Graduasi KC Iman Di Majlis Konvokesyen Polimas Ke 34 | Alhamdulillah, selepas tiga tahun bertungkus lumus belajar sejak 2017, KC Iman berjayah menamatkan pengajiannya pada pertengahan tahun tahun 2020. Sedihnya bila tiada majlis konvokesyen sebab 2020 dah mula PKP jadinya dia buat latihan amali di DBKL pun seperti tak complete.  Paling sedih bila diplomanya hantar melalui pos.


Jadinya dalam fikiran kami, pasti tiada konvo untuk meraikan para pelajar yang berusaha untuk tamatkan pengajian, malah DH bercadang nak balik Kedah dan buat photoshoot di Polimas dan menyewa jubah supaya adalah kenangan buat Kak Cik. 


Graduasi KC Iman Di Majlis Konvokesyen Polimas Ke 34



Tiga tahun KC Iman menuntut ilmu jauh dari keluarga dan memang dia sangat independent dan kerap la juga balik dengan ETS dan flight. Malah masa abah meninggal pun dia baru jer balik ke Jitra dan beberapa hari lepas tu balik ke KL naik Fireflyz.


Sepanjang dia kat Jitra, antara risau dengan tidak pun ada walaupun family DH memang ada kat sana dan terima kasih pada ahli keluarga, sepupu DH dan kawan-kawan DH yang sedia membantu KC Iman sepanjang dia kat sana. Malahan kakak DH, Kak Chah cukup ambil berat dan menunggu KC Iman yang akan balik ke rumah dia bila hujung minggu.  Terima kasih tak terhingga buat mereka semua.


Kiranya tahun ni kami akan hadir pada 3 majlis konvokesyen dan terakhir Cik Meya di Sabak Bernam.


InsyaAllah, tiga tahun lagi KC Iman yang sedang PJJ di UiTM akan mengenggam ijazah dan semoga kami sihat untuk sama-sama meraikan hari bahagia dia nanti.


3 Malam Menginap Di Lokasi Berbeza

Kami bertolak dari KL hari Ahad selepas makan tengahhari dan terus ke Penang. Dah jadi kebiasaan kami akan singgah ke Penang sebab DH pun dah penat drive jauh.  Memang dia tak bagi umi drive dah sekarang ni tapi pernah la juga umi drive tu pun dari satu R&R ke next R&R je.


Memang DH dah set nak dinner di Sup Hameed Penang, jadi Mak Teh dan keluarga terus berjumpa kami kat kedai makan jer then kami bermalam di rumah Mak Teh. Memang berbeza masa kami pergi konvo Kak Yang di Pahang hari tu kami menginap di Homestay 


Esoknya lepas breakfast, kami bertolak ke Kedah dengan Mak Teh dan anaknya pun ikut sama. Mujur muat sebab hanya Kak Yang, Bang Yong dan Bang Ngah yang turut sama sebab bekerja. Planning DH, kami akan singgah di rumah Kak Chah dan kemudian ke Polimas sebab KC Iman kena ambil jubah dan ada raptai. Malam kedua kami menginap di rumah Kak Chah yang siap buatkan sambal petai belalang kesukaan Cik Meya dan pulut panggang. Meriah sungguh bila tiga beradik tu berkumpul, dah macam sambut raya pun ada.

Graduasi KC Iman Di Majlis Konvokesyen Polimas Ke 34


Seawal jam 7 pagi kami bertiga bergerak ke Polimas sebab perjalanan dari rumah Kak Chah ke Polimas lebih kurang 30 minit. Memang sedia maklum parking memang payah tapi syukur dapat juga parking dekat dengan dewan dan acara pun berlangsung tak lama macam konvo KY Amanda dengan lebih 900 graduates. Konvo KC Iman ni ada lebih kurang 400 lebih graduan sahaja tu pun sebab graduan dari tahun 2019 hingga 2021.


Graduasi KC Iman Di Majlis Konvokesyen Polimas Ke 34


Acara pun selesai dalam tengahhari dan masing-masing penat, jadi kami tak singgah makan kat mana-mana pun sebab Mak Teh dan siap masak dan planning nak menjengah cucu saudara yang baru dilahirkan di Beseri. Lagipun nak ucap terima kasih pada abang sepupu DH yang turut membantu sewaktu KC Iman belajar.


Memang kali ni kami tak ke Padang Besar atau melawat kemana-mana tempat menarik sebab kekangan masa dan tak cukup korum.


Balik dari Beseri, kami singgah makan di Kuala Perlis sebab DH nak belanja keluarga Mak Teh dan Kak Chah yang sama ambil berat masa KC Iman belajar dulu. Selain ke rumah Kak Chah, KC Iman sering ke Penang naik tren dan kemudian Pak Teh An atau Mak Teh akan jemput di stesen. Jadi memang banyak berjalan jugalah KC Iman sepanjang belajar kat Jitra ni.




Seperti dirancang, kami dinner seafood di Kuala Perlis dan kemudian bermalam di rumah pusaka yang kini dimiliki oleh abang kedua DH. Fuhh, tiga malam dengan tiga lokasi menginap yang berbeza ni memang dah selalu kami buat sejak ayah dan mak mertua DH meninggal dunia.


Seperti kebiasaan kami akan sarapan dengan nasi lemak kuning kegemaran anak-anak sebelum bertolak balik ke KL. Tapi kali ni kami singgah ke Kuala Jerlun dan Kuala Kedah untuk cari ikan, udang dan sotong. Agak jenuh nak cari ikan sebab kat Kedah dan sekarang dah hampir musim tengkujuh, jadi nelayan pun tak turun ke laut sebab laut bergelora.


Selepas cari ikan kat Kuala Kedah, kami terus lanjutkan perjalanan balik ke KL sebab KC Iman dan DH akan naik kerja hari Rabu dan umi pulak dah sambung balik tugasan jaga bonda, jadi mana nak boleh cuti lama-lama. 


Alhamdulillah, kami sampai KL dalam jam 6.30 petang dan singgah jemput KY di Sungai Buloh. Konon nak dinner tapi semua kepenatan jadi kami tapau nasi lemak di gerai nasi lemak panas kepunyaan blogger Hanny. Memang sedap nasi lemak air tangan Hanny ni, jadi kalau anda ke Taman Melawati carilah gerai nasi lemak ni yang dibuka dari jam 4 petang hingga 12 malam kecuali hari Ahad.


Next, kita ke konvo Cik Meya esok di Sabak Bernam.



KURSUS-KURSUS DI POLIMAS

Kalau ada anak-anak yang berminat dengan kursus Perancangan Bandar dan Wilayah boleh masuk ke POLIMAS dan kursus ini merupakan salah satu kursus dalam Jabatan Kejuruteraan Awam. Selain dari kursus Perancangan Bandar Dan Wilayah, terdapat kursus peringkat Diploma dalam Kejuruteraan Awam, Seni Bina, Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan dan Ukur Bahan.


Apa yang bestnya, yuran setiap semester ni tidak membebankan. Jadi, anak-anak boleh check-out Polimas atau mana-mana Politeknik untuk sambung belajar.