09/01/2019 - 10/01/2019 - blog.iamfuzy™

30 September 2019

Aplikasi theAsianParent Portal Keibubapaan Menjawab Persoalan Dengan Ganjaran

September 30, 2019
Aplikasi theAsianParent Portal Keibubapaan Menjawab Persoalan Dengan Ganjaran
Aplikasi theAsianParent Portal Keibubapaan Menjawab Persoalan Dengan Ganjaran | Sungguh beruntung para ibu bapa hari ini dengan adanya app theAsianparent yang telah dilancarkan baru-baru ini.  Portal keibubapaan yang direka bagi membimbing ibu bapa Asia ini adalah yang terbesar di Asia Tenggara dengan rangkaian bulanan mencecah lebih daripada 25 juta pengguna. Ianya direka bagi membimbing ibu bapa Asia dan membolehkan pengguna berhubung dengan pelbagai peringkat didalam perjalanan seorang ibu Asia - daripada tahap pembenihan hingga hamil kepada penyusuan anak dan kemuncaknya membesarkan anak-anak yang riang, sihat dan berkeyakinan.

Aplikasi theAsianParent Portal Keibubapaan Menjawab Persoalan Dengan Ganjaran
Pastinya bagi mereka yang bakal menjadi ibu dan pertama kali menjadi ibu bapa berdepan dengan persoalan-persoalan mereka sendiri apabila mengandung.  Pelbagai persoalan tentang soal pemakanan seperti apakah elok memakan nasi lemak semasa hamil? Berapa berat anak dalam kandung? Mungkin seberat biji longan, jambu atau limau bali? Pastinya para ibu dan bapa akan mendapat jawapan akan persoalan menerusi komuniti yang terdapat di dalam aplikasi theAsianparent ini


"Kami tertumpu kepada usaha memperkasakan ibu bapa Asia dan menyediakan mereka dengan alat-alat untuk membimbing perjalanan mereka sebagai ibu bapa.  Menerusi app kami, kami berusaha membawa ciri-ciri komuniti dan ruang selamat bagi ibu bapa yang semakin teguh mengamalkan gaya hidup digital" Serina Sue, Timbalan Pengurus Negara theAsianparent Malaysia
Aplikasi theAsianParent Portal Keibubapaan Menjawab Persoalan Dengan Ganjaran
Tambah Serina Sue Ibrahim lagi, di dalam era digital ini ibu bapa terus berevolusi  dengan bergantung harap mendapatkan bantuan keibubapaan dan kebanyakan daripada mereka berkomunikasi dengan ibu-ibu lain secara dalam talian, secara kerap. Malahan 99% ibu-ibu di Malayia memiliki sekurang-kurangnya satu akaun media social dengan paling popular pastinya Facebook , Instagram dan YouTube.  Dengan peningkatan akses kepada internet dan pengguna media sosial, tidak dapat dinafikan komuniti dalam talian berterus menjadi sistem sokongan yang teguh untuk ibu bapa hari ini yang arif dengan digital.

Jadi tunggu apa lagi, muat turun aplikasi theAsianparent di Playstore atau App Store dan dapatkan pelbagai ganjaran menarik yang sentiasa dikemaskini

Aplikasi theAsianParent Portal Keibubapaan Menjawab Persoalan Dengan Ganjaran

Aplikasi theAsianparent
Direka khusus bagi memenuhi keperluan ibu bapa Asia, app theAsianparent memaparkan ciri-ciri penjejak kehamilan dan bayi yang memantau perkembangan harian dan juga memberikan maklumat penting seperti jangaan simpton dan peringatan yang ibu-ibu mungkin perlu lakukan.  Malah selepas beranak, biu bapa boleh terus menjejak perkembangan anak mereka sehingga ke usia enam tahun.

Dilengkapi dengan panduan komprehensif mengenai makanan dan nutrisi, app theAsianparent juga membantu ibu bapa memilih makanan yang sihat semasa tempoh kehamilan dan menwarkan nasihat mengenai makanan berkhasiat terbaik untuk bayi. Senarai penuh ini turut merangkumi rujukan makanan tempatan seperti nas lemak dan sirap bandung, supaya ibu-ibu di Malaysia sentiasa boleh yakin dengan makanan yang mereka makan.

Sebagai tambahan kepada forum sokongan komuniti dan panduan menyeluruh serta artikel app theAsianparent turut menawarkan pengguna platform untuk bertanya kepada pakar perubatan dan mendapatkan jawapan mengenai soal berkaitan kehamilan dan keibubapaan sambil mempelajari lebih lagi mengenai perubatan, kesihatan dan kesejahteraan.  Pengguna digalakkan untuk mengemukakan soalan pada aplikasi dan berinteraksi secara terus dengan pakar perubatan daripada Sunway Medical Centre Velocity dan DoctorOnCall untuk mendapatkan pemahaman lebih baik mengenai penyakit, vaksinasi dan juga alahan yang biasa berlaku kepada kanak-kanak.


Community 
Pengguna boleh memilih pelbagai topik bagi bertanya sebarang persoalan yang timbul di dalam senarai antaranya :

  • Just Mums 
  • Just Dad
  • Random Talk
  • Recipe Sharing
  • Baby
  • Toddler
  • Bigger Kids
  • Breastfeeding
  • Preschooler
  • Buy & Sell
  • Pregnancy
  • Trying to conceive

Aplikasi theAsianParent Portal Keibubapaan Menjawab Persoalan Dengan Ganjaran

Media
Terdapat koleksi dalam bentuk video buat si ibu yang punya persoalan antaranya tentang kehamilan , story telling dan rhyme buat si bayi yang cukup menarik


Aplikasi theAsianParent Portal Keibubapaan Menjawab Persoalan Dengan Ganjaran
Contest 
Jangan lepaskan peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik hadiah menarik antaranya penginapan di hotel, produk kecantikan dan banyak lagi


Aplikasi theAsianParent Portal Keibubapaan Menjawab Persoalan Dengan Ganjaran
Ganjaran buat pengguna
Pengguna aplikasi yang menjawab soalan di dalam forum komuniti ataupun mengundi di dalam pengundian boleh mengumpul mata dengan berinteraksi di dalam aplikasi theAsianparent dan berpeluang mendapat ganjaran menarik dengan menebus mata menerusi bonus ShopBack, langganan iflix dan kredit e-dompet Boost dan banyak lagi


Untuk sebarang keterangan lanjut atau mendapat informasi terkini boleh layari :

Laman sesawang : https://my.theasianparent.com/
Facebook : https://www.facebook.com/theAsianparentMY/
Instagram  https://www.instagram.com/theAsianparent_my

Aplikasi theAsianParent Portal Keibubapaan Menjawab Persoalan Dengan Ganjaran

Terima kasih tak terhingga buat penaja yang menaja semasa majlis pelancaran aplikasi theAsianparent antaranya Sunway Medical Velocity, MeBooks Asia, Fitlicious, Waka Waka, Grab dan Photobook.


Mengenai theAsianparent Malaysia
theAsianparent Malaysia merupakan rangkaian penerbitan di bawah Tickled Media Pte Ltd. Bermula pada bulan September 2009,theAsianparent kini menjadi laman web ibu bapa terbesar di Asia Tenggara. Ia adalah komuniti dalam talian percuma yang disasarkan kepada ibu bapa dan ibu bapa di bandar yang tinggal di Asia atau warisan Asia. theAsianparent boleh didapati di 12 negara dan 11 bahasa: Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Thai, Filipina, Vietnam, Hindi, Tamil, Cina, Sinhala, dan Jepun. 


Read More

29 September 2019

Susah Nak Tidur? Cuba 7 Minuman Ini..

September 29, 2019
Susah Nak Tidur? Cuba 7 Minuman Ini..
Susah Nak Tidur? Cuba 7 Minuman Ini.. | Ramai antara kita punya pelbagai sebab untuk sukar tidur, ada yang kerana terlalu memikirkan masalah hingga payah melelapkan mata, ada juga disebabkan kepenatan, Apa yang pasti bila kita kurang tidur, tidak cukup tidur pasti akan effect kita keesokkan harinya.  Jadi apa kata cuba 7 minuman dibawah bagi mengawal dan mententeramkan diri kita sebelum tidur.

pic dari Google
Susu Panas
Bancuh susu panas sebelum tidur, tambah satu sudu penuh madu, dikacau dan diminum sebelum tidur.  Susu panas dipercayai dapat membantu tidur serta merehatkan tubuh sebelum melelapkan mata.  Selain dari itu, ianya dikatakan dapat membantu kita untuk rasa segar kembali keesokkan harinya.

pic dari Google

Susu Coklat
Salah satu minum terbaik untuk dinikmati setiap hari adalah susu coklat.  susu panad dicampur dengan sriap coklat akan mengisi perut dan menangkan saraf.

pic dari Google


Susu Kacang Badam
Dengan wujudnya vitamain E dalam susus, ianya baik untuk mendapatkan tidur yang cukup

pic dari Google


Koko
Umum tahun koko adalah minuman kegemaran sepanjang masa bagi kebanyakan orang.  Minum coklat panas jika seseorang itu mengalami insomnia

pic dari Google

Teh Halia
Teh halia panas baik untik pencernaan dan membantu mejaga perut dengan baik selain memberikan rehat malam yang sempurna

pic dari Google

Teh Pudina
Teh pudina panas dengan sedikit perahan jus lemon kan membantu kita tidur seperti bayi.  Minum satu jam sebelum tidur.

