Program Nak Ubah Hidup 2019 Cabar Diri Berubah Untuk Kemajuan Hidup | Setiba di Setia City Convention Center pada 30 Ogos lalu memang terasa teruja dan bersemangat melihat kehadiran para peserta keProgram Nak Ubah Hidup anjuran RichWorks International Sdn Bhd. 


Tak sangka diantara peserta program 3 hari (30 Ogos hingga 1 September 2019) tersebut disertai lebih 12,000 orang bukan hanya dari Malaysia bahkan dari negara Brunei Darulsalam dan Singapura!

Program Nak Ubah Hidup 2019 Mencabar Diri Untuk Berubah Untuk Kemajuan Hidup

Seperti yang kita semua sedia maklum, objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup adalah bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk meningkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui perniagaan yang berjaya dan menguntungkan.

Program Nak Ubah Hidup 2019 Mencabar Diri Untuk Berubah Untuk Kemajuan Hidup

Memang terbaik! dan bila saja Dr Azizan tampil penuh karisma dan aura positif yang tinggi dan dapat dilihat betapa bersemangatnya para peserta yang menanti dan menyahut setiap bicara beliau.  Macam berada di konsert hiburan bila sorakan bergema diruangan dewan yang cukup besar dan dipenuhi para peserta.

Program Nak Ubah Hidup 2019 Mencabar Diri Untuk Berubah Untuk Kemajuan Hidup

Sepanjang 11 tahun penganjuran progam adalah dengan tujuan memberi kefahaman bahawa hanya dengan perniagan dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan.  Agak malang bagi beberapa usahawan yang menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul dan akibatnya ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama sehingga mengakibatkan ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ada yang  menanggung beban muflis akibat perniagaan yang tidak berjalan lancar seperti yang mereka ingini.

Program Nak Ubah Hidup 2019 Mencabar Diri Untuk Berubah Untuk Kemajuan Hidup

Bangun Dari Kegagalan Dan Tekad Membantu Orang Lain
Atas sebab itu, RichWorks International bersama pengasasnya Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang perlu dibantu memandangkan Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan permulaan perniagaannya dengan menjual sabun dan kelapa sering gagal. Pengalaman dan kegagalan Dr Azizan sehingga beliau pernah berhutang beratus ribu malah terpaksa menggadaikan rumah ibunya bagi melunaskan hutang dan pada saat itu beliau berjanji sekiranya beliau berjaya dalam bisnesnya beliau akan membantu lebih ramai anak bangsa untuk menjadi usahawan yang berjaya dengan ilmu dan formula hasil dari pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan dan ilmu yang beliau dapat dari mentornya di luar negara.

Ironinya tiada sesiapa datang membantu sewaktu beliau kesusahan namun tekad beliau tidak mahu lebih ramai lebih usahawan terpaksa menanggung kegagalan dan beban hutang seperti yang beliau pernah alami satu masa dulu.

Program Nak Ubah Hidup 2019 Mencabar Diri Untuk Berubah Untuk Kemajuan Hidup

Penyertaan Terbesar Kerana Kepercayaan
Syabas kepada Team RichWorks International yang berkempen sejak 4 bulan lalu hingga penyertaan peserta sejumlah mencapai sehingga 12,000 orang berbanding 10,000 seperti kebiasaan.  Malah tidak dapat dinafikan kepercayaan yang tinggi yang diberikan kepada RichWorks dan Dr Azizan sendiri sebagai satu sumber utama dalam membantu usahawan tempatan membina bisnes yang berjaya.  Ini juga terbukti dengan semakin hari semakin ramai peserta Program RichWorks yang berjaya membina bisnes sehingga mampu membuat jualan mencecah jutaan ringgit setahun dan ada diantaranya mampu membina jenama terkenal antaranya Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Asaddok dan banyak lagi.

Program Nak Ubah Hidup 2019 Mencabar Diri Untuk Berubah Untuk Kemajuan Hidup


Cukup menarik dan cukup terkesan bila kesemua peserta Program Nak Ubah Hidup dengan penuh bersemangat bersama-sama mengira detik ambang Kemerdekaan dengan diiringi nyanyian lagu Negaraku, Tanggal 31, Setia dan Warisan serta laungan kemerdekaan yang menggegarkan dewan SCCC, Setia Alam dan keesokkanya, seisi dewan bersama-sama mengaminkan doa awal tahun diiringi sesi bacaan Ratib sebagai tanda kesyukuran dan pengharapan bagi sambutan Awal Muharram iaitu Tahun Baru Hijrah
Program Nak Ubah Hidup 2019 Mencabar Diri Untuk Berubah Untuk Kemajuan Hidup

Progam Nak Ubah Hidup Dengan Sambutan Kemerdekaan Dan Maal Hijrah 
Program Nak Ubah Hidup kali ini sememangnya cukup menarik apabila sambutan Merdeka dan Maal Hijrah yang berlangsung sangat bertepatan dengan objektif penganjuran progam di mana ramai peserta yang datang ini hadir dengan matlamat untuk memerdekan diri dari belenggu hutang dan masalah ekonomi dan mahu berhijrah dari keadaan hidup yang ala kadar menjadi 10 kali lebih hebat dan luar biasa dari segi tahap kehidupan dan tahap kewangan.

Program Nak Ubah Hidup 2019 Mencabar Diri Untuk Berubah Untuk Kemajuan Hidup


Antara selebriti tanahair yang turut hadir ke Program Nak Ubah Hidup adalah Chef Zam, Hanez Suraya, Mawar Rashid, Raf Yaakob,  Noraniza Idris, Radiah Ibrahim, Fadzli Zainal, Hafiz Muiz, Fadzlun Abas dan ramai lagi termasuk pihak Utusan Malaysia dan Media yang turut dijemput khas dan itu adalah satu cara untuk mereka mengenal potensi diri dan melihat ruang dan peluang dari sudut lain.

Program Nak Ubah Hidup 2019 Mencabar Diri Untuk Berubah Untuk Kemajuan Hidup


Tahniah dan Syabas buat RichWorks International dan Dr Azizan khusunya yang telah berjaya menganjurkan program yang disifatkan oleh peserta sebagai program konsert tapi padat dengan ilmu yang pastinya memberikan impak dan kesan yang besar kepada semua peserta yang hadir.

Sebelum habis kehangatan Program Nak Ubah Hidup 2019, dah ramai yaong bilakah tarikh Program seterusnya, jadi jom kita jadi yang pertama mendapat tawaran ekslusif Program Nak Ubah Hidup 2020,

Jom layari www.nakubahhidup2020.com hari ini