blog.iamfuzy™ Lifestyle Blog

Lifestyle Blog

February 14, 2020

Peluang Memenangi Gaji Seumur Hidup Nestlé

February 14, 2020
Peluang Memenangi Gaji Seumur Hidup Nestlé
Nestlé Malaysia telah melancarkan peraduan terbesar dengan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencapai impian dan memenangi "gaji untuk seumur hidup" menerusi Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dengan hanya membeli produk Nestlé bernilai RM15 dalam satu resit

Peluang Memenangi Gaji Seumur Hidup Nestlé


Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup ini menawarkan peluang kepada dua pemenang bertuah untuk memenangi Hadiah Utama berupa 'Gaji untuk Seumur Hidup' sebanyak RM3,000 setiap bulan, 10 pemenang Hadiah Sagu Hati bagi Gaji untuk Satu Tahun sebanyak RM3,000 setiap bulan serta hadiah wang tunai RM500 bagi 50 pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan yang berlangsung selama 11 minggu. Jumlah keseluruhan wang tunai bagi Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup melebihi RM4juta ini akan memberi manfaat kepada lebih 560 rakyat Malaysia.  Peraduan ini akan berlangsung bermula 14 Februari hingga 30 April 2020
Peluang Memenangi Gaji Seumur Hidup Nestlé

"Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup merupakan cara kami mengucapkan terima kasih di atas solingan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia keada Neste dan jenama-jenama Nestlé selama lebih 100 tahun dengan memberi rakyat Malaysia peluang seumur hidup untuk memenuhi impian mereka.  Peraduan ini adalah yang terbesar setakat ini di Malaysia dan iami memberikan peluang dengan semudah yang mungkin untuk pelanggan Nestlé memenangi "Gaji untuk Seumur Hidup" sebanyak RM3000 dengan hanya memberi produk Nestlé kegemaran mereka! " - Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad
Peluang Memenangi Gaji Seumur Hidup Nestlé
Peluang Memenangi Gaji Seumur Hidup Nestlé

Hanya dengan membeli produk Nestlé yang terpilih bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit dan menjawab satu soalan mudah, pengguna layak untuk mengemukakan satu penyertaaan melalui pos atau Whatsapp. Pelanggan Nestlé boleh memilih untuk membeli lebih 300 produk daripada 25 jenama Nestlé, dan menghantar seberapa banyak penyertaaan yang diingini. Lebih banyak penyertaan yang dikemukakan, lebih tinggi peluang untuk menang! Pengguna juga boleh membeli satu set MILO MAKAN KOMBO di McDonald’s bernilai RM19.90 untuk menyertai peraduan ini.

Peruncit yang mengambil bahagian termasuk pasar mini utama, pasar raya, pasar raya hiper, kedai stesen minyak, kedai serbaneka dan juga platform e-dagang, termasuk Lazada dan Shopee, di seluruh Malaysia yang mengeluarkan resit rasmi sebagai bukti pembelian. Peruncit lain juga termasuk Qoo10, Lelong, Presto, Astro Go Shop, PGMall.

Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dan butir-butir tentang cara untuk menyertai peraduan yang menawarkan peluang sekali seumur hidup ini, sila layari laman https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-gaji-seumur-hidup

Read More

February 11, 2020

Drama Aku, Dia Dan Pinky Promise Naskah Anna Lee

February 11, 2020
Drama Aku, Dia Dan Pinky Promise Naskah Anna Lee
Drama Aku, Dia Dan Pinky Promise Naskah Anna Lee | Bila dapat tau novel Aku, Dia Dan Pinky Promise akan diadptasi ke drama semangat terus membuak untuk laju-laju keluarkan dari draf setelah sekian lama.  Memang buahtangan Anna Lee ni tak pernah mengecewakan dan kenangan di zaman sekolah terus menggamit memori. Memang tak sempat nak tengok lagi drama ni sampai ke episod terkini sebab saya lebih suka layan di youtube sebab boleh menonton back to back dan kurang iklan.
There's always someone better just around the corner, benarkah?


Barisan pelakonnya sememangnya terbaik terutama Syafie Naswip (Azri/Ray) dan Sweet Qismina (Siti Saleha), Adam Lee (Daniel), Faha Azhar (Amirul), Hakim Nordin (Suffian), Nelissa Edreena (Hanim), Ferqish (Lina), Sarah Dawud (Hajar), Rabaayati (Lela), Iman Zulkarnain (Shah Asnan), Ikram Juhari (Cikgu Ariffin), Farah Zanordin (Cikgu Kamariah), Farz Ridzwan (Cikgu Hazam), Fazlina Ahmad Daud (Mak Limah), Shyrim (En Kamil), Duerra Mitilda (Sara), Diya Lily (Shahira), Amisha (Nani).

Cukup menarik bila Syafie Naswip share IG story saya kat IG story dia dan interact di Twitter. Memang cukup suka dengan lakonan Syafie Naswip sejak dulu. By the way saya dah menonton di YT sampai episod 4 dan nanti nak sambung la.

