Tutorial 5 Langkah Mudah Menukar Profil Di Google | Mungkin ramai yang tak tahu atau tak perasan sejak Google+ ditamatkan dengan secara tak langsung profile kita di Google turut mengalami masalah dan kita turut disarankan  untuk mengemaskini profil kita.


Mungkin pada sesetengah pengguna, perkara ni dah lapuk tapi ada yang DM, komen di blog macam mana caranya jadi nak tak nak saya buat posting ni supaya menjadi panduan buat diri sendiri dan mereka yang memerlukan.


Perlu ke? bagi saya YA! sekiranya kita seorang blogger atau punya blog peribadi yang suka berkongsi cerita, sebaiknya kita tukar.  Melainkan kita tidak ikhlas dan punya muslihat  atau ada niat tersembunyi dengan profil ANONYMOUS mahupun UNKNOWN.  Harapnya tidak! seperti saya dan kawan-kawan blogger lain yang menjana pendapatan dengan berblog, kisah broken links ini cukup menyusahkan!

Sangat Mudah!

Caranya cukup mudah kalau kita rajin nak godek-godek tau tapi tak rugi kalau saya berkongsi pengetahuan kan.


1. Masuk ke akaun Blogger



2. Pergi ke Settings
User Settings di mana kita akan nampak General - User Profile dan tekan Edit 



3. Dekat Privacy
Tandakan (tick) apa yang kita hendak bagi orang ramai lihat bila mereka menjengah profile kita dan letak gambar atau tukar gambar kita
  • Identitiy, Email dan Display name 
  • Profile Photo - sebaiknya letak gambar sendiri bukan bunga dan bukan gambar selebriti



4. Kalau ada blog letak di Homepage URL, IM username tu tak perlu. 
  • Location - City/Town - Regional State tu, terpulang untuk letak 
  • Country tu letak dimana sebenarnya kita berada.
  • Work - ada banyak pilihan untuk dipilih 
  • Occupation - kalau kita hendak dikenali sebagai blogger pun boleh

5. Bahagain Additional Information ni boleh la diisi atau boleh abaikan tapi sebaiknya diisi supaya profile kita nampak cantik dan kemudian tekan Save Profile. 



Tadaaaaa...dah selesai dan nanti bila you all komen kat mana-mana blog ada la pic dan bukan lagi jadi UNKNOWN mahupun ANYNOMOUS.

Mudah kan!