Add caption

Teh Chamomile
Teh jenis Chamomile tanpa gula adalah minuman yang tepat untuk dinikmati satu jam sebelum tidur dan minuman ini mampu menenangkan saraf dan mengurangkan tekanan.  Banyak jenama yang boleh dipilih antaranya Twinings atau pun Lipton Camomile tea  ni



Nota:
Tu semua sumber dari group whatsapp tapi sebagai orang Islam sebaiknya sebelum tidur tu kita ambil wuduk, ketika meletakkan kepala, bacalah surah AlFatihah, Ayatul Kursi dan 4 Qul semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu sedang tidur.  Seterusnya terus berzikirlah Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x

Semoga tidur kita dengan lena dan dipelihara
Read More

27 September 2019

Travel Tips : Cara Beri Tip Ikut Negara

September 27, 2019
Travel Tips : Cara Beri Tip Ikut Negara
Travel Tips : Cara Beri Tip Ikut Negara | Pasti ramai yang pernah mengalami situasi tak tahu nak bagi tips atau tidak bila melancong ke luar negara kan dan malahan ada bell boy seakan menunggu sesuatu setelah menghantar bagasi kita ke bilik..tak kan kita buat tak tahun saja kan. Ada juga dimana kita tak pasti nak bagi berapa tip untuk setiap perkhidmatan yang disediakan umpamanya di restoran, bell boy, teksi mahupun kepada pemandu pelancong.

Semoga info dibawah membantu bila kita merangka untuk bercuti ke luar negara


Nota:
Dengan pengalaman sebagai travel agent, saya akan pastikan tips kepada pemandu pelancong, pemandu bas, porter dll diambil kira dan sebab itu kalau sesiapa membeli pakej percutian dari sesebuah travel agency, harganya mesti dikatakan mahal kan tapi kita tak perlu sebab kita boleh menikmati percutian dengan tenang.

psst..saya tak nak cerita pasal kes ditipu dan menipu. Ni cuma perkongsian yang boleh digunapakai, kalau nak dan kalau tak nak, terpulang

Tidak banyak destinasi yang disenaraikan tapi ini adalah destinasi kegemaran rakyat Malaysia.


Jakarta

Restoran : Caj perkhidmatan 10 peratus dikenakan dikebanyakkan restoran atau kafe.  Di restoran biasa anda boleh meninggalkan Rp5000 atau lebih Rp1000 jika servisnya lebih bagus

Pembawa beg : Beberapa ratus rupiah untuk satu bag sudah memadai

Teksi : Kebanyakan pemandu membundarkan tambang kepada 500 rupiah terhampir.  Jangan layan tambahan lebih Rp1000


Manila
Tip adalah kelaziman dengan nilai kurang daripada 10 peratus akan menyebabkan anda boleh kehilangan layanan istimewa

Restoran : walaupun caj perkhidmatan sudah dikenakan, anda boleh meninggalkan antara 5 dan 10 peratus ersama denga bil

Pembawa bag: Perkhidmatan di hotel utama adalah amat baik dan perlu diberikan 20 peso untuk setiap beg

Teksi : Majoriti teksi menggunakan meter tetapi anda boleh membundarkan tambang kepada lima peso terdekat


Seoul
Tip bukan budaya Korea kerana lazimnya caj perkhidmatan sudah dimasukkan ke dalam bil keseluruhan.

Restoran : Jika kita berada di restoran Korea, kita tak perlu buat bayaran tambahan bagaimanapun restoran Itali mungkin memerlukan 10 peratus tambahan daripada bil sebagai nilai tip

Pembawa beg :Kadar antara 500 dan 1000 won untuk setipa beg adalah kadar standard di penginapan antarabangsa

Teksi : Pemandu tidak mengharapkan tip tetatpi tiada halangan untuk memberi


Singapore
Pemberian tip tidak dibenarkan dan sama sekali tidak digalakkan di Singapura

Restoran : Caj perkhidmatan 1-0 peratus sudah dimasukkan ke dalam bil

Pembawa beg : Pekerja hotel bagaimanapun boleh diberikan tip.  Sebagai panduan umum SGD1 layak diberikan untuk pembawa beg

Teksi : Pemandu tidak mengharapkan tip, tetapi tidak menolak jika diberikan lebh


Taipei
Seperti Jepun atau China, Taiwan tidak mengamalkan pemberian tip

Restoran : Tip tidak diharapkan namun boleh diberi di berberapa rstoran makanan Barat

Pembawa beg : NT50 memandai tetapi pekerjanya tidaka terasa jika tidak menerima tip

Teksi : Tiada tip juga tetap anda boleh membundarkan tambang kepada NT5 terhampir untuk mengelak baki duit kecil.


Nota : sumber - keratan akhbar


Read More

24 September 2019

Transformasi Matxi Corp Menembusi Pasaran Malaysia Dan Antarabangsa

September 24, 2019
Transformasi Matxi Corp Menembusi Pasaran Malaysia Dan Antarabangsa
Transformasi Matxi Corp Menembusi Pasaran Malaysia Dan Antarabangsa | Tahniah Matxi Corp diatas sambutan ulangtahun ke 2 yang disambut dengan penuh gilang gemilang di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Center baru-baru ini. Sambutan yang cukup meriah dengan kehadiran 2,000 pengedar dari 30 negara itu turut dihadiri oleh para perwakilan kepimpinan  antaranya Encik Kenny. Pengarah Matxi Corp Malaysia, Cik Jenny, Pengarah Matxi Corp USA, Encik Luck Kim, Pengarah Matxi Corp Korea serta Encik Matthew James Morris, Pengarah Pembangunan Perniagaan MIIC Holdings Sdn Bhd dan acara turut dimeriahkan dengan penyampian anugerah yang turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dari penyanyi Thanh Ha, Bui Anh Tuan, Thu Minh dan Rynn Li.

Transformasi Matxi Corp Menembusi Pasaran Malaysia Dan Antarabangsa



Ucapan dari Ketua Eksekutif Operasi Matxi SG, Cik LE Thi Hong Nhung di layar yang cukup bersemangat buat semua yang hadir
Cik Jenny, Pengarah Matxi Corp USA

Encik Luck Kim, Pengarah Matxi Corp Korea

Di Majlis yang sama, Matxi Corp turut mengumumkan pelaburan strategik dari kumpulam Malaysia dan memperkenalkan transformasi Matxi S.G. ke Matxi Corp sebagai langkah ke pasaran antarabangsa, selepas kejayaan menembusi pasaran  Vietnam, Malaysia adalah pasaran ke 2 dan diikuti Korea dan Amerika Syarikat.

Matxi Corp (Vietnam) dahulunya dikenali sebagi Matxi S.G merupakan anak syarikat MIIC Holdings Sdn Bhd yang mengkhususkan diri dalam latihan perniagaan, pembangunan manusia, membantu individu dan perniagaan untuk menghasilkan jualan yang cemerlang dengan pelan dan hala tuju latihan dan alat sokongan yang paling profesional dan teratur. Syarikat ini telah mencapai banyak pencapaian yang luar biasa dana berbangga dengan sistem yang paling profesional dan berkuas di negara Vietnam dan banyak negara serta mempunyai lebih daripada 20,000 pengedar dan agen walau baru lebih dua tahun beroperasi. Nota : data diambil sehingga Julai 2019.

Transformasi Matxi Corp Menembusi Pasaran Malaysia Dan Antarabangsa
Sepertimana slogan "anda berhak memiliki kehidupan yang lebih baik" Matxi Corp berusaha membekalkan kehidupan yang lebih baik dan membawa lebih banyak nilai praktikal melalui produk dan perkhidmatan terbaik buat para pelanggan, komuniti, rakan kongsi dan juga para pelabur.

Selain latih dan pembangunan perniagaan, Matxi Corp  turut memberi tumpuan kepada bidang-bidang hartanah, perunctan bahagian kanak-kanak, pencetakan dan pembungkusan, syarikat penyelenggara acara, produk kesihatan dan pengeluaran kosmetik dan restoran.

Matxi Corp juga telah menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi usaha mengkaji dan meningkatkan kualiti produk dismaping mengekalkan harga yan berpatutan  buat para pengguna.  Matxi Corp turut menandatangani kontrak strategik dengan pusat penyelidikan dan kilang pembuatan di Amerika Syarikat, Jerman, Korea Selatan termasuk di Malaysia untuk memindahkan teknologi, penyelidikan dan mengubahsuai pengurusan dan aliran operasi mengikut piawian yang paling ketat.


antara produk keluaran Maxti Corp


antara produk keluaran Maxti Corp

antara produk keluaran Maxti Corp

antara produk keluaran Maxti Corp

Matxi Corp merupakan pemilik Medino, kilang dengan pensijilan GMP yang terletak di Amata Industrial Park dengan keluasan lebih 7,000m² yang mengkhususkan diri dalam pembuatan makanan berfungsi, produk makanan serta kosmetik dengan kapasiti 1.5 juta produk sebulan.

Matxi Corp merupakan syarikat yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada komuniti mereka dan merupakan pengasas progam "anda layak memiliki kehidupan yang lebih baik" dan pihak Matxi Corp mengurangkan 10% keuntungan bulanan bagi membantu meringankan kesulitan dan beban beribu-ribu isi rumah di Vietnam selain menjalankan Yayasan Amal Matxi dengan pelindungan sosial bagi kanak-kanak dan warga tua di Rumah Ah Nhien.



