Assalammualaikum wbt

Mood cuti lagi weh sampai otak dah tepu nak buat entri..tapi tak per la Umi saja nak kongsi pasal yang tengah tular sekarang ni.

Rasanya 2 minggu sudah kot tengok kawan kat FB dok cerita pasal ni tapi Umi buat tak kisah jer sebab Umi admin grup kaum kerabat jer yang bercerita perihal kekeluargaan jer tapi kalau betul la pihak kerajaan boleh ambil tindakan kat admin lagu ni..so berhati-hati la admin sekelian

Tak pasti bila berkuatkuasa ke dah berkuatkuasa..hehe maklumlah dah lama tak tengok TV melainkan layan drama2 dan bila time berita pulak dah sibuk kat dapur dok perangat lauk pauk...ishhh ketinggalan sungguh kan

#kempenkhidmatmasyarakat hehe


Ingatan dari grup keluarga pun keluar jugak pasai ni..untuk peringatan dan keselamatan kan

[15:21, 4/28/2017] ‪‬: Assalam.
Amaran dari MCMC kpd Whatsapp Grup

Harap maklum bahawa setiap posting didlm grup whatsapp adalah dipantau oleh pihak MCMC 24jam sehari.

Pastikan TIADA posting yg melibatkan:
1. Ancaman kpd Ugama Islam.
2. Ancaman kpd Raja Raja Melayu Islam.
3. Ancaman kpd undang2 & keselamatan Negara Malaysia.
4. Tiada gambar EDIT terhadap pemimpin negara, lambang negara atau individu.
5. Tidak mereka-reka berita palsu.

Katanya bukan kat Whatsapp tapi kat social media yang lain..hurmm

INGAT!!!
Posting TANPA fakta dari sumber yg sah, akan menyebabkan Admin Grup akan ditahan polis utk siasatan TANPA NOTIS.


Ni dapat message dari grup Whatsapp lain pulak..ishh mana satu betul tah? tak sungguh tak melata..tak sungguh orang tak kata! haha betul ka?
tapi apa2 pun sila la berjaga2 jangan pulak ada yang kena kan