Makan Tengahhari Di Nasi Kukus Juna 5 Kuantan | Sejak mengenali Nasi Kukus Juna 5 ni rasanya dah tiga kali menjadi pilihan kami sekeluarga.  Pertama sekali tu sewaktu dalam perjalanan balik dari Pekan usai menjemput KY Amanda dari UMP Pekan, kali kedua sewaktu menghantar KY Amanda balik ke Pekan tapi kami cuma bungkus dan makan di Pantai Air Leleh sesambil melayan hembusan dan tiupan angin laut gitu..hehe. Dan kali ketiga baru-baru ni sewaktu balik dari menghantar KY

Bagi sesiapa yang malas nak fikir makan nasi berlauk dengan jenuh nak fikir ambil lauk sampai dua tiga dan bila dikira harga makanan tu memang boleh buat kita tepuk dahi, nasi kukus adalah penyelesaiannya selain harganya adalah standard

Makan Tengahhari Di Nasi Kukus Juna 5 Kuantan
Terliur tak? mesti la kan kalau tak percaya korang kena cuba tau bila berada di Kuantan ni

Lebih sedap kalau nasi kukus ni dimakan waktu panas-panas ditambah dengan aroma dari ayam berempah yang rangup tu memang buat terliur.  Selain dari tu kuah kari dan sambal belacan dia tu memang membuatkan hidangan simple tu sangat menyelerakan...memang terbaik! Harga nasi kukus Juna ni murah sedikit dari Nasi Kukus Mama kerana portion nasi tu sikit kurang tapi cukup bagi kami yang bukan sejenis big eater ni

Makan Tengahhari Di Nasi Kukus Juna 5 Kuantan

Kalau tak tahu nak makan di mana sewaktu berada di Kuantan, mungkin boleh la mencuba di kedai yang pernah kami pergi antaranya
Makan Tengahhari Di Nasi Kukus Juna 5 Kuantan

Nasi Kukus Juna 5 ni terletak di Kampung Batu Sepuluh, 25150 Kuantan, kiranya dekat jalan besar jadi tidak payah nak cari dan terdapat beberapa cawangan yang terletak di sekitar Kuantan antaranya 1️⃣Nasi Kukus Juna Jaya, 2️⃣Nasi Kukus Juna Jungle Foodcourt, 3️⃣Nasi Kukus Juna Widad dan 4️⃣Nasi Kukus Juna Malay Town.

Lepas makan di kedai Nasi Kukus Juna 5 ni korang boleh la berjalan sambil membeli keropok lekor, keropok kering dan pelbagai produk tempatan yang dijual sebagai buah tangan atau untuk di bawa balik.