PERMAJU Dan VSOLAR Berkerjasama Untuk Tenaga Solar Di Negeri Sembilan - blog.iamfuzy™

5 September 2019

PERMAJU Dan VSOLAR Berkerjasama Untuk Tenaga Solar Di Negeri Sembilan

Permaju Industries Bhd, pengusaha syarikat perniagan motor dan hartanah akan melabur sebanyak RM380 juta bagi membangun kemudahan penjanaan tenaga solar di Negeri Sembilan.

sumber Google
Adalah difahamkan, Permaju akan membina kemudahan solar dengan perkongsian kerjasama dengan Vsolar Group Bhd, syarikat yang tersenarai di pasaran ACE, tenaga boleh diperbaharui,  tenaga photovoltaic penjanaan tenaga dan firma perkhidmatan kejuruteraan.

Permaju semasa pemfailan ke Bursa Malaysia berkata mereka, melalui anak syarikat penuh, Genbayu Gemilang Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian dan kerjasama persekutuan dengan Solar Interactive Sdn Bhd, unit dibawah Vsolar Group pada 4 September 2019.

Permaju turut mengesahakan, kedua-dua pihak akan bekerjasama di dalam pembangunan tapak solar berkapasiti sehingga 90 megawatt (MW) di Seremban

Adalah difahamkan, perjanjian tersebut adalah untuk membangunkan kemudahan solar termasuk loji Solar berskala besar Photovoltaic (PV) di atas tanah seluas 300 ekar hakmilik Genbayu di Setul. Loji PV memerlukan kawasan PV sel yang luas dikenali sebagai sel solar yang menukar tenaga solar ke dalam bentuk elektrik yang boleh digunakan dan sekiranya loji menjana melebihi 500 kW, transformer step-up akan digunakan.

Genbayu dan Solar Interactive akan menubuhkan sebuah syarikat usahama bagi membangun kemudahan solar.

"Permaju dan Vsolar menyasarkan pendapatan tiga kali ganda daripada usaha ini dan terdapat potensi peningkatan pendapatan apabila ianya berkembang" - sumber rapat Permaju

Sumber turut menyatakann kemudahan solar pada awalnya akan mengadakan panel 117MW PV dengan keupayaan menghasilkan lebih kurang panel solar 400Wp (lebih kurang 293,000 keping).

Tenaga yang dijana dari loji PV akan dijual kepada Tenaga Nasional Bhd dibawah perjanjian pembelian kuas yang akan ditandatangani kelak.

Pihak sumber turut menyatakan kemudahan solar adalah tertakluk kepada kajian, pembiayaan tersedia dan kuota yang disediakan dari pihak berkuasa yang berkaitan.

Solar Interactive akan mendapatkan perkhidmatan kejuruteraan dan pembinaan di samping pemerolehan pembiayaan bagi pembangunan kemudahan solar, ujar pihak sumber

"Permaju percaya Solar Interactive mempunyai kepakaran perkhidmaan kejuruteraan yang diperlukan dengan selesainya kemudahan penjanaan Solardi Kinta, Perak dan mampu menyediakan dan mendapatkan kepakaran yang diperlukan bagi membangunkan projek solar"


1 comment:

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!