Resepi Kerabu Serai Buah Belimbing Sedap Tak Terkata | Assalammualaikum wbt. Selamat pagi Selasa yang ceria

Selamat bercuti bagi yang bercuti sempena cuti sekolah ni..saya pun  bercuti gak..tak jauh pun..cuma ke Skudai dgn rombongan Che Chah dan keluarga bagi menziarah keluarga abang ipar yang dah lama bermastautin di Johor.

Bila Kak Chah ke Skudai ni, si abang pun memang akan request la untuk adik dia buat masakan utara memandangkan buah belimbing kering yang dia jemur tu dah elok kering dan saya pun berpeluang makan lagi kerabu rare ni..sedap menyengat!

Resepi Kerabu Serai Buah Belimbing Sedap Menyengat


Bahan-bahan:-
5 batang serai
Segengam buah belimbing kering
5 ulas bawang merah kecil
7 biji cili api
1 sudu kerisik


Cara membuatnya:

  • Serai dihiris halus kemudian dibasuh dan diperah buang airnya. Kalau tidak rasa serai ni akan buat rasa macam perit
  • Buah belimbing kering dihiris kecil dan dicampur ke dalam bekas dengan serai
  • Bawang kecil dimayang nipis kemudian dibasuh dan diperah supaya kering dan dicampur dengan serai dan belimbing kering
  • Gaul kesemua bahan, masukkan sedikit kerisik yang akan menaikkan bau wangi kerabu ni dan akhir sekali masukkan cili api yang dihiris dan digaul.


Nota : Garam tak perlu kerana buah belimbing buluh memang dikeringkan sudah digaul garam terlebih dahulu.

Dah siap boleh la makan dengan nasi panas-panas.  Kalau untuk makan dalam pantang pun boleh tapi jangan letak kerisik dan cili api.

Selamat mencuba!

psst...#postingdalamkereta