Misi Matxi Corp
Matxi Corp terus berusaha sebagai perintis dan peneraju inovasi untuk mencapai matlamt bagi menjadi kumpulan syarikat  yang terkuat di rantau ini dan menjangkau dunia dalam tempoh tahun 2019 sehingga ke tahun 2021


Matxi Malaysia Sdn Bhd (1340975-W)
Facebook : facebook.com/MatxiMalaysia
Instagram : @matxicorp

#MATXICorp #YouDeserveABetterLife


Read More

Resepi Nasi Daging Utara Yang Mudah Dan Sedap

September 24, 2019
Resepi Nasi Daging Utara Yang Mudah Dan Sedap
Dah lama buat nasi daging ni sebenarnya waktu Cik Meya balik bercuti SEM baru-baru ni tapi entri ni tak lepas-lepas dek sebab kesibukan yang kekadang tu tak tahu kenapa.  Macam tak cukup jer hari yang diberikan 24 jam, sekejap dah tengahhari dan berganjak ke malam.  Ni pasti sebab wrong time management..alahai

Ok, nasi daging ni memang favorite the girls dan saya pun suka sebab mudah dan tak perlu banyak lauk tapi sebaiknya kalau dapat daging korban, daging baru dipotong memang manis.

Resepi : Nasi Daging Utara Yang Mudah Dan Sedap
Nota : nasi ni dikurangkan rempah kurma sebab Cik Meya cakap dia tak nak banyak sangat...haish la anak ni...macam-macam sungguh.  Bayangkan ada 6 anak...dugaaan sungguh.

Bahan-bahan
6 cawan beras, direndam 30 min dan ditoskan
600 gm daging dipotong kiub, direbus
3 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar puri tomato
1 cawan susu cair (kalau tak suka boleh abaikan)
2 helai daun pandan, disimpulkan
1 batang serai, dititik
Garam secukup rasa
2 sudu minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
sedikit kismis hitam


Bahan untuk merebus daging
1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia, dihiris
Air

Caranya :
Rebus daging bersama halia dan rempah kurma sehingga empuk.  Tutup api dan biarkan.


Bahan untuk menumis
2 labu bawang besar, dihiris
5 ulas bawang putih, dihiris
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis

disebabkan nak post resepi ni tapi gambar air asam yang dibuat entah kat mana jadi kita pinjam gambar air asam masa zaman tanpa domain berbayar tu 


Bahan untuk air asam
1 biji bawang besar, dihiris nipis
5 biji cili merah, dihiris nipis
5 bjiji cili api, dihiris nipis (kalau nak pedas)
2 biji tomato, dipotong dadu
1 inci belacan, sebaiknya dibakar
1 mangkuk air perahan asam jawa
2 sudu sos ikan Thai (kalau tak suka, tak perlu bubuh)
Sedikit gula dan garam secukup rasa
1 sudu besar kerisik
Sedikit perahan air limau kasturi/nipis

Caranya :
Kesemua bahan dimasukkan kedalam bekas dan di gaul hingga mesra.


Bahan untuk hiasan
Daun bawang
Daun Sup
Bawang Goreng

Cara membuatnya

  • Panaskan minyak sapi beserta minyak didalam periuk. 
  • Tumis bawang besar, bwang putih, bunga cengkih, kulit kayu manis dan pelaga hingga naik bau, kemudian masukkan rempah kurma bersama serai.  
  • Kacau hingga pecah minyak kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau seketika
  • Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, puri tomato, daging yang direbus dan kismis (kalau suka) serta sedikit garam. 
  • Kacau hingga sebati, biarkan ianya masak dan kacau lagi. Bila air dah kering, tutup periuk. Pastikan dengan perlahankan api dapur. 
  • Kalau takut nasi hangit, pindahkan nasi ke dalam periuk nasi elektrik. Bila air dah kering, gemburkan nasi dan biarkan nasi masak
  • Masukkan dalam bekas dan taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng
Read More

23 September 2019

Pelancaran Kolaborasi Outlet Perdana My Thai Premier Dan Dr Nano Premier

September 23, 2019
Pelancaran Kolaborasi Outlet Perdana My Thai Premier Dan Dr Nano Premier
Baru-baru ini, Pusat Kesihatan dan Kecantikan, My Thai Wellness Sdn Bhd, anak syarikat V Ultimate Wellness Berhad telah melancarkan pembukaan outlet perdana My Thai Premier and Dr Nano Labcel Premier yang bertempat di Cititel, Mid Valley.

Pelancaran Kolaborasi Outlet Perdana My Thai Premier Dan Dr Nano Premier 
Majlis pembukaan dirasmikan oleh Cik Fiona Gan, Pengarah Urusan V Ultimate Wellness Berhad dan James Terauds, Pengarah Pembangunan Perniagaan V Ultimate Wellness yang mempertontonkan kepada pihak media outlet mewah yang terbahagi kepada 3 model iaitu 4 Hands Royal Foot Treatment, 4 Hands Royal Sawasdee Thai Body Therapy dan 4 Hands Aroma Oil Body Relaxing Theraphy.

My Thai turut menawar keahlian selama 3 tahun dengan harga RM20 sahaja dan pakej-pakej urutan dari kepala hingga ke hujung kaki yang cukup menarik dan harga yang memuaskan.

My Thai yang semakin pesat berkembang merupakan pemenang pelbagai anugerah yang mnmenyediakan perkhidmatan dan rawatan terapeutik dengan memiliki 8 cawangan di Lembah Klang dan bakal membuka 30 buah outlet dalam tempoh 18 bulan akan datang

Kolaborasi Dengan Dr Nano Labcel
Dr Nano Label merupakan pelopor dalam penjagaan kulit menyediakan rawatan anti penuaan kulit wajah, menghilangkan garis-garis kedutan wajah dan punya pengalaman 18 tahun dalam V Face Lifting  iaitu pelangsingan wajah 

Pakej Korporat
Pakej Korporat turut ditawarkan oleh My Thai bagi syarikat korporat dengan tujuan menghargai para pekerja yang telah bertungkus lumus untuk kemajuan syarikat dan setiap pakar terapi My Thai adalah terlatih serta mampu membantu mengurangkan kadar tekanan dalam pekerjaan untuk kehidupan lebih sihat buat mereka. Terdapat juga program insentif yang unik juga menghargai pelanggan sesebuah syarikat.

Bilik Rawatan
Bilik-bilik rawatan persendirian boleh menempatkan sekurang-kurangnya 2 hingga 8 orang dalam satu-satu masa yang cukup selesa dan mewah. Terdapat lounge persendirian serta mewah dihias cantik dengan senireka Thai yang mampu memberikan ketenangan serta pelanggan dapat menonton serta  bufet makanan turut disediakan

Pelancaran Kolaborasi Outlet Perdana My Thai Premier Dan Dr Nano Premier 
 
Pelancaran Kolaborasi Outlet Perdana My Thai Premier Dan Dr Nano Premier 
   
Pelancaran Kolaborasi Outlet Perdana My Thai Premier Dan Dr Nano Premier 

Pelancaran Kolaborasi Outlet Perdana My Thai Premier Dan Dr Nano Premier 

Sesiapa yang berminat mendapatkan perkhidmatan di My Thai bolehlah mencuba di beberapa cawangan yang telah dibuka dan akan dibuka tidak lama lagi antaranya 

  • My Thai OUG, Jalan Klang Lama
  • My Thai Tengkat Tung Seng, Bukit Bintang
  • My Thai Premier, Cititel, Mid Valley, Kuala Lumpur
  • My Thai, The Mines New Wing Shopping Mall (akan dibuka) 
  • My Thai Bukit Tingi, Klang (akan dibuka)
  • My Thai Express,The Mines Old Wing Shopping Mall
  • My Thai Express, Boulverd, Mid Valley (akan dibuka)
  • My Thai Express - Da Men, USJ  (akan dibuka)
  • My Thai Express - Sunway Velocity (akan dibuka)

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.mythai.my atau pun di ikut di facebook https://www.facebook.com/mythai.wellness/

Read More

20 September 2019

10 Tip Untuk Menjadi IbuBapa Terbaik Dalam Islam

September 20, 2019
10 Tip Untuk Menjadi IbuBapa Terbaik Dalam Islam
10 Tip Untuk Menjadi IbuBapa Terbaik Dalam Islam | Assalammualaikum, Salam Jumaat


Perkongsian dari Prof Muhaya buat pedoman dan peringatan buat diri sendiri dan buat pembaca yang sudi membaca.  Kadang-kala kita tahu tapi kita tak ambil tahu malah tidak mahu mempraktikannya atas sebab apa yang kita sendiri tahu malah kita fikir apa yang kita buat sudah mencukupi. Semoga perkongsian ini memberi manafaat buat semua.


Jom amalkan 10 tip untuk yang nak jadi ibubapa, dah jadi ibubapa mahupun bakal ibubapa. Sama-sama kita amalkan, terutama tip yg no 6 tu


1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.


2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.


3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat Dan kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.


4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.


5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.


6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.


7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam dramapun boleh .


8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak Dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.


9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.


