Hotel Best Dan Selesa Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Suite Di Ipoh  | Memang teruja bila encik suami bersetuju untuk menginap semalam di Ipoh sampai rasa nak lompat bintang! Dah bertahun tak menginap di Ipoh selepas menghadiri majlis perkahwinan anak kakak yang sulung. Ipoh memang tetap di hati dan kenangan singgah di Ipoh sewaktu zaman kanak-kanak terimbau bila Abah akan berhenti di stesen keretapi Ipoh untuk kamu berehat dan makan tengahhari sebelum meneruskan perjalanan balik ke Kuala Kurau. Indah! dan kali ini memang kami ambil peluang untuk menghayati kehidupan di Ipoh yang cukup menenangkan.

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Tenang! sewaktu kereta kami membelok ke kiri memasuki perkarangan Putrade Allsuites RPGC waktu dah menunjukkan ni jam 12.30 tengahhari.  Memang patut la terasa kelaparan melanda kami anak beranak dan memandangkan daftar masuk jam 3 petang, kami melangkah ke Restoran Fairway yang terletak di Aras 1, di bangunan utama Kelab Golf Diraja Perak (RPGC) untuk mengisi perut.  Hasrat untuk makan bufet tidak kesampaian sebab penuh dengan pengunjung yang datang untuk seminar dan semestinya tumpuan para pemain golf.  Untuk ke sini korang boleh jalan kaki dalam 3 minit atau tunggu saja buggy yang sedia membawa terus ke bangunan utama tu.

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh

Nantikan blog posting kedua, makanan sedap di Restoran Fairway ok.

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh

Hotel Best Dan Selesa Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Suite Di Ipoh

Putrade Allsuites RPGC yang terletak di Royal Perak Golf Club ini merupakan service apartment yang menyediakan 36 unit Suites Apartment yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup sofistikated untuk keselesaan para penginap dan yang pasti setiap suite kita boleh mendapat jaringan internet tanpa had, peti keselamatan elektronik, mesin kopi Gusto, mini bar, penghawa dingin, kipas, televisyen satelit, perkhidmatan makan di dalam suite dan banyak lagi.  Putrade Allsuites RPGC ni bukan saja menjadi pilihan pelancong dalam negeri Perak malahan dari luar Perak terutama mereka yang mengemari sukan golf tempatan malahan hanya 5 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh

Rasa teruja nak tunjuk suite 2-bilik yang menjadi penginapan kami selama satu malam ni. Dari lobi tak sampai 5 minit kami memasuki lif untuk ke bilik.  Ruangan lobi yang menempatkan sofa untuk pengunjung cukup selesa dan ruangan yang terbuka ni buat hati bertambah lapang. Kalau ke sini dengan membawa warga emas atau yang berkerusi roda tu memang korang tak akan menghadapi kesukaran malah laluan yang luas cukup selesa.

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh

Memandangkan kami berlima, jadi bilik yang diberikan mestilah Suite 2-bilik yang cukup selesa dengan keluasan 906.55kps dengan dua bilik air.  Masuk ke bilik ni pun dah cukup wow dengan kelengkapan seperti TV LED 43 di ruang terbuka dengan akses internet berkelajuan tinggi, bar basah dengan microwave, peti sejuk dan sempat la saya ngopi dengan menggunakan mesin kopi Dolce Gusto sesambil duduk menonton di sofa yang cukup selesa.

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Di bilik utama dilengkapi dengan katil bersaiz king bersambung dengan bilik air,  peti keselamatan, TV LED 32 inci, meja solek dan seterika. Cukup selesa dengan ruangan bilik yang cukup luas dan dilengkapi dengan almari dan meja alat solek untuk berdandan.

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Di bilik kedua, terdapat 2 unit katil berkembar bersaiz super single dengan sebuah laci di tengah-tengah dilengkapi dengan sebuah almari, meja solek dan cermin untuk berhias. Ruangan bilik yang cukup selesa untuk anak-anak malah bilik air pun setentang dengan bilik ini.

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Memang puashati dengan susun atur suite ni dengan warna yang cukup menenangkan dan terasa nyaman sekali tambahan pula cahaya yang memasuki setiap ruangan tu memang cukup buat saya sekeluarga rasa selesa sampai rasa tak nak keluar.

Di kedua-dua bilik dan ruangan terbuka dilengkapi dengan penghawa dingin dan kipas dan satu bilik air terletak di bahagian ruangan terbuka menuju ke bilik tidur. Suite 2-bilik kami ini berharga RM490 semalam termasuk dengan sarapan pagi.

