Pembukaan Pusat Beli-Belah Toppen Berlangsung selama 12 Hari dengan Festival #JelesEk  | IKEA Southeast Asia baru-baru ini melancarkan pembukaan besar-besaran Pusat Beli-belah Toppen dengan pertunjukan pratonton yang menarik untuk warga Johor dan kawasan sekelilingnya, di mana ia menyasarkan untuk menjadi hab komuniti terbaharu di Tebrau.  Pelbagai aktiviti menyeronokkan turut diadakan termasuklah konsert bersama Joe Flizzow dan Joyce Chu.

Pembukaan Pusat Beli-Belah Toppen Berlangsung selama 12 Hari dengan Festival #JelesEk

           
Dari 13 November hingga 24 November 2019, Pusat Beli-belah Toppen menjemput para pengunjung bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti bengkel seni, yoga untuk kanak-kanak, melukis wajah dan ber’zumba’ beramai-ramai. Peluncur papan selaju, parkour serta tarian berkumpulan tempatant akan turut menganjurkan pertunjukan dan pertandingan. Orang ramai juga dijemput berkunjung ke kedai- kedai permainan, makanan, sudut fesyen untuk melihat banyak lagi acara menarik yang bakal dinikmati di Toppen kelak.


Pembukaan Pusat Beli-Belah Toppen Berlangsung selama 12 Hari dengan Festival #JelesEk



Festival #JelesEk
Diinspirasikan daripada kempen #JelesEk yang meraikan sifat keperibadian warga Johor yang ikonik, Toppen akan mempersembahkan secara langsung lagu tema #JelesEk pada 16 November 2019, sebagai acara kemuncak festival tersebut. Ia akan menampilkan bintang kelahiran Johor, Joe Flizzow dan Joyce Chu yang telah bekerjasama mencipta video muzik khas untuk Toppen. Lagu tersebut juga digunakan untuk cabaran TikTok #JelesEk. Buat julung kalinya, Toppen serta peneraju utama video pendek mobile ini, mengajak orang ramai untuk menari dan menyanyi (lip-sync) lagu tema tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Peserta berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM10,000. Untuk menpergiatkan lagi pertandingan tersebut, Toppen juga telah menyediakan beberapa tempat untuk ber-TikTok untuk para pengunjung. Tambahan lagi, Toppen juga turut dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan tahunan Hari TikTok pada 17 November 2019, yang akan mengumpulkan lebih 80 ‘influencer’ dari serata Malaysia dan Singapura untuk menghasilkan cerita (content) yang kreatif dan menyeronokkan di Toppen. Juga pada 13, 16, 17, 23, dan 24 November 2019, pengunjung diajak untuk menyertai pertandingan mencari harta karun yang dianjurkan oleh TikTok.


Pembukaan Pusat Beli-Belah Toppen Berlangsung selama 12 Hari dengan Festival #JelesEk

The Topp
Tarikan utama di Toppen iaitu The Topp memegang peranan penting di festival ini. Dicipta khas untuk selaras dengan kelompok komuniti yang berbeza-beza, The Topp menjanjikan activiti menarik untuk setiap pelawat. Kepada mereka yang sukakan aksi lasak, pergilah ke zon aktif belia di mana terdapat taman luncur, zon parkour dan tembok untuk aktiviti mendaki manakala mereka yang ingin menjamu selera, terdapat banyak pilihan hidangan tempatan atau antarabangsa di sekitar ruangan al fresco. Di laman luar The Topp juga dibina ruang-ruang interaktif termasuklah gelanggang serbaguna, dewan acara, taman atas bumbung, taman rekreasi air kanak-kanak, panggung wayang dengan konsep terbuka yang pertama dan juga arena e-sports untuk anda meluangkan hari bersama teman dan keluarga tersayang.

Pembukaan Pusat Beli-Belah Toppen Berlangsung selama 12 Hari dengan Festival #JelesEk

“Apabila kami mula membayangkan kewujudan Toppen, kami sedar yang ianya tidak boleh menjadi sekadar pusat beli-belah yang sebanding dengan yang lain. Kami mahu mencipta sebuah tempat pertemuan yang memberi impak positif kepada masyarakat setempat”
“Kami membina Toppen dengan objektif untuk memenuhi keinginan penduduk di sini. Dengan kerjasama pihak berkuasa dan kumpulan komuniti tempatan, kami berusaha sedaya upaya untuk menyerlahkan lagi keunikan Johor. Di Toppen, kami berbangga mempunyai jenama tempatan dan antarabangsa di samping mencipta sebuah hab di mana bakat-bakat dan komuniti kelahiran Johor boleh berkumpul bersama untuk berkongsi minat dan kreativiti masing-masing.” - Christian Roejkjaer, Pengarah Urusan IKEA Southeast Asia

Kemudahan yang Mesra Komuniti
Diterajui oleh IKEA Tebrau, pusat beli-belah berkeluasan 1.25 juta kaki persegi ini menawarkan empat aras untuk anda ‘singgah & riadah’ (retailtainment). Dengan 300 buah premis yang menawarkan dari barangan keperluan rumah seperti Ben’s Independent Grocer (B.I.G.) sehinggalah panggung wayang TGV. Toppen juga telah memperkenalkan lebih 80% jenama baru di Johor seperti The Pantheon, 9 to 9, dan Concept Haus. Pusat membeli-belah terbaru ini juga akan memulakan operasinya di samping 90% penyewanya pada hari yang sama.

Hab terbaharu untuk gaya hidup masa kini ini juga senang dikunjungi melalui kemudahan jalan raya utama, pengangkutan awam dan dilengkapi dengan ruang parkir dua tingkat yang boleh memuatkan lebih 4,600 kenderaan. Toppen diinspirasikan daripada asal usul Scandinavian, yang memaparkan rekaan yang luas dan kemas dengan limpahan cahaya semula jadi dan kehijauan alam, menjadikannya destinasi pilihan untuk dikunjungi.

“Dengan nama seperti Toppen yang bermaksud ‘hebat’ dalam bahasa Sweden ini, membuat kami berazam untuk berusaha sedaya upaya merentasi sempadan dan cabaran. Di samping memahami keinginan masyarakat, kami meraikan setiap pelanggan kami yang unik dengan cara mereka tersendiri. Atas sebab itu juga kami menawarkan perkhidmatan di luar dan dalam talian yang bersesuaian, ringkas dan menepati kehendak setiap pelanggan agar mereka merasai pengalaman membeli-belah yang membuat mereka berasa istimewa dan positif" - Joakim Hogsander, Pengurus Besar Pusat Beli-belah Toppen 

Pusat Beli-belah Toppen merupakan yang ketiga di Malaysia dan keempat di Asia Tenggara dengan teraju utamanya, IKEA. Mengikuti jejak langkah IKEA dan pusat beli-belah yang lain di rantau ini, Toppen kini bersedia untuk menjadi tempat pertemuan utama bagi mencipta pengalaman yang hebat untuk mereka yang datang berkunjung. Ia menyasarkan untuk menarik lebih 15 juta penduduk tempatan dan pelancong menjelang tahun 2020.