10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya melalui grup Whatsapp. 
Read More

17 September 2019

Resepi Koey Teow Th'ng Mudah Lagi Sedap

September 17, 2019
Resepi Koey Teow Th'ng Mudah Lagi Sedap
Dah lama nak buat Kue Teow Th'ng ni dah akhirnya terlaksana bila Cik Meya balik hari Jumaat lepas sebabnya kalau dia tak de memang tak de geng la nak makan. Lepas buat tu terus tinggalkan sebab kena hadiri event kat PJ.  Tak sempat nak makan dan tak sempat nak ambil gambar bahan-bahan tapi tengah malam sempat jugak makan dan ambil gambar.

Serius sedap sebab sambal kicap tu Cik Meya buat penuh kasih sayang, rasa masam, rasa pedas yang boleh buat air mata meleleh sambil makan hahaa


Resepi Koey Teow Th'ng Mudah Lagi Sedap



Bahan untuk sup
4 ketul ayam bahagian isi
3 ulas bawang putih, diketuk
1 - 2 kiub pati ayam Maggi
Lobak merah diracik
½ biji sengkuang
1 inci Halia
2 paket fish ball
2 ketul gula batu
Garam secukup rasa


Cara membuatnya:
  • Rebus isi ayam, kaki, leher (kalau ada)  bersama halia dan bawang putih. 
  • Bila sudah masak, keluarkan isi ayam dan toskan
  • Panaskan sup didalam periuk, masukkan lobak merah, sengkuang dan fish ball
  • Biarkan sup mendidih dan boleh ditutup api serta masukkan garam secukup rasa


Bahan untuk minyak bawang putih
1 labu bawang putih, dipotong dadu
1/2 mangkuk minyak masak

  • Panaskan minyak masak dan goreng bawang putih hingga kekuningan
  • Biarkan sejuk seketika dan masukkan bawang putih berserta minyak kedalam bekas


Bahan untuk sambal kicap
10 biji cili padi
4 ulas bawang putih
5 biji limau kasturi, dibersihkan dan dibuang biji
Kicap
Garam secukup rasa
  • Kisar kesemua bahan dengan sedikit air hingga halus, masukkan kicap dan garam secukup rasa.
  •  Masukkan sedikit minyak bawang putih

Nota : limau kasturi tu boleh diperah atau buat macam saya yang suka masukkan dengan kulit sekali


Bahan untuk hiasan
Isi ayam yang dicarik halus
Daun bawang
Bawang goreng


Cara Penyediaan

  • Masukkan kue teow ke dalam mangkuk, tuangkan air panas dan kacau supaya ianya tak melekat dan kemudian toskan
  • Masukkan kue teow dalam mangkuk hidangan (terpulang banyak mana nak makan)
  • Letakkan isi ayam yang di carik dan kemudian tuangkan kuah (banyak mana yang kita suka)
  • Masukkan daun bawang, bawang putih dan minyaknya, bawang goreng dan sambal kicap
  • Sedia untuk dimakan

.Selamat Mencuba!



Read More

Lihat bagaimana Semangat Pasangan Muda Viral Raih Kejayaan Dengan Produk Viral Ini

September 17, 2019
Lihat bagaimana  Semangat Pasangan Muda Viral Raih Kejayaan Dengan Produk Viral Ini
Bermula dengan satu produk tular, jenama produk kecantikan AINAA Beauty milik Syafiqah Aina dan Hafiz Mahammad semakin berkembang pengaruhnya. Peluang bertemu dengan seorang usahawanita tempatan, Norazura Md Posdzi yang bertindak selaku rakan niaga dan pembimbing Aina dan Hafiz telah membuka peluang kepada pasangan suami isteri,  Nursyafiqah Aina Abdul Wahab  dan Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad untuk terus mengorak langkah mengambil risiko untuk memulakan perniagan selepas sebulan mendirikan rumahtangga. Nama Aina ketika itu berada di puncak populariti dan semakin laris menjadi wajah kempen pilihan jenama.  

Ainaa Beauty


AINAA Beauty telah memasuki tahun kedua operasinya dengan dua produk sulungnya AINAA Serum dan AINAA Cleanser yang terus konsisten mencatatkan jualan yang memberangsangkan.  Ia merupakan satu pencapaian luar biasa dalam tempoh singkat untuk jenama tempatan.  Semangat  pasangan muda ini tidak luntur biarpun permulaan dirintangi dengan khabar-khabar angin yang boleh menjatuhkan reputasi AINAA Beauty

Ainaa Beauty



Bagi meraikan tahun kedua jenama AINAA Beauty, satu majlis makan malam bertemakan neon telah di adakan di Battle Arena, Petaling Jaya bagi menghargai para stokis dan para agen yang berjaya meraih kutipan jualan tertinggi sepanjang tempoh 12 bulan

Majlis turut menerima kejutan apabila Aina mempersembahkan lagu tema AINAA Beauty (#AINAAKCANTIK) buat pertama kali bersama penyanyi rap muda Bunga  diiringi penari-penari.dihadapan lebih 200 tetamu.

Ainaa Beauty

"Alhamdulillah kita semakin fokus dengan apa yang diuasahakn dalam tempoh hampir dua tahun ini.  Kini kita dlam fasa untuk memperbesarkan momentum AINAA Beauty terutama capaian kepada pelanggan"
"AINAA Beauty telah membuktikan bahawa setiap individu mampu untuk berbisnes tanpa modal yang besar dan dengan bimbingan serta usaha konsisten, semua mampu untuk beraya.  Kita akan terus berusaha membantu anak-anak muda dan melahirkan lebih ramai usahawan tempatan"  
" Perancangan akan datang juga termasuklah mewujudkan AINAA Spa yang dijangka dapa tmemberi satu modul penjana pendapatan unik kepada orang ramai yang ingin berjinak-jinak dalam bisnes" - Hafiz, Pengasas dan Pengarah Urusan AINAA Beauty Empire Sdn Bhd
Ainaa Beauty


Ainaa Beauty

Pada majlis yang sama, dua produk baharu turut dilancarkan iaitu AINAA Scrub & Mask yang telah pun berada dipasaran sejak beberapa hari yang lalu dan AINAA PaletteAINAA Scrub & Mask boleh didapati di semua agen dan dropship AINAA Beauty Squad yang berdaftar hanya pada harga RM39.00 setiap satu. AINAA Serum (15ml) boleh didapati dengan harga RM65.00 setiap satu, AINAA Cleanser (50m) pada harga RM45.00 setiap satu dan AINAA Sunscreen (15ml) dijual pada harga RM59.00 manakala AINAA Palette bakal berada di pasaran menjelang penghujung September 2019.



AINAA Scrub & Mask
AINAA Scrub & Mask merupakan gabungan skrub dan topeng muka (mask) dengan fungsi 2 dalam 1 bagi menyingkirkan sel-sel kulit mati serta melembapkan kulit. Ia diformulasi dengan kandungan semula jadi; ekstrak benih avena strigose, ekstrak susu kambing dan ekstrak madu. Sesuai untuk penggunaan 3 hingga 4 kali seminggu, AINAA Scrub & Mask juga membantu mengelakkan liang pori tersumbat, menanggalkan bintik putih (whitehead) dan bintik hitam (blackhead) di wajah, mencerahkan kulit serta mengatasi masalah kulit berminyak.


AINAA PALETTE
AINAA Palette merupakan alternatif pantas untuk solekan asas yang menyeluruh. Ia mengandungi
lapan kegunaan solekan termasuklah lip cream, pemerah pipi (blusher), highlight, pembayang mata
(eye shadow) dan shading. Bersaiz kompak agar mudah dibawa ke mana-mana (travel kit), AINAA
Palette sesuai untuk wanita yang menggemari solekan wajah semula jadi.


Read More

15 September 2019

Novel Cemburu Seorang Perempuan - Siti Hazneza Abdul Hamid

September 15, 2019
Novel Cemburu Seorang Perempuan - Siti Hazneza Abdul Hamid
Ok kali ni ulasan dan penceritaan saya untuk novel Cemburu Seorang Perempuan ni memang panjang sebab saya banyak isi kandung cerita yang saya kira sangat menarik seperti mana saya sangat tertarik dengan novel ni. Novel yang dibeli di atas talian bulan lepas dan habis dibaca 2 hari jer.

Nak tahu macam mana beli novel di Google Books, baca SINI

Dengar khabar di adaptasi ke drama dan sedang dalam pembikinan dengan teraju utamanya Amylia Rosli sebagai Dhiya dan Amar Baharin sebagai Zikrillah.

So, please enjoy cerita dari novel yang memang payah untuk didapati di pasaran. Kalau boleh nak kongsi novel ni tapi masakan boleh jadi saya copy and paste sebahagian kisah dalam novel.

