Resepi Masak Lemak Pucuk Belinjau - blog.iamfuzy™

28 October 2019

Resepi Masak Lemak Pucuk Belinjau

Resepi Masak Lemak Pucuk Belinjau | Okay ni pun masakan kesukaan mak dan rupanya pucuk belinjau ni memang senang didapati di Pasar Keramat.  Selain di buat masak lemak, pucuk belinjau ni pun sedap kalau buat tumis air. Rasanya yang manis dan agak lemak ni pasti jadi kesukaan tidak seperti buah belinjau yang agak kepahitan.

Resepi Masak Lemak Pucuk Belinjau

Bahan-bahan:
2 ikat daun belinjau, disiang dan dibuang tulang tengah
2 ulas bawang kecil, dihiris
1 ulas bawang putih, diketuk
2 tangkai cili kering, dikerat dalam 1 inci
sedikit suhun, direndam supaya lembut (kalau tak letak pun ok)
1 biji telur
1 cawan air
2 cawan santan pekat


Cara memasaknya :

  • Masukkan air, bawang merah, bawang putih, cili kering bersama daun belinjau di dalam periuk dan direnih hingga daun nampak lembut dalam anggaran 5 - 7 minit kerana pucuk belinjau ni memang lembut.
  • Masukkan santan dan suhun dan kemudian pecahkan telur.  Biar ia merenih tapi jangan sampai pecah minyak. Anggaran dalam 10 minit dengan api sederhana.
  • Tutup api dan masukkan garam.


Nota :

  • Kalau makan dengan nasi panas jangan lupa buat sambal belacan pastu dicicah pulak dengan keropok belinjau goreng, pasti bertambah-tambah nasi pulak.
  • Ada yang meletakkan ikan bilis bukan telur mengikut selera masing-masing


Resepi Masak Lemak Pucuk Belinjau
Ramai yang tak tahu daun, buah dan pokok belinjau ni banyak juga khasiatnya antaranya

  • Pucuk belinjau boleh dibuat ulaman, dimasak tumis air, masak lemak dan dijadikan gulai
  • Belinjau mengandungi pelbagai khasiat dalam merawat penyakit kulit, mata dan pencegah tumor serta kanser
  • Batangnya yang keras boleh dibuat alat pekakas dapur seperti pemarut dan tempat pemotong 
  • Kulit batang pokoknya yang berserabut boleh menghasilkan sejenis benang untuk tali pancing dan jala
  • Biji belinjau mendatang hasil pendapatan bagi industri kecil dan surirumah dengan diproses menjadi keropok dan emping


3 comments:

  1. Macam pernah nampak daun ni. tapi tak pasti pernah makan ke x..nampak sedap tu masak lemak putih

    ReplyDelete
  2. kali pertama dgr pucuk belinjau.

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!