Memang Tak Jangka Status Di Facebook Viral Dikongsi 17K

by - April 01, 2020

Memang Tak Jangka Status Di Facebook Viral Dikongsi 17K  | Rutin sejak PKP ni memang tak berubah langsung.  Bangun pagi, siapkan sarapan pagi sebab hubby memang nak sarapan yang ringan mungkin sandwich roti dan secawan nescafe.  Kalau dulu dia keluar bekerja, saya hanya sediakan segelas susu dicampur dengan madu dan off he goes.

Lepas breakfast, saya masuk bilik dan jengah social media terutama twitter yang menyajikan berita terkini tentang Covid-19 dan mangsa yang meninggal kemudian ke blog untuk tengok pageview..hehe. Bagi Facebook pulak kekadang tu memang rajin nak update status bagi salam tapi bila kekadang tu rasa ahhh...mesti orang bosan dengan kata hikmah dan quote yang saya suka letak tu lepas tu letak pulak apa yang saya makan. Ehh FB saya kan so suka hati ler tapi so far tak de la orang komen atau saya terasa kalau nampak status orang lain.  Tapi yang paling saya rasa pelik bila ada yang up status kat Facebook ni lebih dari 5 status yang kekadang tu buat saya rasa muak sebab bercerita pasal si polan tu la si polan ni la..haaa panjang kan membebel ni. Walhal nak cerita pasal apa yang jadi hari Ahad lepas jer pun..

Hari Ahad 29 Mac tiada ucap salam pagi sebab...layan baca novel hehee dan layan twitter la.  Kat twitter nampak orang post dan berbahas pasal business owner bernama Aleeya Zailan dan influencer yang cukup dikenali Vivy Yusof.  Siapa Aleeya ni saya tak kenal tapi ada jengah ke IG dia sebelum dia privatekan IG tu dan VY ni siapa tak kenal? sangat dikenali sebab anak saya yang no 2 tu memang giler dengan tudung DuCk dia tu dan pastikan tak ketinggalan untuk dapatkan koleksi tudung DuCk yang harganya tu memang buat saya telan air liur tak lepas hehe lebih-lebih lagi je sejak jadi surirumah dan penulis blog je. Vivy Yusof ni dulu blogger dan dulu pun ada cerita kurang enak  pasal dia makan dalam diapers..ok tak nak komen pasal tu tapi seriously saya suka tengok dia yang cantik, lebih cantik sejak bertudung dan suka personaliti dia dan semangat dia sebagai usahawan.  Put aside yang dia memang lahir dari keluarga yang berada dan begitu juga dengan suaminya.

Rasa sedih bila fikiran orang muda macam ni. Showing their true color untuk public ke apa ni.. sedih umi!
Jangan la komen pasal orang miskin sebab diaorg tak akan kaya pun. Apa la sangat dgn RM1600 tu? Cubalah paham..
Makin hari makin macam-macam... Dah la rasa mual dengan nak minta bantuan khusus buat retis sipolan sipolan tu. haishh
Baru nak up story kat blog www.iamfuzy.com ... bukan nk cite pasal bisnes orang tapi selain Makcik Kiah, Makcik Senah boleh tak kaya.
Rasanya PKP ni bukan setakat kawal pergerakan tapi kena kawal mentaliti jugak.
Komen yang baik-baik ya dan doakan mereka ni boleh buat hitung kira dgn lebih bernas dengan jumlah yang orang miskin akan dapat nnt berbanding apa yg diaorg ada



Sehingga artikel ini saya tulis terdapat 17,419 perkongsian dan sepanjang status saya dikongsi, memang ramai yang ingin add saya sebagai sahabat. Sabaq la nooo. Tapi saya ni kena tunggu ada masa untuk view profile mereka yang nak add ni sebelum boleh diterima sebagai sahabat. Bukan apa, saya adalah orang yang biasa-biasa sahaja

Ni apa yang saya catatkan di status atas rasa tidak suka dengan pemikiran cetek dan dangkal seorang orang muda yang saya kira kaya kerana punya perniagaan dengan mengatakan "the poor will become richer and jobless after".  Apa masalah yang seakan mempertikai dan memperlekeh malah seakan mengejek golongan B40 dan dah boleh baca B40 akan hilang pekerjaan?. Tak mungkin cemburu kerana orang kaya ni punya lebih banyak harta dan wang untuk mereka walau PKP berlanjutan untuk jangka masa agak lama tapi ya mereka mungkin tutup syarikat dan buang pekerja kerana tiada wang pusingan atau keuntungan untuk membayar gaji apatah lagi pekerja mereka tidak dapat dikerah tenaga dan idea pun dah buntu.  Itu memang saya sedia maklum kerana saya perlu mengepalai syarikat selama 10 tahun yang cukup memeningkan untuk fikirkan headcount, utility dsbnya. Selain mereka perlu ada kewangan yang kukuh, mereka harus tahu macam mana untuk menangani kemelut ini yang bukan semua orang mahukan dan mereka juga perlu bertukar cara hidup! 


