Dulu semasa balik kampung arwah MIL rajin memasak favorite anak bujang dia..ehhh bukan bujang dah..dh jadi bapak budak dah si DH kita tu..anak kesayangan MIL yang jauh dimata hehe

Cara MIL memasak agak berlainan dari mak sendiri walau mak Umi ni pun orang utara tapi bukan orang Kedah..masakan mostly seakan tapi ada sedikit kelainan tapi both are good cook.

Kali ni Umi nak share resepi MIL memasak ayam masak kurma dan orang kampung DH panggil Masak Putih yang sangat berbeza tapi sedap.  Tak tahu la kot ada orang utara yang lain pernah memasak ayam kurma atau ayam masak putih ni macam MIL.


bila makin lama disimpan kuah akan menjadi lebih pekat 


Bahan-bahan
500gm ayam
4 sudu besar rempah kurma ayam
2 cawan santan pekat
asam keping
Garam secukup rasa

Bahan untuk dikisar
1/2in lengkuas
1/2 cawan kelapa parut (yang putih)
1 batang serai

Bahan Hiasan 
2 biji tomato (dipotong 4)
2 biji kentang
2 biji cili masak
1 biji bawang besar (dipotong baji)


Cara penyediaan:
  • Panaskan minyak
  • Tumis kulit kayu manis, bunga lawang hingga naik bau
  • Masukkan bahan yang dikisar dan rempah kurma, dikacau hingga hampir kering
  • Masukkan ayam, dikacau supaya sebati, tambah air  jika perlu untuk memastikan ayam bersalut dengan rempah 
  • Bila nampak ayam dah masak, masukkan santan dan kacau dan dimasak hingga mendidih
  • Masukkan kentang dan dibiarkan hingga kentang empuk
  • Masukkan bawang besar dan cili masak, masak dalam 5min dan tutup api
nota : Umi tak letak tomato tapi sesiapa yang suka boleh letak ya

Selamat mencuba