ACSON Perkenalkan Spray Anti VOC Pertama Di Malaysia Untuk Memulihkan Udara Dalaman - blog.iamfuzy™

25 October 2019

ACSON Perkenalkan Spray Anti VOC Pertama Di Malaysia Untuk Memulihkan Udara Dalaman

ACSON Perkenalkan Spray Anti VOC Pertama Di Malaysia Untuk Memulihkan Udara Dalaman | Acson Malaysia melancarkan Anti Volatile Organic Compound (VOC) Spray yang pertama di Malaysia bagi meningkatkan kualiti udara dalaman serta memberi gaya hidup sihat kepada pengguna.

Menurut Kod Amalan Industri Kualiti Udara Dalaman 2010, VOC boleh menyebabkan kerengsaan mata, hidung, tekak, sakit kepala, pening, gangguan visual, gangguan ingatan dan kanser.


ACSON Perkenalkan Spray Anti VOC Pertama Di Malaysia Untuk Memulihkan Udara Dalaman
pic kredit Cyrill Hassan
Pengurus Besar Acson Malaysia, Encik Yeap Kin Oun berkata, 
"Walaupun rata-rata masyarakat sedar akan pencemaran udara, namun kita tidak sedar bahawa Volatile Organic Compound (VOC) juga merupakan ancaman yang tersembunyi dalam diaman kita. VOC yang sudah sebati di udara dalaman, mungkin berbau dan tidak berbau. Pernafasan di peringkat rendah VOC boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan dalam jangka masa yang panjang.
"Persekitaran dalaman adalah 2 hingga 5 kali lebih tercemar daripada persekitaran luar seperti yang dinyatakan dalam laporan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat. Anti VOC Spray direka khas bagi mengekalkan kualiti udara dalaman yang baik kerana hari ini orang ramai banyak menghabiskan sebahagian besar masa dalam persekitaran yang tertutup. Kami yakin bahawa semburan itu tidak bertoksik dan tidak berbahaya untuk kesihatan”
"Sebagai salah satu jenama yang dikenali dalam industri, kami komited untuk menghasilkan peralatan eletrik yang mesra alam kepada pengguna Malaysia.  Penambahan produk terbaru kami bertujuan untuk menyempurnakan ruang dalam rumah anda menjadi ruang yang tenang dan selesa"
ACSON Perkenalkan Spray Anti VOC Pertama Di Malaysia Untuk Memulihkan Udara Dalaman
Acson Anti VOC Spray direka khas untuk menguraikan VOC, bahan kimia yang mungkin terdapat dalam produk rumah seperti cat, varnis, karpet, lantai vinil, produk kayu komposit, penyegar udara, produk pembersihan, rokok, dan ianya boleh kekal sehingga 2 tahun.

Acson Anti VOC Spray ini sangat mudah digunakan bagi meminimumkan pendedahan kepada VOC dengan hanya sembur antaranya di seluruh dinding, perabut, lantai, karpet kecuali peralatan rumah, soket, suis, lukisan, pekakas makan, produk logam, sutera dan kulit bermutu tinggi.  Ianya memerlukan 24 jam untuk membentuk lapisan salutan Nano Titanium Dioksida yan bertindak sebagai fotokatalis yang kemudiannya akan menguraikan bahan serta bakteria berbahaya ke dalam air dan karbon dioksida dengan kehadiran lampu (cahaya matahari atau cahaya lampu).  Tanpa gosokan yang kuat di permukaan kesan fotokatalis boleh bertahan sehingga 2 tahun.

Di samping perlindungan yang tahan lama terhadap VOC dan bakteria, Acson Anti VOC Spray juga berkesan menghilangkan bau serta selamat untuk kegunaan dalaman. Contohnya, bau yang terhasil daripada lukisan dinding, perabot dalaman dan persekitaran dalaman yang baru diubahsuai boleh dihilangkan dengan dengan semburan Acson Anti VOC Spray.

