Tak kisah lah kita berada di usia mana, pasti kita teringin punyai perniagaan sendiri, tanpa ada boss yang perlu kita buat laporan, tak perlu ada orang lain yang asyik tekan kita dan yang pasti tak perlu masuk ke pejabat mengikut waktu yang ditetapkan.

Begitu jugak dengan Umi, dah terasa bosan asyik kejar waktu dan kalau dulu kena keluar awal dari rumah jadi tau tak apa hasrat Umi kalau mungkin dimakbulkan Umi nak ada mulakan 'laundry cafe'.  Jadi bila pihak team The Usahawan menghantar email mempelawa untuk sertai blogger contest tentang bisnes yang ingin saya mulakan, terus Umi perincikan apa yang terbuka di jiwa gitu..heeh

Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan (sumber Google)

Hasrat mempunyai perniagaan kedai dobi dan kafe ni dah lama dok berlegar di fikiran, tup tup makin menjadi pulak bisnes dobi layan diri yang tumbuh umpama cendawan selepas hujan kan. Setiap hari memang penuh, ada jer orang membasuh pakaian lebih-lebih lagi musim hujan memang padat dan kena tunggu.

Secara umum ramai tahu  tentang kedai dobi layan diri yang ada mesin pembasuh (washer), pengering (dryer) dan WiFi serta kerusi menunggu dan kekadang tu ada mesin minuman tin dan kotak kan.  Terkadang tu WiFi tu cuma syarat jer sebab tak langsung berfungsi dengan baik..opps. Seandainya tercapai hasrat kedai dobi dengan kafe tu atau Laundry Cafe  ni Umi akan pastikan semua keperluan yang standard tu lebih baik dengan adanya kafe yang menyediakan kopi, teh serta minuman ringan dan makanan jenis mudah seperti sandwich dan yang seangkatan dengannya untuk mereka. Lebih menarik, akan terdapat buku seperti novel serta majalah bersifat hiburan dan ilmiah yang boleh dibaca dan novel pulak boleh disewa atau dibeli dengan harga murah. Selain dari itu, kedai dobi Umi tu pun akan ada sekurang-kurangnya 2 set komputer untuk mereka guna dengan harga lebih murah dari kedai internet dengan kemudahan cetakan (printing), jadi kalau ada kerja penting, boleh jer mereka lakukan sementara menunggu pakaian selesai dibasuh dan dikeringkan.

Selalu Umi tengok ada orang yang membasuh baju kemudian dia tinggalkan pakaian sampai lebih dari waktu cucian sampai orang lain tak dapat nak guna dan terpaksa menunggu..huh. Jadi, buat yang menunggu tu kan boleh bersabar dan pesan makanan dan minuman kesukaan disamping boleh membaca buku dengan kadar serendah RM1. Membaca buku ni dah lama disaran oleh kerajaan supaya rakyat negara kita ni lebih berilmu dan tak usah asyik dengan bercerita perihal orang lain dan terlalu sibuk dengan gajet. Juga penting selain kerusi disediakan, tempat duduk secara santai pun ada untuk mereka membaca kan.  

Berkenaan kos, belum boleh difikir lagi sebab paperwork pun masih dalam kepala dan tak dibuat secara lisan tapi yang pasti kosnya bukan la murah kan. 

Memandangkan Umi ni pun punya pengalaman dalam pelancongan dalam dan luar negara, mungkin akan terdapat pakej-pakej percutian yang menarik buat pengguna mesin basuh ni dapatkan informasi dan tawaran terbaik yang bersesuaian dengan bajet mereka.  Menarik tak?

Awak semua tunggu apa lagi? Jom la sertai contest bisnes yang ingin saya mulakan, mana tahu kot-kot boleh tercapai hasrat kita tu kan.