Buat peminat dessert boleh la ke Tim's Teapot Terrace yang terletak di Taman Melawati.  Memang nak bagi tau nak cari tempat letak kereta memang susah sebab cafe ni terletak diantara rumah kedai di Taman Melawati yang cukup terkenal. Ternampak ada review yang mengatakan parking is a nightmare..hahaha memang ya tapi Ayong Azmer ni memang tabah when comes to this kind of food.  Lagipun ni bukan pertama kali dia kesini tapi pertama kali buat saya dan cikapplepie. Sebenarnya saya ke sini bukan baru-baru ni, adalah lebih kurang pertengahan tahun ke awal tahun tapi tetiba jumpa balik gambar-gambar yang diambil dan mungkin ada yang berminat untuk mencuba di Tim's Teapot Terrrace ini yang menyajikan pelbagai jenis bakeri seperti kek, scones, macaroons dan bagi saya memang best untuk chill bersama kawan untuk minum petang!

Tak dinafikan kakitangan di cafe ni kurang mesra alam dan ada review yang bertanya adakan cafe ni khusus untuk orang yang berstatus dan berpangkat sebab layanan yang tidak mesra alam.  Dah terletak di kawasan elit pastinya kakitangan cafe ni expect pelanggan pun yang berstatus tinggi la kot. 

Santai Minum Petang di Tim's Teapot Terrace

Buat cikapplepie dia cuma makan Meringue yang cukup menarik ni dan ice lemon tea.  Dia dah kenyamg makan tengahhari dan ni cuma untuk lapik perut jer kalau tak memang pastinya dia ambil makanan yang lebih berat.

Santai Minum Petang di Tim's Teapot Terrace

Disebabkan rindu sangat nak makan, jadi pilihan hati minum petang pastinya Carrot cake.  Not bad rasa dan boleh la hadam walau sedikit manis atau memang saya ni jenis tidak makan makanan manis tapi cukup terasa rasa carrot tu.  .  

Santai Minum Petang di Tim's Teapot Terrace

Mac & Cheese pilihan Tyra yang bagi saya cukup menarik dengan potato chips dan salad.  Rasa Mac & Cheese dia pun sedap menepati selera.


Santai Minum Petang di Tim's Teapot Terrace

Sandwich ni pasti la pilihan Ayong Azmer yang jaga badan dan minuman dia pulak pastinya air mineral.
 
Santai Minum Petang di Tim's Teapot Terrace
Green Latte yang sedap menepati selera!

Santai Minum Petang di Tim's Teapot Terrace
Suka tengok dekorasi setiap ruang di cafe ni. 

Santai Minum Petang di Tim's Teapot Terrace

Santai Minum Petang di Tim's Teapot Terrace
Happy us! Alhamdulillah dah kenyang tanpa ada masalah dengan kakitangan walau mereka tu tidak memaniskan muka sepertimana sepatutnya bila menjalani perniaggan F&B ni.

Nota :
Mungkin setiap orang/pelanggan yang kesini akan menghadapi situasi yang berbeza bukan sebab status, mungkin sebab cara pemakaian yang membuatkan si kakitangan cafe akan look up or look down tapi sepatutnya baik kakitangan mahupun tuanpunya cafe ni kena lebih berhemah.  Pelanggan tak masuk ke kedai kalau mereka tiada duit dan apa yang penting cafe tu tempat mencari rezeki jadi layan pelanggan sama rata sebab mereka tu tetap manusia dan tambahan pula cafe tu rasanya kepunyaan orang Melayu dan beragama Islam..jadi tunjukkan la sifat Muslim yang baik.

Buat yang berminat nak ke sini nak mencuba boleh jengah jengah Tim's Teapot Terrance di social media

Instagram : timsteapotterrace

Facebook : Tim's Teapot Terrace

Waktu perniagaan : 11 pagi hingga 10 malam (Selasa hingga Ahad)

Alamat : 9128 Lorong Perak, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Telefon : 03-4106 2043