Drama Aku, Dia Dan Pinky Promise Naskah Anna Lee

Novel Aku Dia dan Pinky Promise
Penulis Anna Lee
Bil m/s  593
Sal, gadis yang ingin kembali ke masa lalu untuk memperbetulkan banyak perkara antaranya ubah aliran, jangan ambil aliran Sains, jangan bercinta waktu sekolah - buang masa aje, jadi ulat buku  - supaya lulus cemerlang dan 16 tahun kemudian..., jangan jadi pelajar popular - sebab akan muncul musuh yang kita sendiri tak tahu apa sebab dia benci kita, jangan berkawan dengan Shahira - si talam dua muka, buat baik dengan Cikgu Hazam - dia akan jadi abang ipar, jangan sesekali ikut fesyen 90an ketika bergambar  - sebab 16 tahun kemudian orang akan gelak terguling guling tengok gaya rambut kau orang, jangan tergilakan mana-mana artis lelaki pada zaman tu - sebab rata-rata sekarang dia tak popular, tak kacak, tenggelam dan ..boroi, jangan sesekali terpikat dengan pelajar lelaki popular kerana comel atau kacak  - sebab 16 tahun akan datang, dialah lelaki paling hampeh dan langsung tak kacak, cari Daniel - hasut dia jangan jadi model

Daniel tunangnya yang dikenali secara tidak sengaja di pusat membeli belah, kacak dan glamor. Kekadang muncul perasaan aneh seperti merindui seseorang tapi bukan Daniel malah dia terasa seperti ada seseorang sedang menunggunya.

Dikejutkan dari tidur dan banyak perkara berubah. Katanya emak dia dah dua hari tak ke sekolah tapi seingat dia baru semalam dia balik dari Melaka. Bertemu kembali ayahnya yang telah lama meninggal membuat dia sebak serta hilang kerinduan dan bertekad untuk lebih menghargainya. Adiknya Sara masih kecil dan bukan masih belajar di UK. Sal telah kembali ke tahun 1998!

Sedar tentang apa yang berlaku tapi Sal tidak berani untuk mengatakan yang dia telah berada di masa depan. Antara perkara yang dia nyatakan kepada Lina dan Hanim yang hujung bulan dua nanti kedai ABC Mak Limah akan tutup dan dia berpindah setelah kematian anaknya. Mereka yang sering menjadi pelanggan memang cukup dikenali Mak Limah sampai Mak Limah nak kenenkan anaknya kepada Sal.

Setelah berbincang dengan mak, ayah dan pihak sekolah, Sal berjaya bertukar ke aliran sastera, ditempatkan dikelas Mawar, kelas paling akhir, bermasalah dan ramai penyangak. Kehadiran Sal di kelas Mawar semestinya tidak disenangi Suffian, Hajar dan lebih lebih lagi Azri. Pelik bila Sal langsung tidak mengingati Azri! Menurut Hanim, Azri adalah ketua samseng dan pernah berada satu kelas sewaktu di tingkatan satu. Hubungan Sal dan Azri tidak baik kerana Azri menuduh Sal menjadi pemerhati oleh Cikgu Hazam dan berusaha menyakiti Sal. Segalanya berubah bila Sal membantu Azri sewaktu dia menyorok di tandas wanita dan mulai hari tu termeterai Pinky Promise Azri menjadi si guardian angel.

Azri mengatakan Sal ingin menjadi nujum pak belalang sampai suka membuat ramalan. Malah Sal memberitahu niatnya untuk berjumpa Mak Limah supaya berpesan kepada anaknya tu supaya tak naik motor. Saat Azri mengatakan kalau jadi apa-apa pada dirinya, adakah Sal akan sedih, tiba-tiba Sal diserbu berdebar. Kenapa dia tidak mengingati Azri, mungkin sesuatu yang buruk berlaku kepada Azri sebab tu dia tak pernah mendengar kisah Azri selepas habis sekolah!

Pelbagai kejadian berlaku dimana Azri menyelamatkan Sal yang diminta menyimpan kaset Siti Nurhaliza, nota teori hubungan berkaitan Cikgu Ariffin, Cikgu Kamariah dan Cikgu sampai dipanggil oleh pengetua, membonceng moto Azri untuk dia berjumpa Daniel hingga Sal dapat merasakan Azri marah padanya.

"kau memang tak pernah pandang dengan hati.  Tak pernah nampak apa yang ada sekeliling kau - Azri

"kau memang tak pernah pandang dengan hati.  Tak pernah nampak apa yang ada sekeliling kau" - Azri

"Kau tahu tak aku penat nak kejar bola tu! kau ingat mudah ke nak kejar satu benda yang orang lain juga nak kejar?
"sebab aku minat, sebab dari dulu sampai sekarang aku suka. Tapi aku tak pernah menang dan sekarang aku dah penat.  Masalahnya bilal aku dah penat bola tu pula asyik datang dekat aku.  Tapi bila aku cuba nak ambil..ada aje yang halang" Azri

"Macam mana aku nak pandang dengan hati kalau memang masa depan aku dengan dia"
"Tapi aku datang nak tengok kau.  Tolong hadiahkan kemenangan untuk aku supaya hati aku tenang" - Sal

Sejarah penting bagi Sal bila Cikgu Hazam berjumpa Kak Nora ketika kakaknya menjemput sewaktu dia pitam dan dia boleh merasa lega kerana Cikgu Hazam menjadi abang iparnya dan dia memiliki an anak-anak buah yang cerdik dan comel.

Bab 16 - memang sebak giler bila baca dan misteri pengirim kad terungkai bila Azri mengaku dialah si pengirim tapi Sal langsung tidak ingat.

"10 tahun dari sekarang , aku akan pinang kau.  Tak kisahlah sekarang kau nak bercinta denga siapa pun" - Azri

"Kalau kau tak datang meminang macam mana? - Sal

"Aku mesti datang" - Azri

Kalau kau tak datang juga? Itu maknanya kau dah ada pilihan lain - Sal

Tak..aku akan datang . Tak akan ada pilihan lain lagi.  Kalau aku tak datang, maknanya..aku dah tak ada di dunia ini lagi - Azri


#PendapatIamFuzy
Memang sebak gila bila Sal meminta Azri datang meminangnya pada reunion 15 tahun akan datang. Hubungan terbuka tapi masih ada rasa cemburu di hati Sal bila melihat Lela merapati Azri.  Peristiwa Sal dianiya dan Azri cuba menggantikan tempat Sal namun Sal tidak gentar.

