Hasrat Kak Yang Pasang Braces Tercapai Di DentaLove Wangsa Maju | Beauty is pain! Hari Jumaat lepas KY Amanda dah boleh tersenyum lebar sebab hasrat Kak Yang nak pasang braces dah tercapai! Dah lama KY dan KC Iman nak pasang pendakap gigi ni dan bila ke KK diaorang kata tak perlu dan nak cari kat klinik swasta alahaii mahal sungguh tapi tu semua tak melenyapkan hasrat KY dan akhirnya dia jumpa klinik yang mengenakan caj yang agak berpatutan malahan dia boleh membayar secara ansuran setiap kali dia perlu membuat check-ups dan paling penting sangat dekat dengan rumah. 

braces




Jadi setelah puas google dan selidik apa yang perlu, KY yang baru sehari ada di Pekan balik KL dan sampai jam 3.30 pagi kat TBS, jadi ayah dan umi dia pi le jemput walau mata umi dia rabak sebab tertidur lewat..haha. Siang tu KY dah siap buat appointment  sebelum beli tiket bas jadi pagi Rabu tu kami dua beranak ke DentaLove Wangsa Maju untuk consultation dan tengahhari tu ke DentaLove Ampang untuk buat x-ray.  



Dr Amiera di Wangsa Maju minta dalam 2-3 hari untuk dia buat kajian lepas dapat xray samada perlu atau tidak dan apa yang perlu dibuat untuk pemasangan braces nanti.  Apa yang pasti 4 batang gigi geraham bongsu akan dicabut, 2 batang di atas dan 2 batang di bawah. Bila ayahnya diberitahu, dia siap kerut muka lagi..sebab ayahnya ni agak seram kalau tentang gigi. Jenuh la jugak KY dok berharap boleh dibuat secepat mungkin sebab nak selesai segera sebab dia ponteng kelas sebenarnya...amboi mementang baru masuk sem dan result 3 pointer, so bagi la muka sikit kan sebab tau stress bila belajar ni.



Dah selesai braces, senyum lebar la anak dara ni tapi memang kena jaga banyak benda antaranya hal pemakanan. Apa yang pasti kemungkinan mulut akan mengalami ulcer tapi kalau kita jaga, tak ada masalah.

Memang recommend klinik DentaLove Wangsa Maju ni sebab doktor dia ni cukup sopan dan very soft.  Penerangan yang diberikan cukup mudah difahami.

Selesai pasang braces kami pergi makan dan heheh memang sungguh memberi masalah bila daging ayam pun dia payah nak kunyah...alahai kesiannya anak umi nii tapi dia suka la jugak sebab katanya dia boleh kurus...whattt!

Ni pakej yang KY ambil, jadi kot ada sesiapa yang berminat boleh terus ke DentaLove Wangsa Maju ni.

Okay, umi nak kongsi serba sedikit apa yang akan pihak klinik lakukan sebelum korang dipakaikan pendakap gigi tapi caj adalah sangat berbeza dan apa yang umi kongsi ni apa yang KY dari salah sebuah klinik yang telah dia hubungi.


  • Consultation - doktor akan memeriksa keadaan keseluruhan gigi anda sesau/perlu untuk memakai pendakap gigi. Anggaran caj RM40


  • Consultation + impression (acuan gigi) - doktor akan memeriksa keadaan gigi dan mengambil acuan atas dan bawah gigi. Anggaran caj RM50


  • XRay (OPG & lateral ceph) Xray perlu diambil sebelum proses pemakaian pendakap gigi. Ini akan membantu doktor untuk menganalisa secara tepat mengenai keadaan/struktur gigi. Anggaran caj RM200


  • Rawatan scaling, polishing (cuci gigi) ini dilakukan untuk memastikan keadaan gigi adalah bersih dan bebas daripada kalkulus dan karang gigi sebelum memakai pendakap gigi. Caj antara RM100 - RM200)


  • Filing (tampalan) sekiranya perlu sebelum memakai pendakap gigi, semua gigi haruslah berada dlam keadaan baik tanpa kaviti. Anggaran caj RM100 - RM200/sebatang


  • Extraction (cabutan gigi) - cabutan gigi adalah bergantung kepada keadaan gigi..  Bagi sesetengah kes, cabutan gigi sebelum atau semasa pemakaian pendakap gigi adalah perlu dilakukan untuk memberi ruang kepada gigi lain berada dalam kedudukan yang baik dan tersusun dengan betul seperti yang diinginkan. Anggaran caj RM80 - RM100/sebatang


Langkah seterusnya
Perbincangan pelan rawatan (treatment plan discussion) prosedur ini sangat penting bagi setiap pesakit kerana inilah masanya doktor akan menerangkan tentang keadaan gigi sama ada boleh/perlu memakai pendakap gigi dan juga mengenai prosedur rawatan berserta pembayaran sepanjang pemakaian pendakap gigi.

Dlm prosedur juga biasanya SEPARATOR akan diletakkan pada gigi geraham (gigi molar) dan pesakti perlu kembali selepas 1 minggu untuk sesi pemasangan pendakap gigi (Bonding)

Selepas 1 minggu - Bonding ini adalah masa paling dinantikan iatitu sesi pemasangan pendakap gigi.  

Pembayaran adalah bergantung kepada jenis pendakap yang dipilih dan prosedur ini biasanya mengambil masa dalam 1 -2 jam.

Mungkin lepas ni KC Iman la pulak kot dan umi pulak...tak payah la kot sebab dah tua.