Novel Cemburu Seorang Perempuan
mukasurat : 346
Penulis : Siti Hazneza Abdul Hamid

Nak baca ulasn/review lain-lain novel, klik SINI
Tidak sulit beristeri dua, Dhiya'... kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yang kedua itu penuh reda sepertimu... Isteri, di wajahmu ada syurga... yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu... namun yang sesekali itu, aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya. Kasih sayang kita ada sempadan yang memisahkan, hingga ruang-ruang intim antara kita... aku lemas sebelum waktunya. Andai syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami yang bagaimana... selayaknya aku di mana? Dan adakah syurga buat suami sepertiku... suami yang sering kali gagal meletakkan keadilan di dalam rumah tangga. Isteri... melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yang dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yang gagal.... 
Persahabatan yang menjangkau 10 tahun antara Dhiya dan Zikrillah (Zik) berusia 16 tahun bermula sejak bersekolah yang sama di Pulau Pinang. Zik akur dengan kehendak mamanya dengan berpindah ke Kuala Lumpur kerana mamanya Camelia melarangnya bergaul rapat dengan Dhiya tanpa mahu mengenali Dhiya namun perhubungan tetap utuh. Dhiya cukup mengenali papa Zikrillah orang Melayu mengahwini mamanya seorang perempuan Inggeris, seorang guru Bahasa Inggeris yang tegas. Bagi mama Zik, Dhiya tidak setaraf dengannya.
“Tapi Zik tak bercinta dengan Dhiya’. Kami cuma sahabat. Kasih sayang yang lebih daripada keluarga tapi kurang daripada kekasih,”
Bagai isi dan kuku, setiap pergerakan Dhiya harus dikhabarkan kepada Zik tak kira samada Dhiya berada di Bukit Bendera, Bukit Jalil atau menemui mamanya Lea di Kota Kinabalu. Tiada rahsia yang Zik simpan dari Dhiya. Zik mengenali Sufian, abah Dhiya tapi tidak Lea hingga pernah beranggapan yang abah dan mama Dhiya telah berpisah.  Kesibukan Lea menerajui perniagaan perhotelan membuatkan Sufian membesarkan Dhiya denga penuh kasih sayang dan didikan agama namun mereka ke Kota Kinabalu.

Zik jatuh cinta dan mengahwini Emilia (Emi) gadis yang mencuri hatinya dan menjadi kesayangan mamanya. Keakraban Zik dan Dhiya dicurigai dan Emi mencemburui Dhiya malah tidak menyukai bila Zik kerap mengunjungi Dhiya di kedai bunganya.
“Aku pun tak faham apa sebenarnya masalah Emi!” - Zik.
“Cemburu tu tandanya sayang. Tu aja...”   
“Aku tahu tu... tapi kadang-kadang tak logik cemburunya. Balik pejabat lambat pun boleh jadi bahan dia berleter pada aku,” ujar Zikrillah
“Kalau betullah kau ni pakar sangat soal perempuan... kenapa dia tak boleh terima persahabatan kita?” tanya Zikrillah. 
“Sebab aku pun perempuan. Emi rasa aku cuba merampas kau daripada dia. Lainlah kalau aku ni lelaki... dia takkan kisah malah boleh jadi baik dengan aku. Kau pun... dah tahu dia tak suka, jumpa juga aku. Kalau dia tahu, hancur hati dia,” rungut Dhiya’.
“Kau jadi sahabat aku sebelum dia jadi isteri aku. - Zik
Zik teruja dengan kehamilan Emi tapi malangnya kandungan eksotik istimewa Emi terpakas dibuang demi keselamatan dan berakhir sudah kemampuan dia untuk mengandung lagi. Penjelasan Dr Suhana membuka peluang untuk Emi punya anak sendiri dan Emi bertekad dengan misinya.
“Kita boleh ekstrak ovum dari ovari puan dan lakukan persenyawaan luar rahim dengan sperma suami puan. Zigot yang terbentuk kemudiannya kita biarkan berkembang dalam rahim wanita yang sihat...” jelas Doktor Suhana. “Maksud doktor, kita gunakan kaedah ibu tumpang?” teka Emilia.
“Dari segi Islam, haram bagi seorang wanita memasukkan benih ke dalam rahimnya selain benih suaminya yang sah,” jelas Doktor Suhana dengan lebih terperinci.
“Jangan hancurkan hidup Dhiya’, Emi...” rayu Zikrillah. “Zik selalu bangga dengan persahabatan antara Zik dan Dhiya’, kan? Sekarang masanya untuk Emi uji kekuatan dan ketulusan persahabatan kalian. Kalau Dhiya’ setuju, maka dia benar-benar sahabat sejati. 
Pelik bagi Zik bila Dhiya bersetuju malahan Sufian turut menyetujui dengan bersyarat iaitu Lea tidak harus tahu.  Lea, si ibu mertua yang menawan dengan senyuman manis seperti Dhiya dikenali buat pertama kali di hari pernikahan. Mata Dhiya pula mirip Sufian,  mata bening, tenang dan penuh rahsia.  Hasrat Zik ingin mengetahui mengenai keluarga Dhiya tidak dihampakan. Abahnya, Sufian mengahwini mamanya Lea sewaktu belajar di United Kingdom namun tidak direstui kerana ibu Lea menganggap Sufian tidak setaraf dengan keluarganya sama seperti mama Zikrillah. Mereka tidak pernah bercerai tapi berpisah dengan Sufian di Bukit Bendera dan Lea mengusahkan perniagaan hotelnya di Kota Kinabalu. Nenek Dhiya membenarkan mereka bersatu hanya sekiranya dia meninggal dunia.
“Sejak Dhiya’ tahu apa yang dimaksudkan dengan sebuah perkahwinan... seorang saja yang dia minta menjadi temannya setiap hari. Dhiya’ cuma harapkan Zik,” Sufian cuba memberikan jawapan yang terbaik.
Terpempan Zikrillah dan benarlah telahan Emilia. Di malam pernikahan dia melihat Dhiya tanpa tudung dengan rambut panjang, tanpa stoking memperlihatkan diri Dhiya yang selama ini tidak pernah dilihatnya
Aku takut kau tak biasa... aku dah tabur bunga melur atas katil kau. Kau suka tidur atas bunga melur, kan? Aku ingat lagi kau beritahu aku, tidur atas bunga melur menyejukkan badan. Dan bilik ni dah disembur dengan haruman kegemaran kau, mawar.
Zikrillah melupakan semua yang menjadi kegemarannya sejak mengahwini Emilia yang tidak suka haruman mawar, tidak suka warna merah jambu, makan tose dan puri malah berhenti membaca komik semuanya demi Emilia dan kini berasa menggadai Dhiya.
“Aku selalu berdoa pada Allah supaya Dia jadikan kau suami aku. Aku tak pernah terfikir bahawa Allah dah tulis bahawa aku akan dipilih untuk melahirkan zuriat kau dan Emi. Aku bersyukur, Zik. Aku bersyukur...” ucap Dhiya’. Zikrillah terpaku sekejap. “Kau tak pernah pun cakap kau cintakan aku,” tegur Zikrillah. “Hesy... merepek kau ni, Zik. Aku cintakan kau sebagai seorang sahabat. Bila aku mahu kau jadi teman hidup aku... aku tak pernah fikir tentang keperluan biologi aku. Kau faham?” tanya Dhiya’ sambil menuding ke arah Zikrillah yang leka mendengar.
Sehari selepas perkahwinan, Dhiya mengikuti Zikrillah dan tinggal di Bukit Jalil kerana dia perlu menjalani surogasi dan kerana Emilia tidak mahu ada ruang bagi Dhiya dan Zikrillah menyemai kasih. Pertemuan pertama kali Dhiya cukup membuat mama Zikrillah terkejut dan menuduh Dhiya ingin merampas Zikrillah dari Emilia.
“Zik tak patut mama hukum dalam hal ni. Zik berkahwin satu lagi sebab Emi inginkan zuriat dari benihnya dan benih Zik. Zik kahwin dengan Dhiya’ sebab Emi yang pilih Dhiya’. Emi pilih Dhiya’ sebab Emi tahu Dhiya’ tak cintakan Zik kecuali sebagai seorang sahabat. Dhiya’ terima ikatan ni semata-mata untuk membantu Emi dan Zik mendapat zuriat. Mama tak perlu risau.... Dhiya’ takkan rampas Zik daripada mama.”  - Dhiya 
Bila Dhiya disahkan mengandung, Emilia menetapkan Dhiya harus melahirkan anak di Bukit Jalil.  Dhiya akur. Zik menemani Dhiya sewaktu bertarung kepayahan melahirkan anaknya dengan harapan kehadiran mamanya supaya dapat melihat pengorbanan Dhiya. Berhasrat menamakan si bayi Anas tidak kesampaian.. 
“Eizlan untuk Eizlan Yusof. Emi minat sangat kat dia,” jawab Zikrillah dengan rasa bersalah yang berganda. Dhiya’ mengangguk. “Tak mengapalah... di sini kita panggil dia Anas seperti yang kau mahu,” cadang Zikrillah. Dia tidak mahu mengecewakan Dhiya’. “Jangan, Zik. Kecil hati Emi nanti. Kalau kau pun, letak nama lain, orang panggil nama lain, tentu kau marah. Dah Emi letak nama Eizlan, kita panggil Eizlanlah,” suara Dhiya’ tenang. Tiada gusar, tiada kecewa dan cemburu.
Hasrat Emilia untuk mengambil bayi dan diberikan susu botol ditentang Zikrillah yang inginkan bayinya disusui sehingga genap 2 tahun dan dengan syarat seminggu sekali si bayi akan menemui Dhiya. Kejutan buat Dhiya bila mana ibu mertuanya hadir melawatnya di hospital sebelum berangkat ke London malahan dia turut singgah menemui kedua ibu bapa Dhiya di Bukit Jalil.  Kini dia sedar Dhiya memang anak yang baik dan berpegang pada agama hingga dia sendiri meminta Zikrillah memberi anak dari kandungan Dhiya sendiri.

