Permintaan Mengarut MTUC Agar Umur Persaraan ke 65 tahun - blog.iamfuzy™

3 September 2019

Permintaan Mengarut MTUC Agar Umur Persaraan ke 65 tahun

Beberapa hari lepas ada terbaca berita yang Perdana Menteri Singapura mengumumkan umur persaraan kakitangannya dari 63 ke 65 tahun dan dua hari lepas pulak terdengar di berita yang pihak MTUC pulak dah minta kerajaan naikkan umur persaraaan kakitangan awam ke 65 jugak...



MTUC berharap cadangan umur persaraan berserta kenaikan COLA itu dapat diperkenalkan pada Belanjawan 2020 pada bulan Oktober nanti tapi pernah tak pihak MTUC mahupun CUEPACS (yang minta usia persaraan penjawat awam dari 60 tahun ke 62 tahun) fikir dengan lebih bijaksana apa nasib graduan di Malaysia yang sedia ada sedang menggangur? Malah YB Syed Sadiq pun membantah cadangan kerana kadar penggangguran di Malaysia adalah sangat membimbangkan.
"Saya membantah cadangan untuk menaikkan umur persaraan daripada 60 tahun ke 65 tahun.  Perbandingan dengan negara maju tidak tepat.  Kadar pengangguran belia di Jepun adalan 3.4 peratus, Singapura 5.9 peratus dan Jerman 6.2 peratus.  Di Malaysia seramai 500,000 anak muda masih menganggur atau 10.7 peratus" YB Syed Sadiq

Kalau kata PM Lee Hsien Loong mengatakan persaraan dinaikkan ke usia 65 menjelang 2030 kerana warga Singapura mempunyai kadar jangka hayat paling panjang di dunia tapi jumlah penggangguran tak seramai di Malaysia yang punya bilangan penduduk yang lebih ramai kan.

Baca sini https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/08/597425/singapura-naikkan-umur-persaraan-kepada-65-tahun

Kalau yang Melayu di usia 55 ke atas la dan di waktu masih sihat untuk menambah pahala sebelum dijemput Ilahi tapi kalau persaraan bagi golongan professional dilanjutkan mungkin boleh di ambil kira tapi adakah perlu jugak dengan kesihatan harus diambil kira. Ni datang kerja dengan mengusung ubat sakit setiap hari malah mungkin ada yang berulang alik ke hospital untuk rawatan disebabkan penyakit.

Siapa tak mahu menambah bilangan simpanan kan tapi sanggupkah kita melihat golongan muda tanpa pekerjaan walhal pekerjaan yang ada boleh dibuat dengan lebih cepat, cermat dan dengan idea baru dari golongan muda? Tidakkah pihak MTUC melihat situasi ni atau 

Kalau ya pihak kerajaan nak menurut permintaan MTUC ni ujian kecergasan serta kesihatan patut dibuat dan yang layak jer patut disambung di kalangan professional tapi kalau bab kerani dan pembantu tu ala bagi la peluang pada yang lebih muda. 

Tapi memang mengharap pihak kerajaan tidak mengikut permintaan tidak masuk akal MTUC ni malah en suami pun tak nak tambah walau kami bukan golongan yang punya simpanan yang banyak tapi ingin menghargai masa untuk membuat ibadat sebagai bekalan dan untuk menghabiskan masa bersama keluarga sekiranya dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik.

7 comments:

  1. serabut la depa ni...org yang dah umur 60 tu pun gagah la kerja padahal dah tak larat.. ni kan pulak nak lanjut smp 65 tahun..

    ReplyDelete
  2. Agak-agaklah.. 60 tu pun dah terlalu tua.. Kalau sha, lebih baik dikurangkan umur persaraan tu dari ditambah.. Dah tak produktif dah nak kerja umur tu.. Teruklah diorang ini.. Baik bagi peluang pada yang muda..

    ReplyDelete
  3. cemana agaknya rupa nya 65tahun kerja, kalau lah lif opis ni buat hal, udah tua sakit2 pinggang nk daki tangga huh...

    ReplyDelete
  4. Bagilah peluang pekerjaan kepada anak2 muda yang masih menganggur.
    Patutnya umur persaraan dikembalikan kepada 55 tahun seperti jaman dulu2.

    ReplyDelete
  5. Susah jugak kalau dinaikkan..bukan apa orang kita ni bukan macam org luar sana yang mana umur 65 pun masih sihat walafiat.. pengangguran meningkat satu hal..huhu bagila peluang kepada golongan muda pulak untuk berkhidmat

    ReplyDelete
  6. memang tak setuju dengan perkara ni. Kalau dilanjutkan had umur persaraan, apa nak jadi dengan graduan baru? susah payah belajar alih-alih "terpaksa" kerja kat pasaraya je sebab peluang tu masih tak muncul-muncul.

    lepas tu... kita ni umur baru nak masuk 40 pun dah sakit sana sini..macam manalah agaknya prestasi kerja kalau still kerja at the age of 60

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!