Kelahiran Zuriat Ke 6 Menambah Keceriaan Keluarga

Alhamdulillah..syukur..saya selamat sudah melahirkan seorang puteri pada  October lalu namun tak ada kesempatan untuk menulis disini..sibuk menjaga baby ;D.

Nampaknya bulan Oktober ada dua kelahiran untuk disambut sebab Kak Myea pun lahir bulan yang sama dengan adiknya ni cuba berbeza hari...ishh kan best kalau sama tarikh kan..jimat kek..keke

Baby seberat 3.88kg dilahirkan pada jam 2.54 petang di HKL diberi nama Nur Iesha Nadira Nazli memang nampak lain dari yang lain mungkin sebab masa pergi Dubai hari tu ummi dia ni berkenan dengan minah Arab yang cantik tinggi lampai tu..hehe

Kelahiran Zuriat Ke 6 Menambah Keceriaan Keluarga

Alhamdulillah, kelahiran kali ke 6 ni masih normal dan menjaga si kecil ni memang cukup mudah seperti anak-anak yang lain yang tidak berapa meragam di waktu malam buat masa ini. Harap-harap sampai habis pantang dan sampai bila-bila pun dia tak bagi masalah la kan.

Kelahiran Zuriat Ke 6 Menambah Keceriaan Keluarga

Memang menghitung hari bila nak berakhir dalam pantang ni, semoga dipermudahkan segala urusan dalam pantang ni hendaknya. 


Kelahiran Zuriat Ke 6 Menambah Keceriaan Keluarga Kelahiran Zuriat Ke 6 Menambah Keceriaan Keluarga Reviewed by Fuzy Hamid on October 20, 2006 Rating: 5

No comments:

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Powered by Blogger.