Najib anak angkat Sufian dan Lea, lelaki Muslim berbangsa Nigeria pernah melamar Dhiya tapi ditolak malahan Dhiya menganggap dia sebagai adik walau berusia lebih tua dari Dhiya sendiri
“Dah jumpa bidadari mimpi tu?” tanya Najib.
“Isteri tetap isteri dan tetap ada haknya dalam perkahwinan. Saya faham Zik melihat Dhiya’ sebagai seorang sahabat yang membantu Zik, tapi cubalah sesekali Zik pandang Dhiya’ sebagai seorang isteri. - Najib
Dhia tenang dengan karenah Emilia malahan akur untuk mengandung selepas Eizlan berusia 2 tahun, Zikrillah membantah tapi alasannya Eizlan perlu adik beradik.

Mengandung anak kedua, Dhiya memilih nama Rakel sekiranya perempuan dan Benjamin sekiranya lelaki tapi Emilia memilih Esmeralda.
Terbongkar rahsia bila Lea mengetahui Emilia adalah isteri pertama Zikrillah.
“Esmeralda... siapa?” tanya Dhiya’. “Watak kartun Disney dalam The Hunchback of Notre Dame. Emi suka Esmeralda yang baik hati dan tetap pendirian,” ulas Zikrillah.
Dhiya pendengar setia yang sanggup mendengar apa yang berlaku bila Zikrillah bercerita malahan hal pejabat tapi tidak Emilia. Dhiya meraikan Zikrillah seperti raja sering mendahulukan Zikrillah walau masih beraku kau dengan Zikrillah namun cuba tidak meninggikan suara. Dhiya sentiasa sabar melayan karenah anak-anak tapi tidak Emilia yang kerap naik angin. Emilia pula sering mempertikaikan kelakuan anak-anaknya hingga membuat Zikrillah hampir hilang sabar. Dhiya pula akan segera meminta maaf sekiranya terkasar dengan Zikrillah.

Zikrillah pernah membuat perancangan melayani Dhiya seperti seorang isteri yang berhak dengan  mempunyai anaknya sendiri  tidak kesampaian bila dia terlupa Dhiya tiada di Bukit Jalil.  Malahan Zik sendiri tidak mampu bersama Dhiya tanpa melupakan Emi.
“Maksud Emi, mana tahu kalau dia jumpa lelaki lain dan ingin berhenti daripada menjadi ibu tumpang, kita patut lepaskan dia.” Emilia cuba membela diri. “Tak ada lelaki lain yang akan berkahwin dengan Dhiya’. Dhiya’ ada Zik dan Zik akan lindungi dia.
Dhiya melahirkan bayi yang ketiga dan buat pertama kalinya Zikrillah membantu membersihkan puting buah dadanya hingga Dhiya tertunduk malu namun tetap mengajar Zikrillah.
“Terima kasih sebab beri aku peluang. Banyakkah yang aku ketinggalan selain ni?” tanya Zikrillah. “Banyak juga,” jawab Dhiya’ perlahan-lahan. “Kau tak perlu malu, Dhiya’... aku suami kau,”
Membaca diari Zikrillah membuat Emilia semakin cemburu. Namun percutian ke London bersama Eizlan dan Esmeralda menggembirakan Emilia tanpa mengetahui Dhiya sendiri memang tidak mahu mengikut bimbang Emilia akan bertambah cemburu.
“Mama telefon Dhiya’. Kenapa tak bawa dia dan Eliza sekali?” tanya Kamalia menggenggam tangan Zikrillah erat.
Kembali dari London, Emilia kerap bertegang leher dengan Zikrillah. Hasratnya mahu Zikrillah menceraikan Dhiya tapi tidak terlafaz.
Emi nak sorang lagi anak,” luah Emilia. “Okey...” kata Zikrillah seperti orang mengeluh. Tentu sekali Zikrillah tidak boleh menceritakan rancangannya yang sudah basi tetapi masih belum terlaksana itu kepada Emilia.
Kesedihan dengan pemergian mamanya membawa Zik mencari Dhiya dan selama seminggu dia menyendiri di rumah Dhiya hingga membuat Emi bertambah marah dan api cemburu semakin membuak.
Kenapa Dhiya’?” tanya Emilia menggenggam tangan Zikrillah erat. Apakah Emi tak dapat tenangkan Zik? Zikrillah melepaskan genggaman Emilia dan terus keluar rumah tanpa sepatah kata. 
Dhiya masih tidak ambil peduli bila Emi menelefon memarahi tapi bila Eizlan menelefon meminta papanya pulang kerana menjadi mangsa kemarahan Emilia memukul Dhiya pasrah.
Kau nak suruh aku balik? Kenapa?” tanya Zikrillah sedikit tersinggung. “Adakah salah kalau aku tinggal di sini sekejap kerana di sini aku berasa tenang?” soalnya. “Bukan begitu, Zik,” kata Dhiya’. “Kau dah malas nak jaga aku?” hentam Zikrillah, sedikit meninggi. Dhiya serba salah. “Kau nak halau aku kalau aku tak nak balik?” tanya Zikrillah lagi. “Kau kena balik Zik. Kau kena balik,” ulang Dhiya’ berkali-kali. “Kenapa?” suara Zikrillah meninggi. “Kerana anak-anak perlukan kau!” jawab Dhiya’
Dalam masa dua tahun ini, pelbagai perkara telah Emilia lakukan untuk memastikan Zik tidak selalu berjumpa dengan Dhiya’. Hanya  anak-anak yang akan tidur di rumah Dhiya selepas dihantar Zikrillah. Lebih tragis Emi bertindak ingin membakar dirinya dengan menyimbah kerosin bila Zik berhasrat menghantar Dhiya pulang ke Bukit Bendera setelah mengetahui mama Dhia kemalangan.
“Lupakan aku kalau dia sebut soal aku. Kita dah janji sebelum ni, kan?” potong Dhiya’. 
Buat kali keempat Dhiya selamat melahirkan bayi lelaki. Hanya Eyad dipanggil namanya tidak seperti abang dan kakak-kakaknya Dhiya cuma memanggil dengan panggilan anak ibu.
“Eyad?” tanya Dhiya’ lagi. “Yang mengukuhkan,” jawab Zikrillah.
“Hesy! Geram betul dengan Si Dhiya’ ni...” rungut Zikrillah. Dia mula berlakon. “Kenapa? Apa yang tak kena?” tanya Emilia lembut. “Ah! Malaslah Zik nak cakap hal Dhiya’. Buat sakit hati aja,” lafaz Zikrillah dengan suara tinggi sedikit kemudian menghempas dirinya ke sofa. Jangkaan Dhiya’ tepat. Layanan Emilia berubah.
Ketika berada dalam pantang Emi menelefon Dhiya dan memainkan pita rakaman hubungan intimnya bagi menyakitkan hati Dhiya tapi dia sendiri sakit hati.
“Kau dengar tu?” tanya Emilia. “Ya. Dan aku ada komen?,” jawab Dhiya’.
Terkejut Zik bila memainkan pita rakaman dan Emi sendiri terkejut kerana Zik menjumpainya
“Nak cakap, cakap ajalah. Tak payah pegang- pegang. Kata nak bagi penjelasan, kan? Ha, cakaplah!” arah Zikrillah. Emilia terkedu. Seluruh tubuhnya terasa menggeletar. “Buat apa Emi buat rakaman ni?” tanya Zikrillah keras apabila Emilia kelihatan tidak mempunyai penjelasan. “Emi bagi siapa dengar? Tahu tak, kalau kita tutup semua pintu masa ‘buat’, lepas tu kita cerita pada orang begitu, begini, kita tak ubah macam dua ekor syaitan yang bersetubuh. Tahu?” bentak Zikrillah. Emilia menitiskan air mata. Pura-pura. Sekadar untuk mendapatkan simpati Zikrillah. “Kenapa nangis? Emi nak bagi siapa dengar ni!” jerkah Zikrillah. Sebenarnya dia sangat malu. “Dhiya’...” jawab Emilia perlahan. Zikrillah terpempan. “Buat apa bagi Dhiya’ dengar? Ha? Buat apa?”
“Emi nak Zik ceraikan Dhiya’!!!” jerit Emilia puas dan Zikrillah segera melepaskan cengkamannya. “Dengar sini, Emi. Zik takkan ceraikan Dhiya’. Dhiya’ akan terus jadi isteri Zik sampai bila-bila dan dia akan ada anak-anaknya sendiri!” tegas Zikrillah.
“Jangan ingat aku tak tahu bahawa manusia ‘bersama’ atas dorongan cinta yang kuat. Aku tahu, Zik... aku tahu. Aku pernah mimpi ‘bersama’ dengan kau ketika aku berusia lapan belas tahun. Oleh sebab tu aku tak berani menerima lelaki lain. Kau dah ‘sentuh’ aku, Zik... dan aku tahu bagaimana rasanya. Aku takut kalau aku terima lelaki lain... aku tak jujur menjadi isterinya sebab aku ‘sisa’ kau, Zik. Kau dah ‘jamah’ aku,” kata Dhiya’ lalu menepis lembut tangan Zikrillah. Muka Zikrillah kelihatan keliru. “Kau tak percaya? Aku tahu tempat kau paling suka dicium dan aku juga tahu caranya kau suka dicium,” tambah Dhiya’.
Peluang menghadiri mesyuarat di Pulau Pinang dimanafaatkan Zik untuk bertemu Dhiya
“Sejak bila pandai bohong?” sindir Dhiya’. “Sejak aku ada isteri sebaik kau!” Zikrillah melingkarkan tangannya ke bahu Dhiya’. Mereka jalan bersaingan menuju ke tengah-tengah kebun. “Jangan lupa Zik, aku cumalah seorang sahabat yang menolong kau dan isteri kau dalam proses mendapatkan anak,” kata Dhiya’ cuba menolak tangan Zikrillah yang berada di atas bahunya tetapi Zikrillah lebih cepat memaut jari-jemari Dhiya’ dengan tangannya. 
“Aku mahu kita ada keluarga kita sendiri. Seperti aku ada anak-anak dengan Emi, aku mahu kau ada anak-anak kau sendiri,” luah Zikrillah semakin rapat.
Semalam, mereka masih dibentengi persahabatan seperti dahulu. Dhiya’ tidak membalas tindakannya. Tiada reaksi langsung kecuali takut. Pucat muka Dhiya’ dibuatnya. 
“Berilah aku kasih sayang... bukan simpati,” kata- kata Dhiya’ rasanya bagai satu penampar kepada Zikrillah. 
“Itu adalah kasih sayang, bukan simpati,” jelas Zikrillah.