Kisah cinta ada suka dan duka, Azri yang protective, Azri yang kuat cemburu, Azri yang manja namun kasih terlerai kerana keduanya masih muda,  Sesungguhnya perpisahan itu amat menyakitkan tapi usia terlalu muda tapi bagi Sal kalau dah jodoh tidak akan ke mana.

Ingatan terhadap helmet yang Sal tengok di kedai ABC menghantui dia dan bila ditanya Harun mengatakan itu helmet yang dipinjam dari anak Mak Limah. Bila nama Azri disebut, Sal menjadi tidak menentu, Bayangan Azri terbayang dan bisikan 'I love you' kedengaran seiring dengan jeritan Lina dan Hanim.

Terlantar dalam koma Sal, mendengar setiap apa yang dikatakan, tentang kawan pejabat, tentang kawan sekolah yang datang menziarah tapi dia hanya ingin kembali ke tahun 1998. Suara lelaki yang tidak dikenali yang memanggilnya sayang, mengurut hingga dia rasa sangat selesa membuat dia berdebar dan akhirnya Sal sedar selepas dua minggu dia koma. Banyak perkara yang buat Sal antara lupa dan ingat dan pesakit amnesia retrograde boleh mengingati perkara yang berlaku sebelum kemalangan

Bila masuk Bab 33 memang sedih bila Sal benar-benar sedar Azri adalahlelaki yang dia cinta dan  telah tiada itupun selepas 16 tahun! 

Jodoh mereka memang kuat setelah berbelas tahun dan walau Sal mengalami amnesia kali pertama dan amensia kali kedua serta pelbagai dugaan yang dilalui, mereka bersatu jua.  Memang boleh jatuh cinta dengan Azri si ketua samseng, pandai melukis apatah lagi dia kapten hoki pasukan sekolah dan dia sanggup buat apa saja untuk Sal.  Kenapa Sal tidak ingat pada Azri?

Garapan yang penuh teka teki membuat sesiapa pun teruja membaca untuk mendapatkan jawapan.  Azri kemalangan dan mati? Mak Limah tunjuk kubur Azri...ahhh memang sakit dada baca dan kemudian muncul Ray pelukis buta yang berbakat besar, punya nama di luar negara yang berperwatakan seperti Azri, sentuhannya yang menenangkan.  Bersama Ray, Sal merasa selesa dan bersama Ray dia dapat merasa bayangan Azri. Simpati juga pada Daniel bila Saleha masih berbelah bagi walau lagi 2 minggu untuk bernikah. Menerima lukisan sebagai hadiah perkahwinan membuat Saleha nekad ke Paris mencari Ray.

Memang layan membaca naskah Anna Lee yang mengisahkan Saleha yang mengalami amensia retrograde lupakan kekasih zaman persekolahannya Azri sewaktu mengalami kemalangan. Dalam koma dia kembali ke tahun 1998 dan kembali menyulami zaman persekolahan dan kembali mengingati Azri.  Dalam koma dia menerima kunjungan seseorang yang buat dia rasa selesa dan bila dia tersedar dari koma dia mengingati Azri dan baru dia sedar kenapa dia tidak mengingati Azri, anak Mak Limah yang dikatakan mati akibat kemalangan.  Tanpa sedar dia sudahpun mengenali Azri tapi penyakit amnesianya membuat dia lupa Ray adalah Azri.  Penuh sebak bila membaca dan menghayati kisah Sal dan Azri.

Dalam drama Daniel dikatakan punya kekasih lain tapi dalam novel, Daniel pernah ada hubungan songsang tapi dia dah insaf.

Kisah zaman persekolahan Sal bersama kawan karibnya Hanim, Suffian, Daniel dan rakan-rakan zaman sekolah memang buat saya tersenyum terkenang kisah lama walau saya bersekolah di Air Panas Girls School tapi jiran kam sekolah lelaki High School Setapak, punya cerita yang seakan...ahhh indahnya zaman persekolahan dulu


Sinopsis
Siti Saleha berumur 33 tahun. Tidak miliki kerjaya yang membanggakan dan mempunyai tunang yang mengecewakan. Dia mengharapkan satu keajaiban berlaku, membawa dia kembali ke alam persekolahan dan membaiki segala kesilapan lalu. Andai diberi peluang pulang ke masa lampau ada 10 senarai yang dia ingin ubah. Tapi, dalam 10, hanya dua impian yang penting untuk dia perbaiki.
Pertama, ubah aliran sains ke sastera. Supaya di masa depan dia dapat memberi tumpuan pada kerjaya yang diminatinya.
Kedua, cari Daniel! Hasut Daniel, tunang masa depannya, supaya jangan jadi model, tetapi jadi doktor atau ahli perniagaan agar masa depan mereka terjamin.
Tanpa disangka-sangka, satu kejadian telah membawa Saleha merentas masa, kembali ke tahun 1998. Saleha berjaya ubah aliran dengan memasuki kelas sastera dan dia juga berjaya mencari Daniel. Namun, kemunculan Azri yang terkenal sebagai ketua samseng sekolah membuatkan rancangan Saleha huru-hara.
“Cikgu Hazam hantar kau jadi pemerhati ke?”“Kau tak pandai beza ke dua perkataan, belajar dan pemerhati? Kau faham maksudnya, kan?”
Saleha hairan, Azri tak pernah wujud di masa lampaunya dan tak wujud di masa depannya, jadi kenapa sekarang tiba-tiba Azri muncul? Siapakah Azri sebenarnya? Apakah kaitan Azri dengan kehidupannya? Dapatkah dia mengubah sejarah lalu? Adakah hajatnya itu terbaik untuk dirinya?
“Perpisahan menjadikan cinta kita semakin kuat, hati kita semakin jelas. Masa tu, aku akan kembali pada kau.”“Aku akan tunggu kau.”“Aku akan cari.” 

