Semangat Pasangan Muda Viral Raih Kejayaan Dengan Produk Viral Ini | Bermula dengan satu produk tular, jenama produk kecantikan AINAA Beauty milik Syafiqah Aina dan Hafiz Mahammad semakin berkembang pengaruhnya. Peluang bertemu dengan seorang usahawanita tempatan, Norazura Md Posdzi yang bertindak selaku rakan niaga dan pembimbing Aina dan Hafiz telah membuka peluang kepada pasangan suami isteri,  Nursyafiqah Aina Abdul Wahab  dan Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad untuk terus mengorak langkah mengambil risiko untuk memulakan perniagan selepas sebulan mendirikan rumahtangga. Nama Aina ketika itu berada di puncak populariti dan semakin laris menjadi wajah kempen pilihan jenama.  

Ainaa Beauty


AINAA Beauty telah memasuki tahun kedua operasinya dengan dua produk sulungnya AINAA Serum dan AINAA Cleanser yang terus konsisten mencatatkan jualan yang memberangsangkan.  Ia merupakan satu pencapaian luar biasa dalam tempoh singkat untuk jenama tempatan.  Semangat  pasangan muda ini tidak luntur biarpun permulaan dirintangi dengan khabar-khabar angin yang boleh menjatuhkan reputasi AINAA Beauty

Ainaa Beauty



Bagi meraikan tahun kedua jenama AINAA Beauty, satu majlis makan malam bertemakan neon telah di adakan di Battle Arena, Petaling Jaya bagi menghargai para stokis dan para agen yang berjaya meraih kutipan jualan tertinggi sepanjang tempoh 12 bulan

Majlis turut menerima kejutan apabila Aina mempersembahkan lagu tema AINAA Beauty (#AINAAKCANTIK) buat pertama kali bersama penyanyi rap muda Bunga  diiringi penari-penari.dihadapan lebih 200 tetamu.

Ainaa Beauty

"Alhamdulillah kita semakin fokus dengan apa yang diuasahakn dalam tempoh hampir dua tahun ini.  Kini kita dlam fasa untuk memperbesarkan momentum AINAA Beauty terutama capaian kepada pelanggan"
"AINAA Beauty telah membuktikan bahawa setiap individu mampu untuk berbisnes tanpa modal yang besar dan dengan bimbingan serta usaha konsisten, semua mampu untuk beraya.  Kita akan terus berusaha membantu anak-anak muda dan melahirkan lebih ramai usahawan tempatan"  
" Perancangan akan datang juga termasuklah mewujudkan AINAA Spa yang dijangka dapa tmemberi satu modul penjana pendapatan unik kepada orang ramai yang ingin berjinak-jinak dalam bisnes" - Hafiz, Pengasas dan Pengarah Urusan AINAA Beauty Empire Sdn Bhd
Ainaa Beauty


Ainaa Beauty

Pada majlis yang sama, dua produk baharu turut dilancarkan iaitu AINAA Scrub & Mask yang telah pun berada dipasaran sejak beberapa hari yang lalu dan AINAA PaletteAINAA Scrub & Mask boleh didapati di semua agen dan dropship AINAA Beauty Squad yang berdaftar hanya pada harga RM39.00 setiap satu. AINAA Serum (15ml) boleh didapati dengan harga RM65.00 setiap satu, AINAA Cleanser (50m) pada harga RM45.00 setiap satu dan AINAA Sunscreen (15ml) dijual pada harga RM59.00 manakala AINAA Palette bakal berada di pasaran menjelang penghujung September 2019.



AINAA Scrub & Mask
AINAA Scrub & Mask merupakan gabungan skrub dan topeng muka (mask) dengan fungsi 2 dalam 1 bagi menyingkirkan sel-sel kulit mati serta melembapkan kulit. Ia diformulasi dengan kandungan semula jadi; ekstrak benih avena strigose, ekstrak susu kambing dan ekstrak madu. Sesuai untuk penggunaan 3 hingga 4 kali seminggu, AINAA Scrub & Mask juga membantu mengelakkan liang pori tersumbat, menanggalkan bintik putih (whitehead) dan bintik hitam (blackhead) di wajah, mencerahkan kulit serta mengatasi masalah kulit berminyak.


AINAA PALETTE
AINAA Palette merupakan alternatif pantas untuk solekan asas yang menyeluruh. Ia mengandungi
lapan kegunaan solekan termasuklah lip cream, pemerah pipi (blusher), highlight, pembayang mata
(eye shadow) dan shading. Bersaiz kompak agar mudah dibawa ke mana-mana (travel kit), AINAA
Palette sesuai untuk wanita yang menggemari solekan wajah semula jadi.