Resepi Nasi Daging Utara Yang Mudah Dan Sedap - blog.iamfuzy™

24 September 2019

Resepi Nasi Daging Utara Yang Mudah Dan Sedap

Dah lama buat nasi daging ni sebenarnya waktu Cik Meya balik bercuti SEM baru-baru ni tapi entri ni tak lepas-lepas dek sebab kesibukan yang kekadang tu tak tahu kenapa.  Macam tak cukup jer hari yang diberikan 24 jam, sekejap dah tengahhari dan berganjak ke malam.  Ni pasti sebab wrong time management..alahai

Ok, nasi daging ni memang favorite the girls dan saya pun suka sebab mudah dan tak perlu banyak lauk tapi sebaiknya kalau dapat daging korban, daging baru dipotong memang manis.

Resepi : Nasi Daging Utara Yang Mudah Dan Sedap
Nota : nasi ni dikurangkan rempah kurma sebab Cik Meya cakap dia tak nak banyak sangat...haish la anak ni...macam-macam sungguh.  Bayangkan ada 6 anak...dugaaan sungguh.

Bahan-bahan
6 cawan beras, direndam 30 min dan ditoskan
600 gm daging dipotong kiub, direbus
3 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar puri tomato
1 cawan susu cair (kalau tak suka boleh abaikan)
2 helai daun pandan, disimpulkan
1 batang serai, dititik
Garam secukup rasa
2 sudu minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
sedikit kismis hitam


Bahan untuk merebus daging
1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia, dihiris
Air

Caranya :
Rebus daging bersama halia dan rempah kurma sehingga empuk.  Tutup api dan biarkan.


Bahan untuk menumis
2 labu bawang besar, dihiris
5 ulas bawang putih, dihiris
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis

disebabkan nak post resepi ni tapi gambar air asam yang dibuat entah kat mana jadi kita pinjam gambar air asam masa zaman tanpa domain berbayar tu 


Bahan untuk air asam
1 biji bawang besar, dihiris nipis
5 biji cili merah, dihiris nipis
5 bjiji cili api, dihiris nipis (kalau nak pedas)
2 biji tomato, dipotong dadu
1 inci belacan, sebaiknya dibakar
1 mangkuk air perahan asam jawa
2 sudu sos ikan Thai (kalau tak suka, tak perlu bubuh)
Sedikit gula dan garam secukup rasa
1 sudu besar kerisik
Sedikit perahan air limau kasturi/nipis

Caranya :
Kesemua bahan dimasukkan kedalam bekas dan di gaul hingga mesra.


Bahan untuk hiasan
Daun bawang
Daun Sup
Bawang Goreng

Cara membuatnya

  • Panaskan minyak sapi beserta minyak didalam periuk. 
  • Tumis bawang besar, bwang putih, bunga cengkih, kulit kayu manis dan pelaga hingga naik bau, kemudian masukkan rempah kurma bersama serai.  
  • Kacau hingga pecah minyak kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau seketika
  • Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, puri tomato, daging yang direbus dan kismis (kalau suka) serta sedikit garam. 
  • Kacau hingga sebati, biarkan ianya masak dan kacau lagi. Bila air dah kering, tutup periuk. Pastikan dengan perlahankan api dapur. 
  • Kalau takut nasi hangit, pindahkan nasi ke dalam periuk nasi elektrik. Bila air dah kering, gemburkan nasi dan biarkan nasi masak
  • Masukkan dalam bekas dan taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng

7 comments:

  1. Ramai jugak org masak nasi daging skrg. mana2 tgok nasi daging dkt rumah pun terjebak hehe

    ReplyDelete
  2. Nasi daging ni pun mmg fav linda sekeluarga, nanti boleh try resepi akk pulak ya, tq share...

    ReplyDelete
  3. Nasi daging ni pun mmg fav linda sekeluarga, nanti boleh try resepi akk pulak ya, tq share...

    ReplyDelete
  4. Nampak sempoi tapi banyak juga bahannya ye:)))) Untuk orang yang jarang masak macam Sarie ni memang haru la

    ReplyDelete
  5. sedap..pernah makan yang kawan lelaki masak as potluck...sedap oii.. :-)

    ReplyDelete
  6. Sepertinya sangat sedap,....Jadi lapar saya
    Salam dari Indonesia

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!