“Kau isteri aku, Dhiya’. Lebih daripada tu aku boleh tengok dan aku pernah tengok dan aku nak tengok lagi. Mana silapnya aku semalam sampai kau tak boleh bertindak balas? Di mana ‘suis’ kau sebenarnya? Itu yang aku fikir dan aku renungkan tadi. Kalau semalam kau terlepas, kau takkan terlepas lagi. Perasaan aku dah berubah dan perasaan kau pun dah berubah. Kalau tak, kau takkan terima ciuman aku semalam,” ulas Zikrillah panjang lebar. Dhiya’ terkedu. Malu.

Zik dan Dhiya menyusuri Pulau Pinang dan akhirnya berhenti di sebuah kedai untuk membeli buku untuk anak-anak atas permintaan Dhiya tanpa menyedari mereka diperhatikan
Dhiya’ menghulurkan satu per satu buku yang siap ditulisnya kepada Zikrillah.
Teristimewa untuk Eizlan bin Zikrillah, Seseorang boleh dijangka sifatnya daripada bahan bacaannya. Ibu harap anak ibu membaca bahan-bahan yang baik dan ingatlah bahawa sebaik-baik bacaan ialah al-Quran. Buku ini ibu hadiahkan semasa ibu sangat merindui anak ibu - seorang mujahid. - IBU -
Teristimewa untuk Esmeralda binti Zikrillah, Seindah nama yang diberi kepada anak ibu, ibu harap anak ibu akan menjadi seorang wanita setabah Maryam dan Mashitoh, sebijak Aishah dan mempunyai iman sekukuh Asiah. Bawalah bekalan yang cukup ke sana. Hadiah ini dibeli ketika ibu sangat merindui anak ibu - seorang wanita solehah. - IBU -
Teristimewa untuk Eliza binti Zikrillah, Ibu rindukan anak ibu. Hadiah ini pengganti diri ibu. Semoga cepat besar supaya sempat menyumbang untuk agama. - IBU -
Teristimewa untuk Eyad bin Zikrillah, Buku ini dibeli ketika Eyad masih belum berumur satu tahun kerana ibu rindukan Eyad. Suatu hari nanti Eyad bacalah buku ini dan tetaplah fi sabilillah. - IBU - Khas untuk suami tersayang, Zikrillah bin Ahmad. Daripada, Dhiya’ binti Sufian.
“Tak ada apa-apa untuk aku?” tanya Zikrillah melihat buku ‘The God of Small Things’ karya Arundathi Roy yang dihadiahkan kepadanya. “Perkataan tak cukup untuk menggambarkan perasaan aku pada kau,” ucap Dhiya’. Matanya berkaca. “Dhiya’...” Zikrillah kaget.
Zikrillah pulang ke hotel sementara Dhiya’ sendiri berkeras pulang menaiki bas awam. Emilia pula berkurung dengan penuh amaran di biliknya selepas pulang mengekori pergerakan mereka dan kemudian keluar dari hotel.  
Zik penipu! Sudah Emilia agak, Zik curang! Sampai hati Zik beli sari yang Dhiya’... Dhiya’ pilih untuk Emi. Cukuplah sampai di sini, Zik. Selama ni Emi tak ada alasan kerana Zik jujur. Tapi alasan Emi dah tak penting lagi. Zik dah sampai ke garis batasannya. Jangan menyesal dengan tindakan Zik sendiri. Penipu!!!
Kehadiran Emilia ke Bukit Bendera mengejutkan Dhiya dengan tidak bertudung dan memakai dress yang menampakkan pahanya. Kononnya dia ingin Dhiya membawanya bersiar-siar.
“Ingat Jib... dua puluh minit... kalau kakak tak balik... cari!” tekan Dhiya’.
“Zik suami kita... tentulah aku sayang dia,” jawab Dhiya’. “Aku?” tanya Emilia. “Kau isteri Zik, macam kawan aku. Aku hormat kau.” Senyuman Dhiya’ tetap terukir meskipun ada ragu dalam hatinya.
Emilia menumbuk muka Dhiya dan menghentak belakang Dhiya dengan paip besi hingga Dhiya terkulai kaku.
“Ini untuk menjadi sahabat yang terlalu setia,” Emilia melibas paip itu ke muka Dhiya’.
“Ini yang meminyakkan rambut anak-anak aku!” Emilia menghentak kedua-dua telapak tangan Dhiya’.
Muka Dhiya’ dikelarnya dua tiga kali. “Hati-hati, luka dengan pisau boleh diubati. Lecur terbakar, sepanjang hayat,” kata-kata pensyarah di kolej.
“Aku tak bakar banyak... aku bakar sikit aja...!” 
Najib tersedar dia tersalah congak bila Sufian tiba ke kebun mencari Dhiya. Dhiya dijumpai dengan tanpa tudung, kepalanya botak dan mukanya sukar dikenali hanya dikenali melalui pakaiannya.
“Jib, kau telefon abang kau. Beritahu dia supaya terus balik ke rumahnya. Jangan dia cuba datang sini. Aku bunuh dia!” keras arahan Sufian. Abang ialah Zikrillah. Dhiya’ telah pun dimasukkan ke bilik pembedahan. “Jadi betullah sangkaan Lea selama ni? Dhiya’ ibu tumpang? Macam mana Fi sanggup jadikan anak kita ibu tumpang? Fi kejam!!!” Lea menumbuk dada Sufian.
Zikrillah terkejut mendapat panggilan dari Najib malah Najib menyatakan bukan saja abah malah dia sendiri tidak teragak untuk membunuh Zikrillah sekiranya dia datang.
“Kenapa Lan kawal adik-adik begitu?” tanya Emilia keras selepas duduk.“Lan nak bohong mama? Hah? Nak cakap bohong?” tanya Emilia lalu menampar muka Eizlan bertubi-tubi. “Mama... jangan buat Lan!” jerit Esmeralda dan Eliza bertindih-tindih sambil memegang kaki Emilia. Tangisan Eyad menggamatkan lagi keadaan. “Diam!!!” jerkah Emilia. Eizlan, Esmeralda dan Eliza teresak-esak menahan tangisan tetapi Eyad terus meraung. Emilia merenung Eyad tajam. “Kau anak aku atau Dhiya’? Ha? He... he...” Emilia memegang leher Eyad. Semakin kuat Eyad menangis. “Mama, mama, jangan ma,” rayu Eizlan memaut lengan Emilia. “Lepas!” tepis Emilia. “Diam!” jerkahnya dengan suara yang serak lalu menghentak kepala Eyad ke dinding berkali-kali. Darah menghambur dari kepala lembut itu. Esmeralda dan Eliza sudah hilang kawalan. Masing-masing menjerit ngeri.
“Ha... kan dah diam... tengok ni... dah diam,” kata Emilia bersuara lembut kemudian menunjuk Eyad yang terkulai kepada Esmeralda dan Eliza. Jeritan kedua-duanya mengilai.
“Hei, Eizlan! Nak ke mana tu?” jerit Emilia apabila Eizlan cuba merangkak ke arah pintu. Emilia mencapai besi lampu lalu diayunnya dua tiga kali. “Lan pun nak lari macam Dhiya’? Ha? Nak lari macam ibu?” jerkah Emilia lalu menghentak kaki Eizlan dengan batang besi itu bertubi-tubi.
“Es suka bunga ros, kan? Biar mama lukis bunga ros untuk Es,” kata Emilia lalu mencarik baju Esmeralda. Pisau kecil digunakannya untuk mengelar bentuk bunga ros di atas muka Esmeralda kemudian ke atas perutnya. Isi yang lembut itu terkoyak membuakkan darah yang panas. Habis perut, dada, kaki, tangan dan muka Esmeralda dikelar bentuk mawar kembang. “ Hmmm , cantik anak mama,” kata Emilia.
“Liz? Liz suka apa?” “ Mmm , nanti mama fikir. Abstrak?” katanya duduk mencangkung sambil mengebam bibir dan bersungguh-sungguh mencarik-carik isi perut Eliza dengan pisau kecilnya. “
Zik kehairanan melihat jiran-jiran mengerumuni depan rumahnya dan usai masuk ke dalam rumah dilihatnya sebilah pisau tercacak di perut Eliza yang telah terburai.  Emilia menuduh Zik menipunya malah menuduh anak-anaknya adalah anak Dhiya.
Hati Zikrillah hancur ketika melihat buku-buku di tempat duduk belakang keretanya. Eizlan sedang terlantar di hospital dengan Esmeralda. Cabaran mujahid pertama untuk Eizlan ialah maut dan cabaran wanita solehah pertama untuk Esmeralda juga ialah maut.
Eliza tidak sempat membesar untuk menyumbang kepada agamanya, dia kembali kepada Tuhannya dan Eyad takkan pernah sempat untuk membaca coretan ibunya.
“Puan Emilia mengalami tekanan jiwa. Puncanya besar daripada rasa cemburu. Kecenderungannya menghancurkan kaki mungkin kerana Puan Emilia takut ditinggalkan... dia mahu menguasai mangsa
.
Sufian meminta Zikri menumpu perhatian kepada Emilia serta anak-anak sementara dia menjaga Dhiya dan Zikrillah hanya tahu Dhiya dalam keadaan koma. Setelah sebulan, Zikri mendapat panggilan telefon yang sukar dikenali.
“Helo,” suara itu terlalu asing bagi Zikrillah. Dia tidak kenal. Garau semacam. “Assalamualaikum,” kata suara itu. Salam itu Zikrillah sambut. Suara itu terlalu serak dan hampir tidak keluar, seperti seorang perokok dengan kanser peti suara.
“Siapa ni?” tanya Zikrillah rimas. Banyak perkara yang sedang mengganggu fikirannya kini. Hal Dhiya’ masih belum diketahui malah dia belum pun menjenguk Dhiya’ di hospital. Keadaan Emilia masih belum stabil. Eizlan dan Esmeralda masih antara hidup dan mati bahkan lebih cenderung ke arah kematian.
“Aku... Dhiya’,” jawab suara itu.
“Ha...!” Zikrillah menekup mulutnya supaya esaknya tidak sampai ke telinga Dhiya’. Zikrillah terus menangis dan terduduk ke lantai.
“Anak...” ucap Dhiya’. “Maafkan aku, Dhiya’... maafkan aku!” tangis Zikrillah teresak-esak.
“Eizlan dan Esmeralda masih tak pasti. Eliza dan Eyad... maafkan Zik, abah,”
Mulanya dia menggunting rambut. “Rambut pendek cantik... macam orang putih, he... he ...!” gelaknya. Kemudian dia menggunting kukunya yang panjang. Ketika itu matanya tertarik pada gelang pesakit yang dipakaikan padanya. Dia cuba menggunting gelang itu tetapi pergelangan tangannya yang terluka. “Ah... darah dah...” katanya perlahan. “Berhentilah...” suaranya memujuk darah itu supaya berhenti. “Aa... darah banyak-banyak... nanti Zik mesti balik tolong Emi,” katanya terus-terusan mencarik pergelangan tangannya.
Zik terpaksa berpatah balik dari perjalanan untuk menemui Dhiya apabila dikhabarkan kematian Emilia. Sufian turut datang ke Kelana Jaya untuk membantu urusan pengkebumian Emi. Akhirnya selepas 40 hari kematian Emilia, rumah di Kelana Jaya dijual dan Zikri menetap di Bukit Jalil dan dia pulang ke Bukit Bendera untuk menemui Dhiya. Zikrillah menjadi orang terakhir berjumpa Dhiya di bilik selepas Eizlan dan Esmeralda yang tampak biasa tapi dengan gerutan di wajah.
Debaran sama seperti kali pertama dia hendak naik ke bilik itu pada malam perkahwinan dengan sahabatnya itu.
Zikrillah menolak pintu. Dhiya’ sedang duduk atas kerusi roda menghadap tingkap yang dibuka luas supaya Dhiya’ dapat melihat pemandangan bukit dan angin sejuk dapat masuk ke bilik itu.
Zikrillah masuk perlahan-lahan dan duduk melutut di sisi Dhiya’.
“Aku nak duduk di luar, tapi banyak orang takut tengok aku dan... kena pakai tudung pula. Sebab tu aku duduk di atas aja,” suara itu benar-benar bukan suara Dhiya’! Garau. Pecah. Serak. Menyakitkan Dhiya’.
..
Zikrillah memandang rambut Dhiya yang baru mula tumbuh terpacak-pacak. Mukanya sudah ranap dibakar. Kakinya lumpuh akibat pukulan besi mengena saraf tunjangnya malah kedua-dua tangannya kudung sampai pergelangannya.
“Aku minta maaf...” rayu Zikrillah menyebamkan mukanya pada lengan Dhiya’.
“Bila kau nak ke UK? Aku tak boleh nak sambung belajar lagi buat masa ni,” tanya Dhiya’ selamba. “Aku takkan tinggalkan kau, Dhiya’,” jawab Zikrillah.
“Kaukan nak jadi doktor, tawaran dah sampai. Rezeki depan mata jangan ditolak,” kata Dhiya’. “Kau takkan boleh paksa aku pergi,” tegas Zikrillah.
“Jangan pergi kerana aku, Zik. Pergi kerana kau nak pergi... pergi kerana Allah... kerana nak mencari ilmuNya,” patah Dhiya’.
“Habis, kau?” “Ke manalah aku boleh pergi dengan keadaan cacat begini, Zik?” tanya Dhiya’ memandang Zikrillah sambil tersenyum.
Zikrillah segera memegang pipi Dhiya’. Terasa kulit yang melecur itu. Kasar.
“Kau tak cacat, Dhiya’... kau tak cacat. Sebalik semua kecacatan yang orang lain nampak ni, ada kesempurnaan, Dhiya’... kau ada hati yang baik... yang bersih,” ucap Zikrillah.
Dhiya’ memusing sedikit badannya ke arah Zikrillah. Dengan tangan kudungnya, muka Zikrillah disentuh.
“Bila kau tengok hati aku? Kau masuk masa doktor bedah aku?” gurau Dhiya’.
Zikrillah tidak mampu ketawa tetapi terus menangis dan memeluk Dhiya’. Kenapa kau sembunyikan air mata kau, Dhiya’? 