Kalau korang nak baca komen pembaca novel ni boleh jengah kat https://www.goodreads.com/book/show/22654542-aku-dia-dan-pinky-promise
Read More

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends

February 11, 2020
Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends
Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends.






Giveaway Wang Tunai Mamapipie







Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends



  1. Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai
  2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.
  3. Tag 3 rakan 
  4. Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga
  5. Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang
Ini syarat wajib dan mama akan check satu.. satu.. Kalau tak patuhi syarat ni korang akn disqualified.

Mama galakkan korang rajin singgah dan komen blog penaja kerana hadiah utama akan dipilih sendiri oleh penaja. Mama pun tak pasti bagaimana cara mereka akan memilih pemenang nanti..


  • Digalakkan Follow Media Social Mama: Instagram FB Youtube Twitter FB Page
  • Last sekali, tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  • Tarikh tutup giveaway adalah pada 29 Feb 2020 11.59 malam. 
  • Insya Allah, pemenang akan diumumkan pada 5 mac 2020


Hadiah Wang Tunai RM1000 - Senarai Hadiah

Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi:

Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

1 x RM200

Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

2 x RM100

Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

14 x RM50


Korang boleh copy code html di bawah dan paste as html dalam blog post korang. Good luck semua!!




Read More

February 10, 2020

The Alley Keluarkan Siri Yogurt Slim Slim Dengan Beras Ungu

February 10, 2020
The Alley Keluarkan Siri Yogurt Slim Slim Dengan Beras Ungu
The Alley Keluarkan Siri Yogurt Slim Slim Dengan Beras Ungu | Rangkaian teh buih, The Alley, melancarkan siri yogurt slim slim terbaharu di One City Tou Fei Lun Premium Business Lounge di Subang Jaya baru-baru ini.

The Alley Keluarkan Siri Yogurt Slim Slim Dengan Beras Ungu


Siri yogurt slim slim terbaharu itu mempunyai asas campuran dengan beras ungu, mencipta satu jenis minuman kesihatan yang kreatif, padan dengan gabungan konsep "selesa", "mengurangkan lemak" dan "lazat" bakal menjadi satu trend makanan hijau di negara ini

Beras unggu yang digunakan dalam "siri yogurt slim slim dengan beras ungu" ini dipilih teliti dan dimasak secara profesional dserta kadedah pemprosesan yang selamat agaar adunan yogurt yang tebal di adun elok dengan beras ungu.

Beras ungu mengandungi protein yang tinggi bukan sahaja menyediakan nutrien yang diperlukan badan tetapi meningkatkan sistem imunisasi, detoksifikasi, khasiat darah dan pada masa sama memanaskan limpa dan perut.

Terdapat empot produk di bawah siri yogurt iaitu Original Purple Rice Yogurt, Matcha Purple Rice Yogurt, Peach Oolong Purple Rice Yogurt dan Mencipta Yogurt Anda Sendiri (Create Your Own Yogurt)

Original Purple Rice Yogurt - dihasilkan dari perisa tulen yogurt digunakan sebagai asas dan diadun dengan beras ungu yang dimasak dengan baik, beras ungu yang kenyal dan aroma yogurt dikisar bersama, menawarkan tepung pelbagai lapisan, pasti memenuhi selera.

Match Purple Rice - diadun bersama tepung matcha berkualiti tinggi.  Kombinasi matcha yang diperkaya dan beras ungu yang amat ditagihkan, menawarkan aroma seakan menyentuh kehijuan ketia musim bunga dan kedingunan ketiak musim panas, satu item bagi peminta matcha dan yogurt tidak harus lepaskan.

Berbanding teh lain, tepung matcha adalah tepung halus diperbuat daripada daun teh mengandungi bahan semulajadi L-theanine yang membantu meningkatkan memori dan konsentrasi.

Peach Oolong Purple Rice Yogurt - campuran yogurt probiotik dan beras ungu.  Aroma peach oolong disertai dengan beras ungu yang knyal sedikit manis tetapi tidak berminyak.

Mencipta Yogurt Anda Sendiri - pelanggan boleh datang sendiri untuk menghasilakn minuman secara kreatif dengan mencampur dan memadankan dengan bahan kandungan lai bersama yogurt bagi "Mencipat Yogurt Anda Sendiri"

Yogurt The Alley dibuat daripada yogurt semulajadi berkualiti tinggi, ditambah dengan beras ungu semulajadi, mempromosikan ciri sebenar berkonsepkan "kesihatan", "mengurangkan lemak" dan "lazat".

Lebih-lebih lagi siri yogurt ini sesuai untuk semua peringkat umur, boleh dinikmati oleh kanak-kanak dan dewasa yang pstinya satu siri minuman baru yang popular.

