Resepi Ikan Senangin Masak Masam Manis Cukup Sedap | Pertama kali mencuba memasak ikan senangin masak masam manis ni memang penuh kerisauan sebabnya tak pernah lagi tengok ada resepi masak masam manis ni untuk ikan senangin tapi Alhamdulillah, percubaan ni berbaloi.  Kenapa ikan senangin masak masam manis?

Resepi Ikan Senangin Masak Masam Manis Cukup Sedap

Resepi Ikan Senangin Masak Masam Manis Cukup Sedap

Bahan-bahan:-
  • 1 ekor ikan senangin yang besar - dikerat dua jadi senang nak goreng
  • ½cwn sos tomato
  • ½ cwn sos cili
  • ½ cwn air
  • 2 biji tomato-dipotong dadu
  • 2 keping gegelang nenas dlm tin-potong kecil (kalau tak ada pun tak pe)
  • Garam dan gula
  • sedikit daun sup-utk tabur atas ikan
  • minyak masak secukupnya

Bahan Hiris
  • 10 biji cili padi merah
  • 1 labu bawang besar - dimayanag

Cara Memasak
  1. Ikan di bersihkan, kelarkan permukaan ikan, cuci dan toskan.
  2. Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam. Gorengkan sehingga masak/garing sedikit. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dulu.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali, tumiskan bahan-bahan hiris sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit air. Biarkan  mendidih sambil di gaul rata.
  5. Masukkan nenas dan tomato yg di potong kecil. Masukkan garam, gula dan gaul rata.
  6. Setelah siap dan cukup rasa, matikan api dan bolehlah di curahkan kuah keatas ikan dan tabur dngn daun sup yg di potong kecil.

Selamat mencuba!

0 Comments