Pakej Umrah Dengan Rarecation - blog.iamfuzy™

30 October 2019

Pakej Umrah Dengan Rarecation

Bila sebut pasal Umrah, pasti semua orang punya impian untuk menunaikan umrah malah sesiapa yang pernah mengerjakan umrah pun pasti nak pergi lagi dan lagi.  Pengalaman dan cerita mak dan Allahyarham abah tentang kisah mereka di Mekah dan Madinah cukup membuat saya teringin ingin merasai sehingga jenuh juga saya cari pakej dari beberapa syarikat yang menganjurkan pakej umrah dan akhirnya hati saya  berminat dengan pakej Umrah dari Rarecation dan bercadang untuk mengerjakan Umrah pada cuti pertengahan tahun 2020 bersama suami dan anak-anak.

https://sukamakanjalan.blogspot.com/2018/01/pakej-umrah-2018-cara-memilih.html


Kenapa Umrah Dengan Rarecation Menjadi Pilihan




  • Sepertimana namanya Rarecation, pakej umrah yang ditawarkan pun cukup rare kerana  peluang kepada peserta umrah untuk menambah kebajikan bilamana segala hasil keuntungan yang diperolehi dari program Umrah ini 100% akan disalurkan kepada dana pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin, rumah anak yatim dan golongan asnaf.
  • Umrah ekslusif hasil idea dari insan hebat di belakang tabir seperti Saiful Nang yang cukup dikenali dan terjamin selamat dengan pengalaman luas dari setiap kakitangannya malahan tenaga kerja yang terdiri dari anak yatim dan asnaf dari rumah warga prihatin yang bangkit berdikari dibwah sebah syarikat waqaf
  • Mutawif berpengalaman dari Malaysia yang akan memberi bimbingan menyeluruh.  Amat penting bila Mutawif berasal dari Malaysia supaya tiada masalah untuk peserta umrah memahami.
  • Satu-satunya pakej umrah yang memberikan pengisian maqasid umrah yang merungkai rahsia ibadah umrah yang mampu mencipta kita menjadi insan yang baru bagi yang mahu.
  • Penginapan yang berdekatan dengan masjid dan selesa sebab mak saya sudah berusia jadi jarak yang dekat sangat penting untuk keselesaan dia.
  • Bonus dengan khidmat fotografi sebagai kenangan yang disediakan

Semoga hasrat saya dan keluarga untuk membawa mak kesampaian dan disamping tu dapatlah kami membantu pihak Rarecation dalam membantu menyalurkan dana untuk mereka yang memerlukan.  Siapa lagi nak membantu golongan sahabat seagama kalau bukan kita sebagai orang Islam jugak kan.

1 comment:

  1. tak pernah guna khidmat rarecation ni lagi .. inshallah one day kalau ada rezeki lebih boleh saya try

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!