Acson Malaysia sebagai pengedar eksklusif Anti VOC Spray di Malaysia, yang dihasilkan oleh Nanopac Co, Ltd Korea dan diterajui dengan teknologi Nano Titanium Dioxide dipatenkan.

Acson Malaysia berusaha menghasilkan produk terbaik untuk pengguna sejak penubuhannya. Mereka kini lebih khusus untuk memberi kualiti udara dalaman yang terbaik untuk memenuhi tuntutan yang tinggi dalam pasaran Malaysia bersamaan dengan tagline mereka “Nature Breeze (Bayu Semula Jadi)”.

ACSON Perkenalkan Spray Anti VOC Pertama Di Malaysia Untuk Memulihkan Udara Dalaman
Untuk meraikan ulang tahun ke-35, Acson Malaysia telah melancarkan Aroma Diffuser yang sesuai untuk individu yang mengutamakan kualiti hidup yang lebih tinggi.

Dengan menambah beberapa titik minyak aromaterapi dalam Aroma Diffuser, ditambah pula dengan cahaya ambien yang sedia ada, ia boleh mewujudkan ketenangan dalam rumah serta meningkatkan kualiti tidur yang nyenyak. Ianya juga boleh berfungsi sebagai humidifier untuk mengekalkan kelembapan di udara pada tahap yang sihat dan selesa. Aroma Diffuser juga sesuai untuk individu yang selalu menghabiskan waktu yang lama dalam bilik berhawa dingin.

ACSON Perkenalkan Spray Anti VOC Pertama Di Malaysia Untuk Memulihkan Udara Dalaman
Acson Malaysia mengeluarkan dua model Aroma Diffuser untuk memenuhi permintaan pengguna. Aroma Diffuser dilengkapi dengan tangki air 130ml dan menggunakan USB untuk aktifkannya. Secara berasingan, Aroma Diffuser Speaker didatangkan dengan tangki air 200ml dan boleh diaktifkan dengan pin 3-palam. Ia juga mempunyai fungsi tambahan seperti pembesar suara Bluetooth dan pemasa yang boleh diubahsuai. Kedua-duanya Aroma Diffuser kecil dan mudah alih, sesuai digunakan oleh pelancong yang melancong secara santai.

ACSON Perkenalkan Spray Anti VOC Pertama Di Malaysia Untuk Memulihkan Udara Dalaman

Bermula 23 Oktober sehingga 29 Oktober 2019, Acson Anti VOC Spray dan Aroma Diffusers akan dijual secara ekslusif di PrestoMall dengan diskaun istimewa dan akan dijual di Acson online store bermula 29 Oktober 2019. Pembeli yang membuat tempahan awal dalam tempoh promosi akan dapat membeli Acson Anti VOC Spray pada harga RM159 (harga asal RM209), Aroma Diffuser dan Aroma Diffuser Speaker berharga RM120 (harga asal RM160) dan RM189 (harga asal RM229). Set minyak aromaterapi lavendar, eucalyptus dan lemongrass boleh didapati dengan harga RM49 (harga asal RM87), setiap botol minyak aromaterapi mengandungi 5ml yang dijual secara berasingan.

Untuk keterangan lanjut, sila lawati https://acson.com.my.

Mengenai Acson Malaysia 
Acson Malaysia adalah sebuah syarikat penghawa dingin tempatan yang ditubuhkan sejak tahun 1984 menyediakan pengalaman penyejukan muktamad kepada pengguna. Acson Malaysia menawarkan penyelesaian penyejukan bagi para pengguna dari sektor awam, swasta serta produk dalam sistem penyaman udara seperti pam saliran, tirai udara, sistem kawalan udara dalaman yang terbaik untuk memenuhi tuntutan yang tinggi dalam pasaran Malaysia bersamaan dengan tagline mereka “Nature Breeze (Bayu SemulaJadi)”

#AcsonAromaDiffuser #AcsonAntiVOC

1 comment:

  1. betul la.. kadang2 udara dalam rumah pun tak elok. dari luar masuk..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!