Konsert Haus Boom 2019 Menampilkan Ella, Hujan, Bunkface, Pop Shuvit, Gerhana Ska Cinta, K-Clique & Budak Nakal Hujung Simpang.  | Kejayaan penganjuran Haus Boom Music 2018 membuatkan Hausboom Music begitu teruja untuk menganjurkan Hausboom Music 2019 yang bakal diadakan pada 10 November 2019. Ratu Rock Ella, Hujan, Bunkface, Pop Shuvit, Gerhana Ska Cinta, K-Clique dan Budak Nakal Hujung Simpang bakal tampil dan pastinya akan menggegarkan Dewan MIECC, Seri Kembangan.

Hampir setiap tahun menganjurkan konsert, namun kali ini konsert yang bakal berlangsung dengan kapasiti yang lebih besar dan meriah.  Apa yang pasti, gabungan ini sememangnya ditunggu-tunggu ramai setelah pihak Haus Boom mengambil kira setiap maklum balas peminat dan pencipta muzik yang menginginkan artis kegemaran mereka bersatu di atas satu pentas.

Nah! gabungan unik pelbagai genre antaranya rock, hiphop, reggae dan ska pastinya bakal mencipta fenomena dan sejarah tersendiri pada setiap penonton yang hadir nanti.


Konsert Haus Boom 2019 Menampilkan Ella, Hujan, Bunkface, Pop Shuvit, Gerhana Ska Cinta, K-Clique & Budak Nakal Hujung Simpang.  

Dewan MIECC yang mampu memuatkan 7000 penonton ni akan digamatkan dengan persembahan selama tujuh (7) jam sekali gus akan membuat peminat mereka teruja dengan pilihan lagu-lagu popular yang akan dipersembahkan dan pastinya suara lautan peminat akan turut bergema menyanyikan bersama-sama.

Peminat juga tidak perlu risau kerana terdapat kemudahan ruang solat dan peruntukan masa selama 40 minit untuk mengerjakan solat dan makan.

Konsert Haus Boom 2019 Menampilkan Ella, Hujan, Bunkface, Pop Shuvit, Gerhana Ska Cinta, K-Clique & Budak Nakal Hujung Simpang.  
"Pihak kami amat teruja apabila gabungan ini dapat disatukan.  Kami percaya konsert ini akan mencetuskan fenomena tersendiri sekali gus mencatat sejarah indah dalam diri setiap penonton yang hadir nanti.   Justeru pihak kami ingin mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama hadir dan menyokong industri seni muzik tempatan.  Siapa lagi akan menyokong bakat seni tempatan jika buakan rakyat Malaysia sendiri." - Azri Zahier Azmi, Ketua Pegawai Eksekutif Haus Boom 

Harga tiket untuk Konsert Haus Boom 2019 ini sangat berbaloi dengan hanya RM30 untuk early bird, RM60 (pintu masuk)  dan RM100 (Rock Zone) dan akan mula dijual pada hari Jumaat 18 Oktober 2019 melalui aplikasi 'TicketApps', jadi sila muat turun aplikasi ini sekarang!


Konsert Haus Boom 2019 Menampilkan Ella, Hujan, Bunkface, Pop Shuvit, Gerhana Ska Cinta, K-Clique & Budak Nakal Hujung Simpang.  



Semasa sidang akhbar tu saya dapat merasa minuman berperisa Roti Bakar dari Hausboom yang cukup rare.  Rasanya airnya seakan kita rasa macam butter toast pun ada tapi serius memang sedap dan korang memang kena rasa!

No photo description available.
Konsert Haus Boom 2019 Menampilkan Ella, Hujan, Bunkface, Pop Shuvit, Gerhana Ska Cinta, K-Clique & Budak Nakal Hujung Simpang.  

Hausboom sudah beroperasi sejak 2016 kemudian dikomersialkan pada Januari 2017 untuk memenuhi permintaan Jus Sparkling Premium dan selain perisa Roti Bakar yang rare tu terdapat  enam perisa jus buah iaitu Mangga, Jambu, Laici, Lemon, Blackcurrant dan Strawberi.

Produk yang dihasilkan di Malaysia dengan jus buah yang diimport, teknologi perkilangan dan pengeluaran yang canggih dan proses yang mematuhi pensijilan Halal, HACCP dan Standard Amalan Pembuatan Baik (GMP).

Nak cuba Jus Sparkling Premium Hausboom ni, beli je di 7 Eleven, semua kedai serbaneka, pasaraya dan stesen minyak seluruh Malaysia.