01 Muharram 1433 tarikh yang akan terus diingati kami sekeluarga lebih2 lagi buat d'hubby, pulangnya..penghijrahan ibu mertuaku menemui pencipta yang Maha Besar, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Juga berakhirnya penderitaan dan segala kesakitan didunia yang disimpannya rapi dari pengetahuan kami. Sesungguhnya mmg dia tak mahu anak2nya tahu dan risau..Subhanallah betapa besarnya pengorbanan seorang ibu..mampu kah aku? kita?
 |
| Ya Allah. aku memohon kau cucurilah rahmat ke atas rohnya dan tempatkan bonda mertuaku dikalangan orang2 yg beriman dan solehah |
 |
| solat jenazah ke 2 sebelum ditempatkan di liang lahad |
 |
| FIL mundar mandir...banyak berdiam mungkin akan berasa kesunyian kelak |
 |
| anak2 dari sekolah tahfiz berdekatan...sangat comel |
 |
| kaum keluarga dan sanak saudara |
 |
| sekujur tubuh ditutupi selimut putih |
Terkenang arwah Tok Mak
Teringat masa zaman kanak2 dulu waktu arwah Tok Mak sakit, aku masih
bersekolah rendah, mengadap arwah yang terbaring dan sewaktu nafas
terakhirnya, Wa yang agak pandai agama ni menyuruh kami melihat
bagaimana roh keluar dari badan..aku? hehe mana ada berani nak perhati
tapi ingatan pemergian Tok Mak sangat kuat dan kadangkala
merinduinya...Jamaliah nama Tok Mak..sungguh cantik dan baik..seingat
aku dia dah lumpuh dan cuma mengesot dalam rumah.
AlFatihah buat Tok
Mak Jamaliah..semoga roh Tok Mak ditempatkan dikalangan orang2 yg
beriman..aamiin
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!