Resepi Kuih Tepung Bungkus Sedap - blog.iamfuzy™

17 November 2019

Resepi Kuih Tepung Bungkus Sedap

Memang teringin dah lama nak buat kuih tepung bungkus ni tapi sampai sekarang ni tak sempat buat.  Resepi dah lama kot dicatat tapi buatnya tak lagi dan tau tak kuih tepung bungkus ni ada beberapa versi tapi saya suka versi yang ini sebabnya sangat mudah dan cepat.


Kuih Tepung Bungkus ni memang sedap dihidangkan di waktu petang dengan kopi o atau pun teh o lebih-lebih lagi waktu hujan turun.

Resepi Kuih Tepung Bungkus Sedap 


Resepi Kuih Tepung Bungkus 

Bahan-bahan:
3 cawan tepung beras (cap 2 gajah)
2 cawan santan campur sedikit garam
2 sudu gula
Daun pisang


Cara penyediaan:
Masukkan air, gula dan santan di dalam kuali dan kacau sehingga mendidih. Bancuh tepung dengan 2 cawan air, dikacau sehingga sebati, masukkan adunan ke dalam kuali dan dikacau sehingga tepung nampak masak, likat dan berkilat. Tutup api dan biarkan ianya sejuk.


Bahan untuk inti:
1/2 biji kelapa yang putih
2 cawan gula melaka
sedikit garam
2 sudu gula
2 cawan air
1 helai daun pandan disimpul


Cara penyediaan
Masak gula melaka dengan 2 cawan air hingga larut, biarkan sejuk seketika dan ditapis serta dimasukkan kedalam kuali yang berisi kelapa, daun pandan dan sedikit garam.  Dimasak hingga ianya kering kelembapan. Bila sejuk bulat-bulatkan inti dalam saiz 5 sen setiap satu.

Resepi Kuih Tepung Bungkus Sedap 


Cara membuatnya
  • Daun pisang dilayur diatas api dan dipotong ikut saiz kuih yang diingini dan dilap.
  • Letakkan 2 sudu bancuhan tepung ke atas daun pisang dan letak 2 biji inti dan kemudian letakkan sekali lagi bancuhan tepung bagi menutupi inti.
  • Lipat di bahagian hujung kiri dan kanan.
  • Kukus selama 20 hingga 25 min

Selamat mencuba

1 comment:

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!