-->

iamfuzy.com™ Lifestyle Blog

Lifestyle Blog

March 19, 2020

Laksa Utara Berempah Resepi Mak

Laksa Utara Berempah Resepi Mak | Laksa Utara memang kegemaran saya dan keluarga bahkan laksa utara pun antara antara makanan kesukaan rakyat Malaysia dengan pelbagai versi. Kuah laksa umumnya menggunakan ikan kembung, ikan tongkol, ikan sardin, ikan parang tapi jenuh sebab banyak tulang.. Tak perlu cakap banyak, pasti dah ramai yang terliur tapi ada juga antara kita yang tak makan kan.

Kalau en suami dia cukup suka laksa kedah sebab guna daun ulaman yang menambahkan kelazatan laksa tu sendiri dan kalau laksa penang ni memang kalau tak bagi pun en suami tak kisah.  Laksa yang lebih sedap pastinya laksa yang diperbuat dari tepung beras...ahhh terliur sampai rasa nak pernah panaskan kuah dan makan lagi..hehe

Laksa berempah ni memang hasil resepi mak yang tak pernah ada orang buat dan resepi yang sama dibuat oleh Allahyarhamah Tok Mak (bonda kepada mak) dan anak-anak dia malah Allahyarham Pak Uda (adik mak) memang menjual laksa ni puluhan tahun dulu.

Laksa Utara Berempah Resepi Mak
bahan hiasan tak cukup  memandangkan pandemik Covid 19 sedang melanda


Tak pernah cuba, tak pernah rasa? jom saya kongsi resepi laksa berempah yang cukup sedap n. Memang nampak seakan sama tapi rasanya agak berbeza bagi yang pandi membezakan rasa kuahnya


Bahan-bahan
1 bungkus laksa kasar (besar), direndam dan rebus hingga lembut
1 kg ikan kembung atau pelaling
3 ekor ikan tongkol
5 ulas bawang merah
2 inci sudu kecil belacan
10 tangkai cili kering
15 biji cili padi, kalau suka pedas boleh tambah
2-3 tangkai daun kesum
2 batang bunga kantan - dibelah
3 batang serai, dititik
2 sudu ajinomoto (kalau tak suka tak perlu)

Bahan tambahan untuk laksa berempah
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil lada hitam

Bahan hiasan
Telur rebus secukupnya
cili api/cili mask di hiris
limau nipis - dibelah

Bahan ulam (dirincik/dipotong halus dan nipis)
Daun selom
daun gajus
daun pucuk putat
timun
bawang besar
cili padi/cili merah

Cara membuatnya

  • Ikan yang sudah disiang dan dibersihkan, di rebus bersama asam keping.  Angkat dan toskan.  Bila sudah sejuk, perisi dengan mengasingkan isi dan tulang. Isi ditumbuk halus atau dikisar. Tulang dikisar bersama air rebusan dan ditapis untuk airnya. Tapis 2 atau 3 kali sampai tulang hancur dan nampak putih


  • Cili kering, cili api, bawang merah bawang putih serta belacan dikisar


  • Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dengan secawan air dan direnih.  Bila agak kering, campurkan isi ikan yang ditumbuk dan dimasak dalam 5 minit.


  • Masukkan air tapisan rebusan tulang ikan serta serai


  • Bila kuah sudah mendidih, masukkan asam keping, bunga kantan dan daun kesum dan dimasak dengan api sederhana hingga mendidih.
  • Tutup api dan masukkan garam secukup rasa


Nota  : pastikan kuah di rebus lama supaya lebih mesra dan tidak menjadi basi dengan cepat

Cara menghidang
Letakkan laksa yang direbus dalam mangkuk dan dituang kuah diatasnya. Tabur ulaman yang telah dipotong halus beserta cili padi, cili masak dan telur rebus.  Perahkan sedikit limau untuk menambah kemasamannya.  Ada yang suka letak kicap peat dan ada yang suka letak petis


6 comments:

  1. Laksaaaaa... aduh my fav niiii

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. Tengok resepi boleh bayang. InsyaaAllah, kalau teringin sangat nak cuba! Terima kasih dusi share ☺️

    ReplyDelete
  3. thank you for the recipe kak..

    ReplyDelete
  4. walaupun orang utara tapi cheq tak makan laksa.. hewhe..
    eeyh makan tapi kurang gemar. kalo makan suka amek air lapisan atas
    yang ceroi tu =P

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. tq kak.sharing resepi

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!