Tahu tak the Curve dan eCurve ni adalah tempat favorite saya sebab entahla rasa selesa saja mungkin sebab dekat dengan IKEA dan KidZania tapi rasanya sebab utama lokasi ni tak sesak..ehh tak sesak ke ehhe tak juga tapi kat sini banyak tempat makan dan boleh dengar buskers di waktu petang.  

Ketika rakyat Malaysia di seluruh dunia bersama-sama membuat persiapan bagi menyambut ulang tahun ke-62 kemerdekaan negara, the Curve dan eCurve turut semua menyemarakkan lagi semangat patriotisme hujung minggu Merdeka dengan penuh riang ria.





The Curve telah menganjurkan pelbagai aktiviti mesra keluarga untuk pengunjung pada hujung minggu 31 Ogos hingga 1 September 2019. Kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti lukisan muka dan menyertai bengkel batik, pin roda bunga, serta boneka patung Merdeka. Pengunjung juga berpeluang mengunjungi stesen menghias biskut bertemakan Merdeka. Manakala pengunjung cilik pula dihiburkan dengan kepelbagaian bentuk belon oleh badut.



Sementara itu, di eCurve pula, pengunjung telah disajikan dengan keindahan dan kepelbagaian budaya Malaysia menerusi tarian Muhibbah. Persembahan tarian tradisi tersebut menggaungkan daripada tiga kumpulan etnik utama di Malaysia yang telah digubah dan dipadankan mengikut peralatan muzik tradisional masing. Pengunjung merasa tenaga dan terhibur dengan persembahan berkenaan mendengar.


“Kami terharu melihat pengunjung turut menghayati semangat patriotik di pusat beli-belah kami pada hujung minggu lalu. Dalam dunia moden kini, kita sering dibayangi kegelisahan mengenai masa depan. Penganjuran aktiviti hujung minggu yang menyeronokkan di pusat beli-belah kami merupakan satu cara untuk membolehkan pengunjung mengimbau semula masa lalu di samping menyemarakkan semangat perpaduan.” - Encik Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar Kanan
“Rakyat akan berkumpul setiap tanggal 31 Ogos dalam meraikan kemerdekaan lagi mengenangkan sejarah negara yang kita kagumi. Kami turut mengadakan kempen ini bagi menonjolkan keindahan Malaysia melalui persembahan Muhibbah untuk diingati oleh semua pengunjung kami.” Gina Long Ahmad, Pemangku Pengurus Kompleks

Perlukan maklumat lanjut mengenai sambutan Merdeka the Curve dan eCurve tahun ini? Hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan the Curve di talian 03-7710 6868 atau lawati www.thecurve.com.my atau laman Facebook the Curve www.facebook.com/theCurveShoppingMall atau laman Instagram di https://www.instagram.com/thecurve_official/ (thecurve_official). Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan Merdeka eCurve, lawati http://www.ecurve.my atau laman
Facebook eCurve www.facebook.com/eCurveMall/.