ditumbuk/dikisar dengan minyak yang sama menggoreng ikan bilis tu tapi pastikan api sederhana dan serai yang diketuk
  • Masukkan tempoyak, daun kunyit dan dikacau hngga pecah minyak
  • Masukkan santan dan kacau hingga sebati. (Kalau tak nak letak santan pun boleh, terpulang ikut kesukaan)
  • Akhir sekali masukkan ikan bilis dan tutup api.  Letak sedikit garam tapi jangan banyak sebab ikan bilis pun ada masin jugak


Bagi peminat petai atau terung pipit, boleh la masukkan semasa masukkan tempoyak tu. Saya suka bahan-bahan tu ditumbuk kerana rasanya lebih sedap dan bahan-bahan tu akan terlalu halus kalau dikisar.

Selamat mencuba!



5 comments:

  1. sedap nye resepi kak.. berbalas kunjungan ;)

    ReplyDelete
  2. Kak Fuzy...ni fav SA ni....sedapnyaaaaa...tapi x leh makan sementara waktu ni...kena pantang lagi 2.5 month...

    ReplyDelete
  3. sedap ni.. makan dengan nasi panas..:-)

    ReplyDelete
  4. sedapnya...eh baru je haritu buat menu ni..cari resipi kat google..Lebih kurang sama je cuma saya tak guna santan..

    ReplyDelete
  5. sedapnya...eh baru je haritu buat menu ni..cari resipi kat google..Lebih kurang sama je cuma saya tak guna santan..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!