Dubai 2011 Part 4 : Jalan-Jalan di Muscat

Selepas sarapan, kami ke pejabat associate kat bandar Muscat menaiki teksi..ada dua tempat dan kedua2 syarikat ni adalah pesaing hehe.  Di syarikat yang ke2, si Samira dah rancangkan untuk pemandu syarikat bawak kami utk short tour dan at the same time mintak Samira tempah tiket penerbangan ke Dubai..Alhamdulillah sempat jugak kan.  Andai naik bas lagi pun ok jugak sebab dapat tengok pemandangan lagi...tak tahu bila lagi dapat peluang gitu kan tapi kalau boss pulak dia dah serik hehe

Masjid Besar Sultan Qaboos

Memang cantik rekaan dalamannya dan sesiapa pun akan terpesona.  Sejuk dan nyaman walau cuaca diluar tersangat panas


Boss beriringan dengan pemandu pelancong..me? kena la duduk belakang kan sebab perempuan mana boleh seiringan dengan lelaki yang bukan mahram.







Singgah Shangri-la Barr Al Jissah

Pemandu pun bawak kami ke Shangri-la Barr Al Jissah yang sangat cantik terletak diatas bukit dan pemandangan sangat cantik dan sempat la SSL dan MRH bergambar tapi sampai hari ni dan rasanya sampai bila2 kot tak dapat gambar tu sebab guna hp MRH..

Jadi SSL belanja gambar dari google jer la ya tapi mana tau kot dapat nanti akan SSL post.  Masa pun tak cukup sebab nak kena kejar flight balik ke Dubai

Image result for view from hill of shangrila barr aljissah

Laluan menuju ke pintu masuk Shangrila



Cantik betul pemandangan dari atas bukit sewaktu balik dari stop over di Shangrila. Kat atas bukit area ni kami siap bergambar.

Pekan Lama Muscat / Old Muscat


Dan akhir sekali ke pekan lama Muscat iaitu Old Muscat. SSL stop pergi beli kopiah Oman yang popular tu. Pekan yang tenang tapi tak boleh nak jalan-jalan lama sebab nak balik ke Dubai.

Muscat International Airport (MCT)

Selesai bawa kami pusing short city tour, pemandu terus hantar kami ke airport untuk balik ke Dubai.  Kali ni kami balik ke Dubai naik flight sebab boss dah serik nak naik bas.




Selamat tinggal bandar Muscat yang tenang dan cantik. Semoga perjalanan balik ke Dubai dipermudahkan. Aamiin

Post a Comment

0 Comments