Siri yogurt slim slim terbaharu The Alley akan mula didapati pada HAri Valentine 14 February di 13 cawangan seluruh Malaysia seperti De Garden Bukit Tinggi, Aman Suria, Connaught, Arkadia, Kota Damansara, Sutera Utama, SS15, Sarawak, Mount Austin, Icon City, Aman Central dan Taipan





Read More

February 09, 2020

DIEM Duroil Memeterai Perjanjian Persefahaman Dengan CSK Cambodia

February 09, 2020
DIEM Duroil Memeterai Perjanjian Persefahaman Dengan CSK Cambodia
DIEM Duroil Sdn Bhd (DIEM) dan CSK Cambodia telah memeterai perjanjian persefahaman bagi pembangunan dan pembekalan bagi produk penjagaan diri dan produk makanan ke Kemboja dengan termeterainya perjanjian persefahaman diantara kedua-dua syarikat tersebut pada 7 Februari 2020.

DIEM Duroil Memeterai Perjanjian Persefahaman Dengan CSK Cambodia


DIEM Duroil Sdn Bhd yang diperbadanankan pada tahun 2003 menawarkan pelbagai produk cara hidup, kesihatan dan kecantikan untuk lelaki dan wanita dengan pilihan pelbagai produk dari  penjagaan diri, penjagaan intim, penjagaan wajah, pemakanan dan minuman kesihatan termasuk minyak serta krim urut.

DIEM Duroil Memeterai Perjanjian Persefahaman Dengan CSK Cambodia

"Pembekalan minyak MCT (Middle Chain Triglycerides) kepada CSK Cambodia pastinya akan menambah pengeluaran produk dari Malaysia ke Cambodia. Minyak MCT menawarkan pelbagai faedah kesihatan dan kami yakin dengan pihak CSK dalam mengendalikan saluran pengedaran berdasarkan berpengalaman yang luas, pastinya  minyak MCT akan berada di carta tertinggi dalam produk makanan kesihatan di Cambodia" - Raja Azhar, Ketua Pegawai Eksekutif DIEM Duroil Sdn Bhd

DIEM turut dipilih  bagi merekabentuk serta membekalkan produk berikut berikutan penawaran produk kepada pihak CSK
  • Bird's Nest Drink with Soy Oligopeptide and Tocotrienols
  • Biotin and Apple Stem-cell Shampoo yang mengawal keguguran rambut

DIEM Duroil turut membuka peluang kepada pemborong yang berminat untuk pelabelan jenama sendiri (own brand labelling) bagi produk keterampilan diri dan produk makanan kesihatan.Untuk sebarang keterangan lanjut, sila layari https//genuineproducts.asia

DIEM Duroil Sdn Bhd (619639K) | info@diemduroil.com | Suite 8-3A-1, Block 8, 4th Floorr, Queens Avenue, Jalan Bayam, 55100 Kuala Lumpur  
Read More

February 06, 2020

My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam

February 06, 2020
My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam
Berakhir sudah cuti selama seminggu cik Meya sempena Tahun Baru Cina baru-baru ni dan tiba masa untuk balik menyambung kuliah.  Lega! Ada sebab banyak untuk lega antaranya mungkin Uminya dah boleh mula balik mendietkan diri hehee. Rindu? yeaaa pasti rindu pada tukang masak yang rajin dengan suka memasak ni.

Dipendekkan cerita hari minggu lalu, kami menghantar dia balik ke Sabak Bernam dan singgah di Pasaraya Mustafa untuk barangan keperluan serta bekalan untuk dia memasak di rumah sewa nanti.  Memandangkan semua masih kekenyangan dengan sarapan nasi lemak sambal sotong sedap tu, jadi kami tak berhenti kat mana-mana kedai makan pun malah cik Meya sendiri dah bawa bekal nasi lemak.

Lepas menghantar cik Meya dan DH tolong betulkan di bahagian dapur rumah sewa, terus kami bertolak balik dan bercadang nak makan malam awal di Batu 24 Sg Nibong tapi hasrat tak kesampaian sebab cikapplepie dah mula lapar.  Almaklumlah dah hampir jam 5 petang dan pastinya aiskrim dan donut yang dibeli kat Pasaraya Mustafa tu dah mencair dalam usus..hehe

Dari kejauhan DH nampak seakan ada kerusi dan mencuba nasib kot ada kedai makan dan wallahh..memang ada kedai makan tepi pantai!

My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam
Pandangan dari atas pondok di sebelah kiri ni boleh nampak pengunjung dari arah jalan besar memasukki kawasan tempat makan.  Terdapat ruang meletakkan kenderaan lebih kurang dalam 20m untuk keselesaan pengunjung ke sini.

My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam
Sungai yang terdapat bersebelahan kedai makan dan ada juga orang memancing kat sini tapi kalau tanya dapat ikan ke tidak, entah la tapi kalau tak de ikan tak mungkin diaorang nak memancing kan?

My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam
Ni entrance ke ruang makan yang turut menempatkan kaunter bayaran, dapur, musollah, tandas tapi kami pilih untuk duduk di bahagian atas

My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam
Ruang makan yang agak terhad yang menempatkan lebih kurang 6 meja kalau tak silap tapi tak recommend pada berat lebih 80kg kot sebab lantai tu  rasanya plywood..diingatkan sebagai langkah keselamatan tapi tak de pulak papan tanda yang menghalang.

Jom tengok apa yang kami makan...orang tengah lapar kan dan tengok pada menu pun harganya memang agak murah dan berpatutan tapi rasa tu...setiap orang punya citarasa yang berbeza jadi tak salah untuk suarakan untuk kebaikan dan pembaikan.

My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam
Nasi Goreng Petai? Haishh..apa la you ni nak makan nasi goreng petai dah la perjalanan kita jauh...kata saya tapi rupanya petai belalang..haha.  Okay fine! kat rumah hanya DH dan Cik Meya jer yang makan petai tapi kalau petai belalang ni saya pun makan juga sebab dia macam kuaci tapi kalau makan banyak bau tu memang ada tau.