Selain suite 2-bilik, Putrade Allsuites RPGC turut menyediakan suite 1-bilik dan suite 3-bilik yang cukup selesa yang boleh memenuhi kehendak pelanggan berdasarkan bilangan ahli yang akan menginap bersama.

Nak tahu lebih lanjut mengenai bilik dan kadar harga serta untuk buat tempahan, boleh terus ke website Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh

Hotel Best Dan Selesa Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Suite Di Ipoh


Suite 1-bilik dengan keluasan 604.44 kps ni dengan pilihan katil saiz Queen atau katil berkembar ini cukup selesa bagi mereka yang menginap bagi tujuan peniagaan mahupun bagi pemain golf.  Bilik yang dilengkapi dengan TV LED 43 dan 32 inci serta ruang kerja terbuka dengan capaian internet berkelajuan tinggi, bar basah dilengkapi microwave, mesin kopi Dolce Gusto, peti sejuk, penghawa dingin, kipas dan peti keselamatan.  Harga RM390 semalam termasuk sarapan pagi.


Dengan keluasan kira-kira 1,200 kaki persegi Suite 3-Bilik ni memang cukup selesa dan mewah dengan pemandangan Royal Perak Golf Course yang sejuk mata memandang. Bilik utama dilengkapkan dengan katil bersaiz king dan katil berkembar di dua bilik tetamu dengan dua bilik air.  Suite yang terletak di tingkat tiga ini cukup ekslusif dan privasi.  Ruangan makan yang cukup luas dilengkapi dengan capaian internet berkelajuan tinggi, peti sejuk, mesin kopi Dolce Gusto, peti keselamatan, penghawa dingin dan kipas.  Harga semalam dari RM590 termasuk sarapan pagi

Tak perlu risau kerana ruangan meletak kenderaan mencukupi bagi yang memandu ke sini namun pihak hotel juga menyediakan pengangkutan mengambil dan menghantar tetamu ke Lapangan Terbang Ipoh sekiranya diperlukan. Kalau hendak ke lokasi pelancongan seperti Gunung Lang, Memoryland atau Lost World of Tambun atau makan di sekitar bandar Ipoh korang boleh je tempah pengangkutan dengan pihak hotel.

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh


Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh

Saya cukup suka duduk santai di bahagian lobby yang luas dan terbuka ni yang buat cukup tenang dengan dekorasi yang cukup ringkas tapi menarik malah cukup luas sekiranya datang bersama keluarga, mereka dapat duduk di ruangan yang disediakan sementara menunggu giliran untuk daftar masuk atau menanti kenderaan untuk ke lokasi menarik di sekitar Ipoh.
Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh


Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh


Kemudahan Fasiliti Buat Tetamu
Menariknya bagi mereka yang menginap di Putrade Allsuites RPGC ni mereka boleh menggunakan segala fasiliti disini antaranya kolam renang yang standard serta kolam renang untuk kanak-kanak serta jacuzzi.

Kemudahan dewan acara untuk pelbagai aktiviti dan majlis yang boleh menampung 700 orang tetamu pada satu masa dilengkapi dengan kemudahan dekorasi dan penataan cahaya malah dewan ini sering menjadi pilihan untuk resepsi perkahwinan sewaktu kami disini.

Kemudahan gymnasium, gelangang tenis, gelangang squash, kolam renang dan jakuzi serta pemainan indoor seperti snooker boleh digunakan oleh para tetamu yang menginap disini.


Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh
Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh

Pakej Seminar
Putrade Allsuites RPGC ni juga menawarkan pakej seminar yang cukup menarik dan berpatutan malahan kerapkali bilik seminar dipenuhi dengan bengkel, kursus serta latihan diadakan oleh syarikat korporat, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan disini

  • Pakej seminar satu hari penuh dengan harga RM85/orang termasuk dua coffee break, 1 kali makan tengahhari secara bufet atau set dan 8 jam kegunaan bilik mesyuarat.
  • Pakej seminar setengah hari berharga RM70 dengan 1 kali coffee break, 1 kali makan tengahhari (bufet atau set) serta pengunaan bilik mesyuarat selama 4 jam.
Pakej-pakej ini juga termasuk keperluan seperti backdrop, signage, whiteboard, flipchart, PA System dengan rostrum, microphone dengan skrin putih termasuk keperluan menulis, air mineral dan mints

Nota : harga adalah bagi minima 10 orang dan tertakluk kepada perubahan

Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh


Alamat : Putrade Allsuites at RPGC, c/p Royal Perak Golf Club Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak | Web : www.putradeallsuites.com | Email : inquiry@putradeallsuites.com | Tel : +605 238 0022 | Fax : +605 238 0021


396/051020