Ternoktahnya Domain umifuzy.com Setelah 2 Tahun | Akhirnya 10 September berakhirnya blog www.umifuzy.com setelah 2 tahun diatas landasan www.umifuzy.com. Sedih? memang sedih tapi domain umifuzy.com tidak dapat dikenalpasti di mana ianya berada, diceruk mana atau di angkasa mana dia berlindung dan saya kena akur 'life has to go on"! dan 2 hari tanpa boleh menjengah blog sendiri buat hati sakit, buat hati tak keruan

Ternoktahnya Domain umifuzy.com Setelah 2 Tahun



So long www.umifuzy.com yang cukup memberi pelbagai 'ups and downs' dan rasanya makin dikenali..hahaha (tak salah perasan sesekali kan!)

Ternoktahnya Domain umifuzy.com Setelah 2 Tahun


Ditambah dengan keadaan kesihatan yang kurang baik..tak la terlalu teruk tapi bila melibatkan mata memang mood down dan hari ini selepas bahagi, tolak, campur, kali akhirnya saya teruskan menulis diatas menggunakan www.umifuzy.blogspot.com dan sekarang menanti ianya akan redirect ke domain terkini www.iamfuzy.com dan diharap selamanya.

Ternoktahnya Domain umifuzy.com Setelah 2 Tahun


Risau? memang risau sebab nak naikkan PV, nak orang kenali, nak tukar name card, nak tukar di media social (eh..kat IG, Twitter pun memang guna iamfuzy sebab tu guna domain ni jadi tak payah nak tukar banyak kecuali di Page pun kena update) yang memang banyak kerja tapi tu la dugaan kan. 

Ternoktahnya Domain umifuzy.com Setelah 2 Tahun

Setiap dari kita punya frasa dugaan yang berbeza tapi saya cuba menjadi cool macam no 5 tu, tabah dan move on macam no 16 dan 20 sebab saya tahu saya yang no 13..hahaha

Diharap ada yang sudi menjengah dan sudi membaca apa yang bakal saya coretkan nanti.