Rasa nasi gorengnya yang berharga RM5.50 yang tak mengecewakan, sedap kata DH cuma kalau saya akan suka letak lada sulah untuk bagi lebih pedas. Recommended!

My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam

Nasi Goreng Cendawan berharga RM5.50 menjadi pilihan hati dan boleh berpuas hati dengan rasanya seakan rasa nasi goreng buatan sendiri. 

My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam
cikapplepie dengan  Chicken Chop Fried Rice (RM14.00), ada kentang goreng, coleslaw dan ayam yang agak besar.  Walau bagi saya sos lada hitam tu sedap sebab lada hitam dia kasar tapi agak masin.

My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam
Ruang makan di kawasan terbuka mengadap laut tapi masa ni air surut cuma nampak selut jer tapi kalau duduk disini boleh makan sambil melihat matahari jatuh..pasti cantik tapi kami harus pulang sebaik kenyang sebab esoknya ada orang masuk kerja dan sekolah kan.


My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam

Nota : 
Lokasi yang cukup menarik untuk melihat matahari terbenam dengan laut terbentang luas.  Ada yang komen makanan tidak menepati citarasa tapi selera kita semua berbeza kan dan bagi saya makanan tu ok dan saya sendiri tak expect terlalu tinggi dengan harga yang perlu dibayar tapi apa yang pasti diharap pelayan yang mengambil pesanan dan menghantar makanan perlu belajar senyum dan maniskan muka jadi sesiapa sebagai pelanggan pun akan rasa dihargai dan pasti kami akan kembali.

Untuk gambar-gambar yang saya dan suami dan menu makanan boleh la jengah ke Facebook page saya  https://www.facebook.com/iamfuzydotcom/

Face book | Alamat : Jalan Kunci Air 3 Tebuk Rasidin, Kampung Sungai Limau, 45300 Sungai Besar Selangor


Read More

February 05, 2020

Resepi Sambal Sotong Kering Lauk Nasi Lemak

February 05, 2020
Resepi Sambal Sotong Kering Lauk Nasi Lemak
Sambal Sotong Kering Lauk Nasi Lemak  | Dah lama sangat nak buat sambal sotong kering dan kali terakhir buat sambal sotong pada tahun 2018 kot. Nak buat sambal ni kena ada korum yang ramai sebab DH kurang gemar dan kalau beli pun kena fikir dua, tiga kali sebab harganya RM80 sekilo ok! Tapi baru-baru ni budak yang meniaga kat Pasar Keramat beritahu..ala kak, beli yang ni baru RM40 sekilo dan jenis ni yang orang-orang meniaga tu guna dan dicekaunya sotong kering, ditimbang dan huluran wang bertukar tangan..hahaha.  

Kalau tak silap ada la kot dalam 15 ekor sotong kering dalam plastik tu dan dimasukkan juga seketul pelembut sotong macam kapur tapi keras sesangat sambil tu sempat budak peniaga tu pesan supaya merendam sotong dengan kapur tu semalaman.

Resepi Sambal Sotong Kering Lauk Nasi Lemak 

Resepi Sambal Sotong Kering Lauk Nasi Lemak
nampak huduh kan...hehe 

Memandangkan nak makan nasi lemak hari Ahad, jadinya malam Sabtu tu dah direndam sotong kering dengan ketulan putih tu dengan air menutupi seluruh sotong tu.  Esok paginya waktu keluarkan sotong tu ada bau yang sangat hancing..serius hancing giler sampai rasa nak buang je tapi ambil keputusan untuk rendam dengan garam kasar pulak kemudian basuh satu-satu sotong tu dan akhirnya masukkan dalam air panas selama 10 - 15 minit.  Alhamdulillah bau dah hilang dan lebih lembut tapi kelembutan sotong tu memang tak sesuper lembut sotong nasi lemak cik kak abang kat Taman Melawati tu hehe. 

Kalau Liez baca memang pasti dia pun terliur teringat sambal sotong kering yang lembut tu.

Resepi Sambal Sotong Kering Lauk Nasi Lemak 

Bahan-bahan
10 keping sotong kering
cili kering **
2 labu bawang besar **
3 ulas bawang putih **
1 inci halia **
2 keping asam gelugur / air asam jawa
sedikit gula / gula melaka (kalau suka)
garam secukup rasa

** bahan untuk dikisar dengan sedikit air


Cara menyediakan

  • Sotong yang telah direndam, direbus dengan air panas kemudian ditoskan dan kemudian di cuci bersih dengan membuang tulang, gigi dan lendir. Potong ikut saiz yang diingini.
  • Tumis bahan yang dikisar hingga garing dan masukkan bawang besar yang dipotong dadu serta asam keping
  • Masukkan sedikit gula/gula merah (kalau suka dan untuk mengurangkan rasa pedas)
  • Masukkan sotong yang telah dipotong dan digaul hingga sebati.  Biarkan ia masak dalam 15 minit dengan api sederhana
  • Akhir sekali, tutup api dan masukkan garam secukup rasa.


Resepi Sambal Sotong Kering Lauk Nasi Lemak 

Kalau buat nasi lemak paling kurang ada dua jenis sambal iaitu sambal sotong atau sambal udang dan sambal mentah tapi kali ni sambal kelapa tak sempat sebab nak kejar masa.  Lebih menyelerakan kalau ada ikan jeruk masin atau ikan kering, kangkung goreng dan telur mata tapi teringin nak makan telur dadar.

Selamat mencuba!




