Sebenarnya Taman Eko Rimba Sungai Pandan ni saya dah tahu beberapa tahun lalu sewaktu masih bekerja dalam industri pelancongan dimana Tourism Malaysia memperkenalkan Air Terjun Sungai Pandan sebagai salah satu destinasi #dekatje yang mesti dikunjungi.  Dulu tak terfikir pun nak ke sini sebab saya bukan sejenis suka aktiviti masuk hutan lipur dan mandi mandi di sungai..rasanya masa untuk saya tu dah lama ditinggalkan sebab usia makin tua kan.

Terpesona Dengan Kecantikan Air Terjun Sungai Pandan
Hutan Lipur Taman Eko Rimba Sungai Pandan terletak di Kuantan, Pahang adalah lebih kurang 2 1/2 jam dari KL dan lokasi ini akan ke dalam dan perlu melalui jalan tanpa tar dan pastikan korang jangan memandu dengan berhati-hati. Bagi penduduk setempat, air terjun ini juga dikenali sebagai Air Terjun Panching
Terpesona Dengan Kecantikan Air Terjun Sungai Pandan
Terpesona Dengan Kecantikan Air Terjun Sungai Pandan

Ok, tiket dah dapat, jom kita masuk dan mandi-manda. Sebenarnya yang teruja pastilah KY dan cikapplepie yang dah siap sedia dengan pakaian untuk mandi dan tugasan umi diaorang pulak ialah memasak nasi lemak sebagai bekalan.  Almaklumlah pertama kali ke sini tak tahu macam mana keadaannya tapi tak perlu risau sebab ada gerai makanan jugak samada mengikut selera atau tidak tu kira nasib lah kan

Terpesona Dengan Kecantikan Air Terjun Sungai Pandan

Terpesona Dengan Kecantikan Air Terjun Sungai Pandan

Nak tengok air terjun dan suasana hutan lipur yang buat kami terpersona ni, boleh jer jengah ke youtube channel iamfuzy ni yang tak seberapa ni tapi yang pasti boleh layan bunyi desiran air terjun yang pasti mengasyikan dan buat nature's lover pasti jatuh cinta punya la
Terpesona Dengan Kecantikan Air Terjun Sungai Pandan
Kami bentang tikar atas batu di sekitar kawasan air terjun dalam lima langkah ke air terjun sambil makan bekal nasi lemak..memang nyaman sungguh bila makan dalam suasana tenang dan dengar deruan air terjun tapi dok cakap kat DH..ishh diaorang ni suka jer buang air kecil tak kira tempat...payah sungguh la nak makan tapi DH cakap tu bukan bau hancing kencing manusia tapi pak belang la yang mungkin turun minum air...terus gulp! sesambil pandang belakang yang berbukit dan banyak pokok meninggi.  Dalam dok makan tu nampak la pulak seekor monyet ke siamang tah..dah timbul rasa risau sebab kami ada makanan..kot dia datang bawak geng memang tak la nak tunggu kan.
Terpesona Dengan Kecantikan Air Terjun Sungai Pandan


Antara kemudahan yang disediakan selain air bersih pastinya tandas, surau, gazebo, tempat BBQ,  dan kemudahan tong sampah tapi tong sampah tak de di kawasan berdekatan air terjun jadi pengunjung yang kurang cerdik ni membuang sampah ikut suka je. 

Terpesona Dengan Kecantikan Air Terjun Sungai Pandan
Untuk menggunakan jambatan gantung ni korang kena jalan dan menaiki anak tangga bersebelahan papan tanda ni...kalau tak silap ada dalam 28 anak tangga jer tapi kalau takut nak guna jambatan ni boleh guna jalan lain sebelum kawasan BBQ.

Terdapat tapak untuk perkhemahan dan bermalam (RM10/orang seperti mana dalam FB Sg Pandan ni) jadi rasanya kalau sesiapa yang berminat boleh je menghubungi pihak pentadbiran iaitu Encik Faiisal di talian 016-922 4777

Nota buat pengunjung dan bakal pengunjung

  • Pastikan korang sediakan wang kecil untuk membuat pembayaran di pos kawalan dan jangan persoal kenapa kena bayar sebabnya kalau tak ada bayaran macam mana pihak pengurusan hendak mengurus dan memberi keselesaan serta kebersihan kat kawasan ni
  • Dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang dan akan ditutup sekiranya hujan dan keadaan tidak mengizinkan
  • Tolong sediakan bag plastik untuk sampah korang dan buang di tong sampah yang disediakan.  
  • Sila jaga mulut dan jangan cakap besar ya ini adalah kawasan hutan 


Ingin maklumat lanjut tentang Air Terjun Pandan ni boleh jengah ke Facebook Air Terjun Sungai Pandan | Lokasi : Jalan Air Terjun Sungai Pandan (Panching), 26050 Kuantan, Pahang | 016 922 4777