Lihat bagaimana Semangat Pasangan Muda Viral Raih Kejayaan Dengan Produk Viral Ini - blog.iamfuzy™

17 September 2019

Lihat bagaimana Semangat Pasangan Muda Viral Raih Kejayaan Dengan Produk Viral Ini

Bermula dengan satu produk tular, jenama produk kecantikan AINAA Beauty milik Syafiqah Aina dan Hafiz Mahammad semakin berkembang pengaruhnya. Peluang bertemu dengan seorang usahawanita tempatan, Norazura Md Posdzi yang bertindak selaku rakan niaga dan pembimbing Aina dan Hafiz telah membuka peluang kepada pasangan suami isteri,  Nursyafiqah Aina Abdul Wahab  dan Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad untuk terus mengorak langkah mengambil risiko untuk memulakan perniagan selepas sebulan mendirikan rumahtangga. Nama Aina ketika itu berada di puncak populariti dan semakin laris menjadi wajah kempen pilihan jenama.  

Ainaa Beauty


AINAA Beauty telah memasuki tahun kedua operasinya dengan dua produk sulungnya AINAA Serum dan AINAA Cleanser yang terus konsisten mencatatkan jualan yang memberangsangkan.  Ia merupakan satu pencapaian luar biasa dalam tempoh singkat untuk jenama tempatan.  Semangat  pasangan muda ini tidak luntur biarpun permulaan dirintangi dengan khabar-khabar angin yang boleh menjatuhkan reputasi AINAA Beauty

Ainaa Beauty



Bagi meraikan tahun kedua jenama AINAA Beauty, satu majlis makan malam bertemakan neon telah di adakan di Battle Arena, Petaling Jaya bagi menghargai para stokis dan para agen yang berjaya meraih kutipan jualan tertinggi sepanjang tempoh 12 bulan

Majlis turut menerima kejutan apabila Aina mempersembahkan lagu tema AINAA Beauty (#AINAAKCANTIK) buat pertama kali bersama penyanyi rap muda Bunga  diiringi penari-penari.dihadapan lebih 200 tetamu.

Ainaa Beauty

"Alhamdulillah kita semakin fokus dengan apa yang diuasahakn dalam tempoh hampir dua tahun ini.  Kini kita dlam fasa untuk memperbesarkan momentum AINAA Beauty terutama capaian kepada pelanggan"
"AINAA Beauty telah membuktikan bahawa setiap individu mampu untuk berbisnes tanpa modal yang besar dan dengan bimbingan serta usaha konsisten, semua mampu untuk beraya.  Kita akan terus berusaha membantu anak-anak muda dan melahirkan lebih ramai usahawan tempatan"  
" Perancangan akan datang juga termasuklah mewujudkan AINAA Spa yang dijangka dapa tmemberi satu modul penjana pendapatan unik kepada orang ramai yang ingin berjinak-jinak dalam bisnes" - Hafiz, Pengasas dan Pengarah Urusan AINAA Beauty Empire Sdn Bhd
Ainaa Beauty


Ainaa Beauty

Pada majlis yang sama, dua produk baharu turut dilancarkan iaitu AINAA Scrub & Mask yang telah pun berada dipasaran sejak beberapa hari yang lalu dan AINAA PaletteAINAA Scrub & Mask boleh didapati di semua agen dan dropship AINAA Beauty Squad yang berdaftar hanya pada harga RM39.00 setiap satu. AINAA Serum (15ml) boleh didapati dengan harga RM65.00 setiap satu, AINAA Cleanser (50m) pada harga RM45.00 setiap satu dan AINAA Sunscreen (15ml) dijual pada harga RM59.00 manakala AINAA Palette bakal berada di pasaran menjelang penghujung September 2019.



AINAA Scrub & Mask
AINAA Scrub & Mask merupakan gabungan skrub dan topeng muka (mask) dengan fungsi 2 dalam 1 bagi menyingkirkan sel-sel kulit mati serta melembapkan kulit. Ia diformulasi dengan kandungan semula jadi; ekstrak benih avena strigose, ekstrak susu kambing dan ekstrak madu. Sesuai untuk penggunaan 3 hingga 4 kali seminggu, AINAA Scrub & Mask juga membantu mengelakkan liang pori tersumbat, menanggalkan bintik putih (whitehead) dan bintik hitam (blackhead) di wajah, mencerahkan kulit serta mengatasi masalah kulit berminyak.