Read More

February 04, 2020

Shopee Valentine's 70% Discounts Audio Deals

February 04, 2020
Shopee Valentine's 70% Discounts Audio Deals
Love Is In The Ears | Grab audio deals for the beloved with discounts up to 70% this Valentine’s Day!
With Valentine’s Day just around the corner, Shopee is playing cupid by showering shoppers with ideas and attractive deals so they can impress their loved ones. Here are some cool ideas to kick-start an avalanche of surprises that will sure to put them in their other half’s good books.

For her:

The Edifier TWS1 Bluetooth True Wireless Stereo Earbuds is equipped with Qualcomm® aptX™ technology that delivers 24-bit wireless audio over Bluetooth. This means users will be able to hear even the smallest details in their favourite music. With improved signal-to-noise ratio, listeners can now enjoy quality music in reduced background noise. This is definitely the go-to wireless earbuds for her as it comes in limited edition colours this Valentine’s. Apart from the classic black and white variant, it now comes in blue, green and pink which makes it a romantic gift for her. Get it on Edifier Malaysia Shopee Official Store for only RM149 (RRP: RM299).



If she is living an active lifestyle, surprise her with the Soul Transform Wireless Bluetooth V4.0 Performance On-Ear Sports Headphone. This pair of headphones stands up to her rigorous demands of activities and training without sacrificing ultimate comfort. Keep it dry during workouts with moisture wicking and washable mesh ear pads. Lift the weight off with the sporty lightweight design while enjoying a pure balance of powerful bass and clear mids and highs. Comes in classic black and sexy red. Get it on the Soul Electronic Official Store on Shopee at only RM149 (RRP: RM499).





   
The highly sought-after Sudio FEM True Wireless Earphones is a one cute and compact accessory that a girl would love to have! The lightweight and compact design can be fitted into handbags easily. Apart from the classic black and white, it also comes in dreamy colours such as pink and blue. Having the IPX5 water protection, the earbuds are splash proof, rainproof and sweat proof. Stretching the hours further as 10 minutes of charging allows up to an hour of playtime. With 2 extra charges from the case, users will enjoy a total playing time of 20 hours. Get it here at only RM431 (RRP:RM539).



For him:
    
Allow him to put the outside world on hold and enjoy the wonders of the Sony WF-1000XM3, the industry’s leading noise cancellation and stunning sound gadget. Equipped with Digital Noise Cancelling with HD Noise Cancelling Processor QN1e and Dual Noise Sensor Technology, allow the boyfriend or husband to enjoy the finest details, losing himself completely in his music. Be it the smartphone or tablet, the advanced wireless connection syncs what can be seen on screen precisely with what is heard on the headphones for a more enjoyable viewing. The noise cancelling earbuds are ergonomically designed to make contact with three different points of the ear for a secure, comfortable fit. Rest assured, it comes with a one-year warranty from Sony Malaysia. Get it from Shopee at the lowest price in town for RM616 (RRP: RM949).
Unplug the cords and take the show on the road with the lightweight and vintage styled Marshall Kilburn I. With its iconic gold script logo, gold piping, vinyl covering and vintage-inspired fret, the Kilburn is an instant Rock ‘N’ Roll classic. Its supremely good looks draw inspiration from over 50 years of Marshall design. With a built-in battery of up to 20 hours, users will enjoy their jams all day long wirelessly via Bluetooth technology.
Get the best of both worlds when the Kilburn is bundled with the modern go-to classic Major III. Slimmed down ergonomic 3D hinges add a streamlined look, while thicker loop wires with reinforced rubber dampers contribute to a solid build quality unsurpassed by others. This combined with its on-ear cushions and plush straight fit headband provide hours of comfortable listening. Get the special bundle offer from Marshall Official Store on Shopee for only RM949.90 (RRP: RM1,259).
 
Take away his frustration by presenting him with Jabra’s 4th generation true wireless stability, where play time and calls are more stable without interruption. Making calls only gets better, thanks to the enhanced 4-microphone call technology, which filters out disruptive noise around.  On a single charge, the Jabra Elite 75t can last up to 7.5 hours with the charging case carrying up to 28 hours of battery life. Be worry-free with a 2-year warranty from Jabra Malaysia. Get this deal from the Jabra Malaysia Official Store for only RM949 with a free backpack worth RM480.
 
Escape into the world of music with the Sennheiser’s NoiseGard™ Hybrid adaptive noise cancelling technology. Take control easily by using the touch sensitive trackpads on the earcups to make and receive calls. The specially designed earpads and an ergonomic headband is great for long listening sessions, and for people on the move. There’s also a built-in limiter that avoids sudden and extreme sound level peaks, e.g when he is connected to an in-flight entertainment system that is also used for crew announcements. The product comes with a two-year international warranty. Get it from the Sennheiser Official Store for only RM1,285 (RRP: RM1,690).
Save the date! Enjoy these exclusive one-day only deals on Shopee on Wednesday, 5 February 2020. Use promo code LOVE0510 to enjoy 5% Shopee coins cashback with min spend of RM100; LOVE0625 to enjoy 6% Shopee coins cashback with min spend of RM300; and LOVE0860 to enjoy 8% Shopee coins cashback when users spend a min of RM700.
For more Valentine’s Day gift ideas, visit https://shopee.com.my/m/love-audio to check out these exclusive deals now!

Read More

February 03, 2020

Premier Clinic Mont Kiara Pakar Masalah Rambut

February 03, 2020
Premier Clinic Mont Kiara Pakar Masalah Rambut
Premier Clinic Mont Kiara Pakar Tentang Rambut | Ramai diantara kita mengalami masalah keguguran rambut bukan, tapi adalah normal sekiranya rambut kita gugur sebanyak 100 helai sehari tu kata Dr Foo Wing Jian, pakar tentang rambut.  

