Membeli Tayar Atas Talian Dengan Mudah Dengan mytayar.com  | Pernah tak sesiapa ada terfikir untuk membeli tayar di atas talian? Eh ok tak? selamat tak? boleh dipercayai ke? entah-entah tu helah nak dapat duit kita je..aduyaii macam-macam kat fikiran yang keluar bila kita baru nak buka mulut, soalan bertubi-tubi menerjah kat telinga. Jangan risau, jangan bimbang sebab di mytayar.com segala keraguan mahupun kepayahan kita untuk membeli tayar akan terhakis dan adalah yang terbaik untuk penjimatan berganda.

Membeli Tayar Atas Talian Dengan Mudah Dengan mytayar.com 


mytayar.com
mytayar.com, laman sesawang bagi pembelian automotif dan buat masakini menawarkan tayar dan pakej perkhidmatan dalam penukaran minyak enjin hingga ke penukaran bateri kereta. mytayar.com diasaskan oleh Encik Ridzuwan Ayeop dan isteri, setelah mereka diperdaya oleh sebuah bengkel kereta yang mengambil kesempatan menipu dan tidak jujur.  Disebabkan ini, mereka berharap mytayar.com dapat membantu para pengguna dan menghindari dari penipuan sepertimana yang mereka alami dulu.

Para pengguna dapat membeli tayar dengan "Jimat, Mudah dan Telus" dari kesemua rangkaian bengkel yang berkerjasama dengan mytayar.com.  Sehingga kini, terdapat 120 rangkaian bengkel yang berada di sekitar Lembah Kelang, Ipoh dan Melaka  dan masih ada beberapa bengkel dalam proses kerjasama.


Membeli Tayar Atas Talian Dengan Mudah Dengan mytayar.com 


Pembelian mudah tayar di mytayar.com

  • Masuk ke laman sesawang www.mytayar.com dan masukkan kategori produk yang diinginkan

Membeli Tayar Atas Talian Dengan Mudah Dengan mytayar.com 
  • Pilih bengkel yang berdekatan mengikut pilihan kita, pilihan harga dan pilihan jenis tayar dsb

Membeli Tayar Atas Talian Dengan Mudah Dengan mytayar.com 

  • Pengguna dapat lihat berapa jumlah deposit yang perlu dibayar secara langsung untuk membuat tempahan dan klik seterusnya untuk membuat pembayaran 
  • Selesai pembayaran deposit, pengguna akan menerima email pengesahan tempahan yang mana pengguna perlu mengisi butiran tarikh untuk temujanji dengan bengkel yang kita pilih
  • Sampai tarikh dan masa, hantarlah kereta ke bengkel untuk diservis  dan selesai perkhidmatan yang diberikan, kita bayar je baki yang selebihnya.
Membeli Tayar Atas Talian Dengan Mudah Dengan mytayar.com 


Apa yang menarik tentang di mytayar.com
  • kesemua rangkaian bengkel di mytayar.com menawarkan harga terendah di atas talian berbanding harga belian terus dari kedai
  • Pengguna dapat membandingkan harga dan membuat pilihan berdasarkan harga yang dipamerkan di laman sesawang untuk kesemua rangkaian bengkel (network workshop)
  • Hanya 5% deposit diperlukan apabila kita buat penempahan tapi, deposit ini adalah tidak akan dipulangkan (non-refundable)
Pengguna juga akan dapat melihat harga yang berlainan yang ditawarkan oleh bengkel dalam rangkaian mytayar.com namun harga mereka adalah mengikut garis panduan yang dimeterai. Jadi, kita boleh membuat pilihan mengikut keinginan kita.  Setiap bengkel menawarkan harga yang berbeza berdasarkan pilihan jenis tayar jadi terpulang pada pengguna untuk memilih jadi terpulang kepada pengguna untuk membuat pilihan. 

Pengguna tak perlu risau tentang harga yang kelihatan di laman sesawang mytayar.com apabila membuat penempahan di laman sesawang mytayar.com kerana harga  tersebut adalah harga yang perlu dibayar mereka nanti tanpa sebarang caj tambahan.

Tindakan tegas akan dikenakan sekiranya terdapat sebarang perlakuan untuk memperdaya pengguna oleh bengkel didalam rangkaian mytayar.com, jadi kalau ada pengguna yang merasa sedemikian, jangan teragak-agak untuk membuat aduan.


Kalau nak tahu, klik SINI yang harga di mytayar.com adalah lebih murah sekurang-kurangnya 15% dari kebanyakan rangkaian kedai yang terdapat di Lembah Kelang.

Nota : Apabila pengguna membeli 4 buah (unit) tayar atau lebih, harga tayar keseluruhan tu adalah termasuk rubber tubeless valve(s), pemasangan,  off-wheel balancing selepas jualan balik tayar lama, alignment percuma. 

Terdapat beberapa cara untuk membuat pembayaran antaranya perbankan internet, kedai 7-11 atau boleh dibuat melalui kad debit atau kad kredit. Mudah dan cukup menyenangkan buat  pengguna kan?


Membeli Tayar Atas Talian Dengan Mudah Dengan mytayar.com 


Kalau nak lebih sahih lagi, boleh tengok video cara untuk membeli...lagi mudah kot..hehe



Laman Sesawang : https://mytayar.com


Ridzuwan B Abdullah Ayeop
(Bus Reg No. 002792155-U)

c/o 44, Jalan Pulau Indah U10/54
Taman Sandaran Permai
40170 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
 
Tel : +6010-77 TAYAR (+6010-77 82927)
 
Email : info@mytayar.com

Kalau korang nak lebih rasa lebih kepastian, korang boleh la jengah ke Pandulaju.com, vulconpost.com, The Tyreman Magazine, NST Motorme, vulcanpost.com, autrofreaks.com, Focus Malaysia newspaper