AINAA PALETTE
AINAA Palette merupakan alternatif pantas untuk solekan asas yang menyeluruh. Ia mengandungi
lapan kegunaan solekan termasuklah lip cream, pemerah pipi (blusher), highlight, pembayang mata
(eye shadow) dan shading. Bersaiz kompak agar mudah dibawa ke mana-mana (travel kit), AINAA
Palette sesuai untuk wanita yang menggemari solekan wajah semula jadi.


22 comments:

  1. I did'nt hear this brand's product... Thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
  2. wow... dah ada pallete dgn scrub lagi... bisnes makin meningkat dan dapat sambutan..

    ReplyDelete
  3. Semoga brand ni semakin dikenali ramai.

    ReplyDelete
  4. Bagus couple ni. Mmg follow dorang dari zaman bercinta. Hafiz tu pandai sangat cari duit!

    ReplyDelete
  5. Lately mmg nampak ramai yg share pakai Ainaa ni. Cousin pun ada jadi agent jugak. Berkat usaha, berjaya diorang ni إن شاء الله.

    ReplyDelete
  6. dulu nampak ramai jugak yang guna serum dia, tak sangka sekarang dah berkembang dah kepada kosmetik pulak. Warna pallete dia cantik. Berbaloi lah kalau beli

    ReplyDelete
  7. tak tahulah kenapa, tapi risau juga nak beli produk kosmetik yg x lalu drugstore..huhu..trauma dengan isu krim timbang kilo agaknya..

    Red Linda ~ https://anakperak.com

    ReplyDelete
  8. Biasa juga nampak jenama Ainaa ni di Instagram. Kagum saya melihat semangat pasangan suami isteri ni. Semoga dapat lahirkan lebih ramai agen bisnes yang berjaya!

    ReplyDelete
  9. Baguslah orang berbusiness ni. Semoga berjaya sehingga peringkat yang tertinggi. Cantik pula lambang business ni ye....

    ReplyDelete
  10. macam pernah dengar produk ainaa ni. tapi tak tahu siapa foundernya. bagus ank muda kita makin inovatif. semoga lebih maju kehadapan.

    ReplyDelete
  11. couple goal betul sama-sama berani ambil risiko start business sendiri. selalu jugak tengok billboard ainna tepi highway tu..produk kosmetik senang jalan kat malaysia ni sebab semua nak tampil cantik kan

    ReplyDelete
  12. Bagus dorang berdua ni kan. Kuat berusaha. Menarik pulak Ainaa Palette tu. Travel kit senang nak bawa ke mana-mana.

    ReplyDelete
  13. Ainaa palette tu mengoda sungguh. Senang nak simpan dan bawa ketika travel. Tak pernah guna lagi produk Ainaa ni.

    ReplyDelete
  14. Teringat masa gi event ni..terasa jadi muda belia balik..hehehe. tapi mmg best lah tgok semangat anak2 muda ni, besemangat utk berjaya

    ReplyDelete
  15. Ainaa dah ada produk baru. Tau pasal dorang ni since hafiz tu buat surprise naik kereta mewah sebelum diorang berkahwin

    ReplyDelete
  16. dah bertambah produk aina ni rupanya. last time tau ada serum je. skarang dah ada sunscreen and palette pulak. agak-agaknya worth to buy tak?

    ReplyDelete
  17. Wah. Dah ada pallette sekarang. Menarik ni. Selama ni selalu nampak iklan je. Tak pernah try pun.

    ReplyDelete
  18. Bagus sgt tengok semangat anak muda mcm Ainaa & Hafiz ni. Walaupun Nur tak pandai makeup tapi Nur berminat dgn Ainaa Palette tu. Macam best je semua ada. Boleh laa belajar makeup dgn Ainaa Palette..

    ReplyDelete
  19. Pernahh kenal diorg masa viral di twitter dulu. Lupa pulak viral pasal apa. Tak sangk dh ada produk. Semoga perniagaan semakin maju lepas ni.

    ReplyDelete
  20. Wah produk Ainaa ni dah banyak rupanya. Ingatkan produk skincare aje. Mekap pun ada. Semoga terus sukses!

    ReplyDelete
  21. selalu gak baca pasa dorg dkt socmed ni, usahawan yang berkerja keras untuk berjaya, semoga semakin majuuu rakyat malaysia

    ReplyDelete
  22. wah produk Ainaa memang terbaik.makeup pun ada sekali,semoga terus Berjaya.

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!