Rambut adalah mahkota yang membuatkan penampilan diri kita lebih menarik baik buat perempuan mahupun lelaki malah rambut antara faktor kita merasa rendah diri sekiranya rambut kita gugur dan kita nampak botak.

Premier Clinic Mont Kiara Pakar Masalah Rambut

Tahniah buat Premier Clinic diatas perasmian cawangan terbarunya di Mont Kiara pada 12 Januari 2020 yang lalu.  Premier Clinic Mont Kiara dirasmikan oleh pengasasnya Dr Chen Tai Ho and Dr Foo Wing Jian diberi tanggunjawab untuk meneraju cawangan terbaharu ini. Cawangan Premier Clinic ini akan merupakan pusat pakar berkenaan penjagaan rambut termasuk aestetik (laser dan penyucukan) dan turut menyediakan perkhidmatan tentang kulit seperti di cawangan Premier Clinic yang sedia ada.

Premier Clinic Mont Kiara Pakar Masalah Rambut
Bilik Rawatan

Premier Clinic Mont Kiara Pakar Masalah Rambut
Bilik Rawatan


Premier Clinic Mont Kiara Pakar Masalah Rambut
kredit gambar Premier Clinic

Pada upacara pembukaan, tetamu turut mendapat peluang menyaksikan analisis rambut yang dibuat secara langsung salah satu proses sebelum Dr Foo menyarankan tent

Premier Clinic Mont Kiara Pakar Masalah Rambut
kredit gambar Premier Clinic
Salah satu proses untuk menambahkan rambut adalah dengan menjalani proses laser yang tidak menyakitkan langsung. Proses ini disarankan kepada pelanggan bergantung kepada masalah kehilangan rambut yang dihidapi.
Premier Clinic Mont Kiara Pakar Masalah Rambut
kredit gambar Premier Clinic
Proses terapi Platelet-rich plasma atau PRP untuk Nafidz Daniel adalah untuk menggalakkan pertumbuhan rambut 

Premier Clinic Mont Kiara Pakar Masalah Rambut

Di majlis perasmian pihak Premier Clinic menyediakan 5 hadiah istimewa buat mereka yang bertuah berupa free treatment bernilai RM100 setiap satu dan hadiah istimewa merupakan produk penjagaan kulit dari Modelo. Modelo merupakan produk penjagaan kulit anti penuaan yang sesuai buat semua jenis kulit yang mampu mengnyahkan kesan penuaan seperti kedutan, jeragat dan garis-garis halus pada wajah


Premier Clinic Mont Kiara Pakar Masalah Rambut
Premier Clinic memang cukup dikenali dan telah dinobatkan 3 klinik aestitik terbaik di Malaysia dan memenangi pelbagai anugerah di peringkat global

Waktu operasi :
Isnin - 2 petang - 7 malam
Selasa - Sabtu : 10 pagi - 7 mlm
Aha/Cuti Am - tutup


Alamat : No. 10, Jalan Solaris 4, Solaris Mont Kiara, 50480 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | No Telefon :  03-2330 3563 / 012326 3563 | www.premier-clinic.com

Read More

February 02, 2020

Resepi Mee Bandung Ringkas Dan Sedap

February 02, 2020
Resepi Mee Bandung Ringkas Dan Sedap
Resepi Mee Bandung Ringkas Dan Sedap | Dah lama masak mee bandung ni tapi baru ada kesempatan untuk up entry kat blog ni sebab hanya ni la satu-satunya gambar yang dijumpai.  Teringat kat Kyla staff pejabat lama dulu, dia cakap mak dia memang pandai buat mee bandung dan juga meniaga mee bandung dan rahsia kesedapan mee bandung mak dia ialah penggunaan daging.  Memang setuju sangat dengan Kyla ni sebab daging rasanya manis tapi bukan macam gula la ya.  Teringat jugak kenangan buat agar-agar bersama Kyla untuk majlis di pejabat beberapa tahun yang lampau...haa entah la memang hancur sebab sukatan ntah apa-apa.  Indah sungguh kenangan tu!

Ok, lupakan kenangan lama tu tapi ni nak kongsi resepi mee bandung ringkas dan sedap buatan sendiri.

Resepi Mee Bandung Ringkas Dan Sedap

Bahan-bahan :
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
10 tangkai cili kering *
udang kering *
Daging atau ayam yg direbus
2 sudu besar cili sos/tomato/sos tiram (dicampur dalam mangkuk)
2 biji kentang direbus dan dikisar
1 ikat sayur sawi dibasuh dan dipotong
1 bungkus mee kuning
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 bungkus mee kuning
Telur

* bahan-bahan tu dikisar


Bahan hiasan
Daun bawang untuk hiasan
Bawang digoreng untuk hiasan


Cara membuatnya:

  1. Goreng bahan yang di kisar sampai garing dan masukkn cili giling.
  2. Bila cili dah masak, masukkan ayam yg dipotong kecil2, daging sekali dengan air rebusan.
  3. Kemudian masukkan ubi kentang yang telah dikisar halus.
  4. Masukkn sos cili, sos tomato, sos tiram, gula dan garam
  5. Bila mendidih masukkan sawi dan tomato. Akhir sekali, pecahkn telur.
  6. Biarkan seketika, kemudian taburkan bahan hias diatas mee dan siap untuk dihidangkan .
Nota : 

  • Resepi mee bandung ini rasanya manis, pedas dan masin2 sikit.
  • Jangan biarkan mee direndam lama dalam kuah supaya tidak terlalu kembang.
  • Sesuai dimakan semasa masakan masih panas.

e050408
Read More