Wangikan Rumah Dengan Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner - blog.iamfuzy™

15 October 2019

Wangikan Rumah Dengan Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner

Wangikan Rumah Dengan Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner | Sejak jadi surirumah sepenuh masa ni..kelam kabut dengan perihal rumah. Semestinya kalau dah duduk sehari-hari tak kan tergamak nak tengok lantai bukan saja kotor tapi bau yang tidak menyenangkan.Walau bilangan ahli tak ramai tapi dalam rumah ni ada kucing peliharaan dan memang sakit hati bila si Sim ni suka kencing kat lantai dapur walhal potty pot depa tu baru jer dibersihkan. Payah sungguh bila deria bau dia sangat kuat jadi bau hancing busuk sikit pun dia tak lalu..kami yang duk kat rumah pun tak tahan sampai kekadang tu nampak lalat berterbangan..alamakk risau bila dah nampak lalat walau seekor dua ni..

Tapi sekarang saya dah ada pencuci lantai Klenso Serai Wangi Liquid Wax Floor yang cukup buat saya puas hati sebab lantai di pijak tanpa ragu, bau wangi selepas di cuci dan paling penting tak nampak lalat sesat mahupn semut melata di lantai

Menariknya Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner ni menggunakan pati serai semulajadi dan pati lemon untuk mengurangkan kehadiran serangga seperti nyamuk, lipas, cicak dan semua tapi ianya tanpa bahan racun serangga. Baunya pun lembut dan segar, pH sederhana, anti-statik, melindungi dari bakteria dan lantai nampak berkilat serta wangi

Wangikan Rumah Dengan Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner

Caranya
Lantai ruangan dapur memang kerap kotor dengan percikan minyak dan kesan cili yang ditumbuk jadi kawasan ni memang kena kerap dicuci.  

Mula-mula lantai dicuci dengan air bersih dan untuk ruangan dapur ni saya guna wiper dan bukan mop 
  • Selepas lantai di cuci dengan air, masukkan air sebanyak 1 liter di dalam baldi dan dicampurkan dengan 2 penutup penuh cecair Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner  dan dikacau.
  • Kemudian air campuran tersebut di curah ke lantai dan kemudian di tolak menggunakan penolak (wiper) hingga betul-betul kering. Dengan menggunakan Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner ni kita tidak perlu membilas lantai lagi dan hasilnya lantai nampak cantik berkilat dan wangi!
Wangikan Rumah Dengan Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner
Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner pada dasarnya  adalah pencuci lantai tapi ianya boleh digunakan di merata tempat umpamanya di jubin di dapur, dinding bilik air, bilah kipas angin. malah di atas permukaan dapur.

Wangikan Rumah Dengan Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner


Isikan 1 penuh penutup Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner kedalam bekas sprry, gocang supaya ianya larut secara menyeluruh kemudian semburkan di atas bahagian permukaan kabinet dapur, dinding dapur dan diatas dapur

Nota : pastikan lauk pauk yang ada di atas dapur dialih ya supaya semburan tidak terpercik masuk kedalam makanan.

Wangikan Rumah Dengan Klenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner

Klenso merupakan produk keluaran Malaysia jadi sememangnya mudah untuk kita dapatkan di semua pasaraya seperti Giant Hypermarket, Cold Storage, Village Grocer, Aeon dan tak ketinggalan di Mr DIY yang semua tu pastinya berdekatan dengan rumah kita.

Mungkin sesetengah pencuci lantai mengandungi bahan kimia yang berbahaya seperti bleach, ammonia, acid atau solvent supaya ianya berupaya untuk mencuci dengan bersih tapi Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner adalah bebas dari bahan kimia seperti itu juga bebas dari Volatile Organic Compunds (VOC).

Ianya mengandungi minyak kayu putih (eucalyptus oil, citronella oil (Serai Wangi) dan pekatan lemon untuk menjadikan rumah lebih segar dan selamat.  Malahan kandung ini juga mampu menghalau lalat, semua dan lipas.

Nak tahu lebih lanjut tentang Kleenso, boleh layari atau jengah ke social media Kleenso

Website : www.klenenso.com
Facebook : @kleensoResources
Instagram : @kleensopremier

4 comments:

  1. ana pernah guna Fuzy, memang lipas yang sebelum ni suka merayap malam2 kat dapur dah wujud lagi, sampai sekarang ana gunakanya terus :)

    ReplyDelete
  2. Menariknya produk ni.. suka bau serai mesti wangi..

    ReplyDelete
  3. Thanks for your sharing... Have a nice day...

    ReplyDelete
  4. i suka sangat.. sebab semut pun lari tau...lantai jangan cakap la licin dan wangi je rumah

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!