Kopitiam Luckin Kopi Jalan Panggong Sajian Citarasa Malaysia | Peluang menjamu selera di Luckin Kopi baru-baru ni bersama kawan-kawan memang pengalaman yang menyeronokkan dengan makanan yang sedap sesambil berborak tentang macam-macam hal.   

Mula agak risau jugak sebab cukup rasa malas untuk memandu dengan kesesakan jalan dan kesukaran untuk dapat ruang meletak kereta. Mujur ada kawan sarankan untuk menaiki LRT mahupun MRT dan turun di stesen Pasar Seni, jarak dengan berjalan kaki hanya dalam 5 min jer pun. 

Tiba kat sini terus ternampak ada kawasan meletak kereta betul-betul di depan kedai makan ni. Tapi tak jamin la korang boleh dapat ruang nanti. So sangat recommended untuk korang naik pengangkutan awam yang cukup selesa.


Mudah! sebelum memasuk kedai kia dah boleh buat tempahan untuk bilangan ahli yang akan turut makan bersama, jadi pelayan akan dapatkan tempat duduk tanpa perlu kita tercari-cari dengan perut yang berkeroncong tu.
Kopitiam Luckin Kopi Jalan Panggong Sajian Citarasa Malaysia
Nasi lemak memang sinonim dengan masyarakat Malaysia, jadi kalau ke sini, jangan risau sebab nasi lemak antara hidangan yang ada denga pilihan lauk mengikut citarasa ada sambal ikan bilis petai atau pun nak letak rendang ayam.  

Kopitiam Luckin Kopi Jalan Panggong Sajian Citarasa Malaysia

Kalau dah sajian citarasa Malaysia ni, pasti tak sah kalau tak ada bihun atau noodle goreng ni.  Jadi kot sesiapa tak nak makan nasi, hidangan ni pasti memikat selera yang cukup dengan keropok seperti kebiasaan yang saya hidangkan di rumah.

Kopitiam Luckin Kopi Jalan Panggong Sajian Citarasa Malaysia

Sedap sungguh Chicken Chop Hainanese ni dengan sos yang cukup menyelerakan sampai cikapplepie dok layan. Sampai tak panggung kepala menikmati hidangan ni.  Chicken Chop ni ada tiga pilihan iaitu Chicken Chop Salted Egg, Buttermilk Sauce atau Hainanese so kalau korang ke sini cuba la salah satu atau cuba kesemuanya

Kopitiam Luckin Kopi Jalan Panggong Sajian Citarasa Malaysia

Buat peminat keju (cheese), kena cuba hidangan hotpot (hot plate)  dengan pilihan Cheesy Indomee & Egg RM14.90 atau Cheesy Chicken & Fries RM26.90 

Kopitiam Luckin Kopi Jalan Panggong Sajian Citarasa Malaysia

Peminat pasta jangan tak cuba pasta seafood ni memang sedap dengan sos yang cukup unik dan bagi peminat petai boleh la cuba pasta dengan sambal petai ni.

Kopitiam Luckin Kopi Jalan Panggong Sajian Citarasa Malaysia
Side dish ni pun menarik yang sempat saya rasa antaranya roti Bao yang cukup lembut yang boleh dicicah dengan sambal petai, roti bakar dengan nutella ni pasti akan menjadi kesukaan anak-anak kecil yang mudah dimakan dengan potong yang kecil.  Sebagai peminat rojak buah memang tak boleh tak cuba dan cukup buat saya teringat waktu remaja dulu makan rojak dengan keropok yang digoreng nipis dan garing dan dikunyah dengan  asyik sekali hehee

Kopitiam Luckin Kopi Jalan Panggong Sajian Citarasa Malaysia

Ni adalah menu baru Luckin Kopi yang akan dikeluarkan nanti.  Mana tau kot bila korang ke sini menu ni dah ada, pastikan dicuba ya..memang sedap!

Kopitiam Luckin Kopi Jalan Panggong Sajian Citarasa Malaysia
Dah kenyang dengan makanan yang cukup menyelerakan, minuman yang kami pilih tentunya ABC. Memang cukup terliur waktu ABC ni sampai ke meja, serba cukup dengan kacang, laici, buah pala kering yang cukup mengamit nostalgia makan ais kacang waktu zaman kanak-kanak dulu. Buat peminat kopi harus pekena Kopi Kaw samada kopi panas atau yang berais. 

Kopitiam Luckin Kopi Jalan Panggong Sajian Citarasa Malaysia
Ruang Makan
Memang suka sangat bila jejak kaki masuk ke kopitiam ni walau saiz yang standard tapi susun atur dalaman tu simple tapi menarik.  Pilih je nak duduk di ruangan bawah atau di tingkat atas dengan menaiki tangga yang cantik seumpama berada di rumah sendiri.  Sungguh menggamit kenangan pada rumah arwah Tok di kampung.

Kopitiam Luckin Kopi Jalan Panggong Sajian Citarasa Malaysia

Ruang selfie/bergambar
Kalau ke sini, jangan la malu-malu atau segan untuk bergambar kat ruangan ni. Pastinya orang muda mesti suka untuk mengabadikan gambar kat ruangan yang tampak relax ni.

Kopitiam Luckin Kopi Jalan Panggong Sajian Citarasa Malaysia
Gambar credit to Noor Liza

Lokasi
Luckin Kopi terletak di 14, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Kuala Lumpur dan kalau dari LRT KJ kita boleh nampak kedai ni yang dibuka seawal jam 7 pagi hingga 9 malam setiap hari

Memang puashati dengan hidangan Kopitam Luckin Kopi Jalan Panggong ni, memang sajian citarasa Malaysia dengan cukup rasa seperti masakan di rumah.


Luckin Kopi

Telefon : 016-397 6898

Facebook : https://www.facebook.com/luckinkopi/

Instagram : https://www.instagram.com/luckinkopi/