Lebih menyedihkan bila Aleeya Zailan menambah "i mean richer which is having more money than before and thats where they have food on their table or maybe new tv new iPhone" .  Jadinya dia sedar ada orang susah dan menambah maybe new tv, iPhone tu yang membuatkan pembaca bertambah marah macam betapa kurang cerdiknya golongan B40 seperti di kalangan pembaca dan ahli keluarga mereka.

Terima kasih pada blogger Siti Awadah yang bagi advise untuk tukar sikit sebab status awal dengan ayat Pathetic diawalan  tu agak keras..gitu la kalau menulis dengan amarah pastu bila tengok ratus shares, saya rasa gigil dan risau sebab tiada niat untuk aibkan sesiapa cuma geram dengan status Aleeya Zailan tu yang seperti memperkotak katikkan golongan B40.

.




Mungkin kerana ramai yang mengenali Datin Vivy Sofinas Yusof ni jadi status tu terus viral dan dalam komen tu ramai juga yang mengenali Aleeya Zailan ni dan keluarlah cerita kurang enak tentang dia dan syarikat suami malah anak buah yang pernah bekerja di syarikat milik Aleeya Zailan ni pun turut komen mereka tapi saya reserve komen tu ya.

Semua orang punya pendapat bila membaca status dan komen sebegitu, ada yang simpati kerana sesetengah tukang komen, merasakan Vivy Yusof tersilap langkah bila seakan mengiakan apa yang dikatakan oleh Aleeya walhal bagi mereka Vivy mengakui tentang mereka yang menjalankan perniagaan akan merasa terbeban dengan kesempitan jangka pendek ni. Baca dan fahami apa yang ditulis dan dijawab oleh kedua mereka.  Jangan melatah dan baca dengan tenang

Banyak pulak komen yang mengatakan VY bukan heran pun dengan orang lain apatah lagi pekerja dan ada yang membangkitkan kes dia dengan pekerjanya dahulu. Wallahualam, tak mahu sentuh pasal tu sebab siapa kita nak judge orang kerana kita bukan dalam situasi tu pun. Malah ada petisyen untuk meminta UiTM mengeluarkan dia dari menjadi ahli Lembaga Pengarah UiTM. Part tu memang saya tak masuk campur.



Suka dengan komen nadhirah ni yang orang miskin tidak akan kaya cuma mereka akan dapat cukup makan untuk kelangsungan hidup. Seharusnya sesiapa pun kita dan apa juga status kekayaan kita, rasa hormat pada orang lain  tu sangat perlu!
Saya juga menghantar mesej pada penulis twitter nadhirah ni untuk memaklumkan saya telah mengguna posting dia di FB dan dia 


Status Malissa Ali ni memang menunjukkan dia marah sangat dengan Fashion Valet kerana bagi dia Vivy Yuso tade socialogical responsibility atau mungkin dia mengenali VY secara peribadi. Malang sekali saya tidak dapat berinteraksi dengan Malissa Ali sekaligus memohon membenarkan saya berkongsi status dia ni


Bangroti anak Makcik Kiah pula letak status pasal artis yang inginkan bantuan khusus untuk mereka dan saya ada kongsi di Facebook page saya apa tuntutan yang dikemuka oleh Persatuan Seniman dan saya pasti ramai yang tahu apa yang sedang berlaku sekarang ni. Saya ada mesej kepada penulis twitter Bangroti anak Makcik Kiah dengan menyatakan saya telah menggunakan status dia untuk FB saya dan mujur dia benarkan.  Bukan apa tak nak la kot tetiba dia terus famous atau kena kutuk kat social media..mau terkejut dia kan




Ni kenyataan dari Vivy Yusof  tapi yang pelik bila dia sebut 'a lady' walhal 'the lady' tu Aleeya Zailan tu kawan dia...hurm. Kawan ke? entah la tapi dia pasti mengenali the lady tu kan

Apa pun Vivy dah buat permohonan maaf secara terbuka dan Aleeya Zailan pun ada buat video yang sempat saya tengok kejap tapi bila nak tengok balik dah hilang.

Kesimpulannya
Kita ni bila mengeluarkan perkataan mahupun secara lisan tu kena la jaga sensitiviti dan perasaan orang lain. Mungkin kita tiada niat dan mungkin kita cuma nampak dan pernah nampak yang orang dari golongan yang kita fikir miskin ni membeli iphone dan tv seperti kata Aleeya Zailan tapi bukan semua orang sama apatah lagi dengan keadaan sekarang ni yang penting adalah makanan. Namun kalau mereka menggunakan duit tersebut untuk barangan teknologi pun kena nak sibuk bukan? 

You May Also Like

12 Comments

  1. sha tak kenal pun siapa diani. tapi gerammmm dengan kenyataan dia tu 🙄😡

    ReplyDelete
  2. Isu hangat ni memang trending la.