Dhiya’ mengusap belakang Zikrillah dengan tangan kudungnya. “Jadilah doktor yang baik... yang mampu berfikir dengan tepat bila berlaku kes-kes kecemasan yang serius seperti ni,” bisik Dhiya’, mengeratkan pelukannya. 
“Aku bawa anak-anak?” tanya Zikrillah.
“Kau dah bawa hati aku... tinggalkanlah cahaya mata kau untuk aku,” minta Dhiya’.
Tanpa sebarang perancangan, tanpa perlu berfikir dua tiga kali, Zikrilah ‘mengambil’ haknya dan Dhiya memberikannya kerana dia tahu dan sedar itu ialah kasih sayang dan bukannya simpati. Mereka bersatu dalam simpulan persahabatan yang dihalalkan dengan perkahwinan
“Tunggu aku di Bukit,” kata Zikrillah lantas mencium dahi Dhiya’ lama sebelum memeluknya erat. “Aku sayangkan kau,” bisiknya. 
“Papa!” laung Eizlan tiba-tiba. Zikrillah berpaling. “Ibu tanya, nak tunggu di Bukit Jalil atau Bukit Bendera?” jeritnya membuatkan Zikrillah tertawa kecil kemudian mengangkat jari telunjuk kepada Dhiya’ tanda ‘nakal’. Kau hanya tahu membahagiakan aku, sayang... dan aku akan belajar dan berusaha untuk membahagiakan kau pula, insya-Allah... itu sebaik- baik janji yang boleh aku berikan.
Selepas 9 bulan 10 hari, Anas lahir ketika Zikri masih belajar di UK dan di usia 2 tahun Anas, Dhiya, Eizlan dan Esmeralda pula mengikuti Zikri. Dhiya turut menjalani beberapa pembedahan di UK dan Amerika termasuk mendapat tangan palsu.  Kemudian lahirnya Aisyah dan Umar dan selepas 15 tahun di perantauan mereka kembali ke negara tercinta.



Pendapat saya
Jalan cerita yang cukup mengoncang jiwa dengan kesediaan seorang sahabat terhadap sahabat yang disayangi. Agak payah menafsir perasaan Dhiya tapi bila baca kali kedua saya faham Dhiya tahu Zik tidak mencintainya walau memerlukannya sebab itu dia membina tembok dan cuba mengajar dirinya untuk redha.

Saya cukup teruja dengan setiap tuturan Dhiya kepada Zik dan setiap perbualan mereka yang cukup santai, cukup jenaka tapi penuh kasih sayang.

Hubungan dan rumahtangga Sufian dan Lea yang cukup romantis dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi walau terpisah jauh dan sememangnya Dhiya mewarisi sifat kedua ibubapanya.

Antara ayat kegemaran saya
“Satu daripada resipi hidup ada menyatakan, kahwinlah dengan orang yang kau paling suka berbual dengannya kerana bila kau sudah tua, tak ada yang lebih bermakna melainkan perbualan pasangan kau.

Ya, sesiapa yang membaca novel ni pasti akan merasa hiba dan mengalirkan airmata tapi kegembiran di akhir cerita cukup membuat saya puas hati.

Read More