    ReplyDelete
  3. Waaa tahniah Mama Fuzy...yeee Kak, kadang benda macamtu, kita yang jadi media ni, memang kena share sebagai satu tindakan peringatan dan pengajaran buat mereka di luar sana, bukan nak aibkannnya, tapi kalau tak buat gitu, org tak tau, so nampak le semua good-good nya kan, biar kena ajar sikit, baru mereka tau dan peminatnya kenal wajah sebenar artis yang mereka agungkan tu..ermmmm

    Saya belum ada walau selai itik tu heheheh dan tak pernah lagi soping di FV tu ...sekian..

    ReplyDelete
  4. Its too late nak minta maaf.. even mungkin org setaraf di maksudkan yg lain tapi buat netizan memang itu mencari masalah la.. why kena mentioned org miskin??? Whyyyy

    ReplyDelete
  5. jaga bahasa kita tak kira dimana kita berada....kalau rasa kata-kata akan menyakitkan orang lain, maka lebih baik diam....dan yang penting sekarang kita kena sedar dimana kita buat komen atau balas status tersebut...kalau cakap private msg berdua mungkin selamat dan tak dikencam teruk...

    ReplyDelete
  6. Dana terperanjat ramai kwn share akak nye post hehehhe... dana yg komen kt post akak tu ada sampai 50 org like heheheb.... mmg setuju pun dgn apa kak tls, geram bila siap sindir yg b40 mungkin akan beli iphone dgn duit tu... geram sgt

    ReplyDelete
  7. Kebanyakan komen tu depa dah remove UF tapi ramai je sempat screenshot hiks!

    ReplyDelete
  8. Kata-kata itu boleh membinasa dan membangkitkan seseorang.Kata-kata juga menjadi salah satu daripada banyaknya sudut untuk menilai seseorang.

    ReplyDelete
  9. Tahniah umi..good sharing & opinion..Bila time macam ni, baru kita nampak true color sensorang terutama yang kaya-kaya. Mungkin tak lah semua perangai macam ni tapi kita tahu diaorang padang gred B40 ni macamana..pdhal macam VY tu, produk dia rasanya ramai yg beli, dari golongan B40. Kawan2 artis dia rasanya tak support pun..semua dpt free je tu..ada terbaca komen someone pasal ni..huhu...

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. entahlah Mrs Pip..x fikir pun nak viralkan tapi orang marah kot statement tu..

      Delete
  11. congratulations sebab dah berjaya sebarkan fitnah. bukan ayat i yg salah. tp u yang baca dengan salah. i may be no one to u, but whatever i said was right. sebelum u menuduh i memandai kata golongan b40 ni akan kehilangan pekerjaa, adalah lebih baik u pergi buat research sebelum sebarkan fitnah yg hanya memanjangkan dan menambah dosa u.

    sebelum i bercakap, i sudah baca beberapa research dan byk research tu semua mengatakan yg jika covid-19 ni berterusan selama beberapa bulan.. seramai 2.4juta rakyat malaysia yg akan kehilangan kerja.

    dan apa yg i cakap pasal poor become richer during covid-19 and jobless after kalau di translate kan ke bahasa melayu bermaksud (baca dgn niat yg betul dan baik) orang susah akan rasa senang kejap je ��(i bg emoticon ni skali supaya u paham maksud) lepas habis covid ni nnt banyak yang aakan kehilangan kerja"

    and pegi baca lagi apa i tulis selepas tu. adakah riak? adakah jeles? ha?

    dan pasal iphone dan tv, apasalah nye beli phone or tv? sekarang bape ramai anak2 yg kene buat keje skolah online? bukan semua family ada handphone lebih nak bg pada anak buat keje sekolah! tv, kalau da rosak ganti je lah. apaa yg susah sgt? tapi kalau dlm keluarga tu kene fikir mana yg lebih pentinv, tv atau makanan. dia pilih la makanan. bukan i cakap semua majoriti. tak semuaorg pandai buat pilihan. dan pegi google lagi ada tak polis malaysia ni bg peringatan, supaya bila da dpt duit bpn ni jgn ada yg gunakan utk berjudi sbb kadar perjudian online di msia masa pkp ni makin meningkat? pegi google!

    and cuba baca kat fb feeds pulak. ramai je yg tulis x sabar nak dpt duit bpn nak beli baju raya, thermomix.

    so bukan semuaorg ada pemikiran sama. and i dah jalankan tanggungjawab i utk clarify maksud ni to u. its up to u to either change ur perspectives or stick to it.

    and btw, sewaktu u memviral kan cerita i dengan penuh fitnah dan hasad dengki, my staff dan org3 kepercayaan sedap giat menyebarkan bantuan dan derma. walaupon hebat kecaman dan kebencian org b40 pada i, tp i x sekejam tu utk terus berhenti membantu.

    kalau i benci org b40 or jeles korang dpt bantuan, buat apa i pon sama turut pi bagi bantuan?

    eh apasal tak war warkan aleeya? sebab i bukan nak pujian. tp disini kalau u nak kata i mintak pujian juga, u salah. i nak bg u nampak yg apa u cakap pasal i benci b40 tu adalah fitnah semata2. cara u baca ayat dan anggapan u yg telah mengajak ramai org menyebar fitnah yg berantai.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!